Monday, December 28, 2009

.: pinkish! :.

Aku baru balik dari KL...


Aku rasa warna tema untuk 2010 adalah PINK





p/s : Pagi ni masuk opis tapi masih dalam mood cuti..huhuh.

Thursday, December 24, 2009

.: sesi jalan2 :.



Aku baru balik dari Perak, malam ni pula aku akan bertolak ke KL. Aku cuma nak letakkan pic sepanjang sesi jalan2 yang menyeronokkan dan memenatkan otak.


Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson


Pemandangan dari balkoni apartment aku. Oh! resort ini sangat hampeh kerana, aku terpaksa berkursus dengan memakai jeans. Sebab, walaupun aku sampai seawal pukul 11 pagi, aku cuma dapat check in pada pukul 6 petang. Bole?

Malamnya, kami ada BBQ. Oleh kerana aku tersalah makan, menyebabkan aku demam keesokan harinya. Demam ini telah menyebabkan nama aku di gugurkan untuk program ke Satun, Thailand.



PWTC, KLProgram di KL, adalah dinner di PWTC.Tema pakaian adalah batik. Tak di jelaskan batik malaysia or sekadar batik. Jadi, aku memilih batik indonesia.. hehehe.



Penang


Sesi makan-makan terlebih dahulu sebelum ke hotel.Sila jangan terpedaya dengan fillet ayam yang nampak sangat besar itu. Tepung saje yang lebih. Dan hidangan ini cukup mengenyangkan aku yang lapar. Alhamdulillah...

Ini adalah pemandangan dari balkoni hotel. Ye. Macam biasa.. pantai memang sangat mengujakan. Rindu nk balik kampung. Rumah aku pun dekat pantai ape?



p/s: Aku nk pack barang pulak...jom!

Thursday, December 17, 2009

.: awal muharram :.

Selamat menyambut Awal Muharram.



Doa Akhir Tahun

Perlu di baca 3 kali akhir waktu asar atau sebelum maghrib





Doa Awal Tahun

Perlu di baca 3 kali setelah masuk maghrib




p/s: Selamat berdoa.. :)

Wednesday, December 16, 2009

.: lost :.

kesian kan kucing ni..dia sedey..huhu



Dalam lebih kurang 2 bulan lepas aku dapat sms dari dia




"Ko nak cari lelaki macam mana jadi suami ko?"




Aku agak samting bakal berlaku dengan soalan begitu. Aku balas sms dia dengan ringkas.End of our conversation dia ckp..



"Mak aku nak pinangkan seseorang untuk aku"



Aku diam, tak tahu nak percaya atau tidak. Sebab ini bukan kali pertama dia ckp dia kawin. Aku dengan dia sudah 5 thn lebih berkawan. Aku tak tahu kalau ada sebarang perasaan di antara kami. Tapi yang aku tahu..dia teman bergaduh aku yang paling kuat n paling setia.



Aku boleh bergaduh dengan dia sampai tak bertegur selama berbulan-bulan. Dan kemudiannya dia akan kembali semula berkawan dengan aku.Paling lama dalam 6 bulan dan kemudianya dia kembali. Sejauh mana pun dia pergi.. aku tahu dia tetap akan kembali pada aku.



Dia jugak teman memujuk yang paling baik ( dia tidak tahu ).Pernah aku menangis kerana sakit hati, dia call dan menyanyikan lagu sambil main gitar. Aku tersenyum sendiri. Dia ego..tp dia adakalanya tahu untuk menurunkan egonya itu.




Beberapa hari lepas dia sms lagi.




"Aku balik ni. Cuti." (dia kerja di UK)



Aku reply dan bertanya khabar mcm biasa. Dan petang tadi aku terima lagi 1 sms dari dia..




"Jemput datang ke kenduri aku jumaat depan"




Tiba-tiba aku rasa kehilangan....





p/s:never take someone for granted, hold every person close to ur heart coz u might be wake up one day n realize dat u have lost a diamond while u were too bz collecting stones...

Tuesday, December 15, 2009

.:result yang tertungging :.

Aku baru dapat tengok result exam sbb baru bayar hutang. Hasil usaha aku yang mmg tk bole di iktiraf...result aku tertungging..



CGPA aku jatuh mendadak. Sedey!!....



p/s : Padan muke aku.. sapa suh malas stadi?

Sunday, December 13, 2009

.: entry bergambar :.

Aku sebenarnya tk suka nak apdet entry kalau tkde pic. So.. aku tunggu ada pic baru aku apdet. Aku br je balik dr KL dan samung dengan kursus 3 hari. Penat seh!

Ni baru aku nk apdet menggunakan pic yang aku ada.


lampu tido yang comel

Bilik aku, lampunya dah jadi macam lampu bg signal. lip lap lip lap. So.. jalan penyelesaian terbaik ialah menggunakan lampu di atas. Amacam? Bagus tak aku menyelesaikan masalah lampu kat bilik?.


Aku dapat hadiah lampu comel ni masa besday aku.


Bagus2!!.. sangat berguna.


p/s : sudahnya.. aku tkleh mekap, online, baca buku, lipat kain dan segala aktiviti yang memerlukan lampu yang terang. Untuk lampu ini... aku cuma bole tido


Wednesday, December 9, 2009

.: misteri sindiket suara anak kucing 2 :.

oh.. ini adalah sambungan tentang sindiket suara anak kucing yang sangat misteri itu. Oleh kerana, aku dah tak sanggup nak dengar lagi suara comel itu, aku ke belakang rumah melalui rumah jiran, jiran, jiran dan jiran aku ( ye.. sbb pintu belakang aku tak boleh bukak. Plus.. rumah aku rumah teres ). Dan setelah menjadi En. Grissom ( CSI) aku menjumpai pemilik suara misteri yang sangat comel itu


tadaa!!.comel kan? ada 2 ekor.


Sekarang mereka sangat comot dan sangat lapar ( ye la..dah 2 hari menjerit mintak tolong) kesian.. huhu. Masa ni derang tengah makan keropok lekor ( bekalan yang aku bawak dr kg) dengan lahapnya.. sampai jari aku pun kena gigit.


Setelah aku bagi derang makan dengan bahagianya. Aku ke Penang. Masa kat sana, merata2 aku cari botol susu untuk derang. Nanti senang aku nk bela. Aku belikan makanan derang.Sesambil tu aku mereka2 nama utk dua ekor budak comel tu.Suke!Suke!


Ini makanan derang dan jugak botol susu.. huhu


Aku sampai rumah agak lewat dalam 11.00 lebih. Tapi aku meredah belakang rumah jiran untuk tgk anak kucing aku. Tgk2.. derang dh tkde. Huwaaa!!. Baru berangan nk jadi mak kucing T_T.



P/s: Skang.. sapa nk makan makanan kucing ni?huhuh

Saturday, December 5, 2009

.: misteri sindiket suara anak kucing :.


comelnyaaaaa!!!



Bila tiba hujung minggu, biasanya aku akan sendirian kat rumah. Hosmate aku akan balik kg. Selalunya aku akan bz dengan kelas dan tugasan. Tapi, memandangkan sekarang tgh cuti semester.. aku bole la rilek (blogging, tgk naruto, chatting, tgk afc dan yang sewaktu dengannya) dgn bahagianya di rumah.


Dalam blog ni aku pernah buat entry tentang beberapa ekor kucing yang signifikan dalam hidup aku, Bam, Garfield, Shamel dan Shamito. Aku memang sangat sukakan kucing. Dan yang pasti.. aku sangat alergik mendengar suara kucing. Aku mesti berlari keluar mencari dari mana suara tu datang.


Sejak dari kelmarin aku dengar suara anak kucing di belakang dapur rumah. Tiap kali dengar..tiap kali itulah aku berlari membuka pintu. Tapi.. sebaik saja aku buka pintu..memang tkde kucing. Inilah yang berlaku sampai hari ni. Memang menghairankan.


Aku tk boleh keluar melalui pintu dapur sbb grill yang rosak akibat di cungkil oleh mereka2 yang tk berapa betul (derang pecah masuk rumah aku okey?!. Dan grill rosak).


Sudahnya.. aku cuma terjenguk2 melalui grill dan memanggil2 anak kucing tu. Aku kesian.. takut dia lapar.


So.. bagaimana pulak entry ni bertajuk sindiket anak kucing?. Aku syak la (tak baik betul!) mesti ada sapa2 ni berjalan belakang rumah aku. Pastu dia punya henpon punya ringing tones tu suara anak kucing. Aku pernah tertipu masa dalam kelas.Hampeh sungguh.


Tapi logik kan?! kenapa setiap kali aku buka pintu..anak kucing mesti tkde (sebenarnya aku tk nampak sapa pun)


Dan tuduhan aku (kepada siapa pun aku tk tahu) juga berasas. Memandangkan area rumah aku ni..kami je yang bujang dan perempuan ( semuanya jelita pulak tu. haishh). Tu yang aku syak..kat area rumah aku ni sekarang ada sindiket suara anak kucing



p/s : Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri.Eh!Anak kucing tu mengiau lagi!!

Thursday, December 3, 2009

.: komitmen :.



Apa pun yang kita lakukan dalam hidup ni, semuanya memerlukan komitmen.


Setuju?.


Bekerja, bermain ( main congkak ada komitmen ke? ), berkahwin dan even bercinta. Apa yang aku nak bebelkan ialah tentang komitmen dalam bercinta.


Tugas aku memerlukan aku berjumpa ramai orang. Tapi.. aku bukan jenis begitu mudah untuk 'mesra alam'. Kecuali dengan mereka-mereka yang aku rasa serasi dengan aku. Apa yang seronok ialah, aku berjumpa ramai lelaki yang baya-baya aku dan single seperti aku. Bila aku berkawan dengan mereka, aku membuat andaian sendiri.. kenapa mereka single( dan juga diri aku, huhuhu). Kebanyakannnya adalah kerana takut tidak dapat memberi komitmen dalam perhubungan.


Ya.


Bercinta memerlukan komitmen. Malah ia adalah salah satu dari elemen yang membentuk cinta. Sternberg kata, cinta ada 3 komponen komitmen, intimacy n passion.Penting kan komitmen?. Tanpa komitmen, tiada cinta.


Aku hurai sikit pasal cinta dan 3 komponen ni.



Intimacy tanpa passsion n komitmen = suka

Kita hanya suka kat seseorang bila kita cuma ada intimacy dgn dia. Cuma rasa nk selalu dekat dengan dia. Tak ada passion dan tak ada komitmen



Passion dan intimacy tanpa komitmen = romantik

Kalau hubungan tu cuma ada rasa passion dan selalu nk berdekatan. Itu cuma romantik. Dan hubungan ini takkan ke mana. Sebab tidak ada komitmen



Passion tanpa intimacy dan komitmen = infatuation

Biasanya cinta pandang pertama. Lebih pada tarikan fizikal semata. Tkde komitmen dan tkde intimacy. Yg mcm ni.. easy come n easy go..



Komitmen tanpa intimacy dan passion = cinta kosong

Hubungan yang berlandaskan komitmen semata2. Takde intimacy dan passion. Macam suami atau isteri yang sudah tidak ada perasaan cinta. Masih tinggal sebumbung kerana komitmen kepada anak-anak.



Intimacy dan komitmen tanpa passion = cinta suci

Hubungan ini macam datuk n nenek kita yang masih bersama. Dalam hidup mereka dh tidak ada passion. Yang ada ialah keintiman dan komitmen



Passion dan komitmen tanpa intimacy =cinta bodoh

Hanya ada berdasarkan passion tetapi takde intimacy untuk membentuk perhubungan



Dan yang paling last ialah CINTA SEMPURNA. Apabila kesemua elemen bersatu.Yippi!!.



So?..macam mana nk beri komitmen kalau terlalu bz dengan kerja?. Pagi, petang, malam, subuh, semua kerja. Inilah yang terjadi di kalangan mereka yang baya-baya aku. Di tahap umur memerlukan komitmen yang tinggi terhadap kerja.


Macam mana nk ada rasa passion dan intimacy kalau hanya dapat call seminggu sekali?. Aku sendiri pun macam tu, bila tiba masa2 bz aku. Tapi... itu semua sebenarnya alasan.


Kita yang membentuk diri kita. Acuan yang macam mana kita nak?. Kalau terus memberi alasan bz. Kita takkan bergerak ke mana. Hidup akan statik begitu sampai bila-bila.

Yup!.

Sampai bila-bila....





p/s :Kita di sebut sebagai manusia, bukan kerana tubuh dan jasad..tetapi kerana akal dan jiwa

nota kaki : teori cinta ini mengikut Sternberg (1986).sila google untuk dapat kefahaman yang lebih.

.: bulan outstation :.



Aku rasa bulan 12 ni bulan outstation aku selain bulan 5 & 6 .

Tak caya?

Ok.

Ini jadual aku untuk bulan ni:


6-7 Disember
Port Dickson


10 Disember
Pulau Pinang


12-14 Disember
Kuala Lumpur


15 Disember
Kuala Nerang, Kedah


18-20 Disember
Pulau Pinang


21-23 Disember
Perak



p/s :Sapa nk ikut?

Wednesday, December 2, 2009

.: mabuk :.



Yup! aku mabuk sehari semalam.


Kenapa?


Sebab aku ada cuba satu resepi baru.




Resepi apa?



Tapai + 100plus



100plus



tapai pulut, nyumm nyumm


Result = sungguh berkesan untuk menyakitkan kepala anda dan membuatkan
anda loya sehari semalam. Dan ianya terjadi pada hari raya ke 2. Jadi aku hanya beraya di dalam bilik.. yuhuu!!



p/s : cubalah!.. gegegege
. Alhamdulillah.. dah sihat n baru masuk opis hari ni.

Wednesday, November 25, 2009

.: intebiu tips :.


23 November 2009

Aku terlibat dengan intebiu utk jawatan dot dot dot. Ada beberapa perkara yang aku nak bgtau. Perkara yang tidak akan di sukai oleh kami. Iaitu penemuduga anda.



Anda berpakaian kemas. Bagi yang perempuan mekap sikit. Just light mekap. Tak perlu mekap setebal yang mungkin sehingga lipstik yang kaler merah tu boleh nampak sebatu jauhnya. (ish ish ish, silau tawww ). Kaler baju tak perlu terlalu ceria cukup sekadar nampak profesional ( bergantung kepada jawatan yang di pohon). Penampilan memang tip top la. OK!.



Dari segi sesi "penjualan diri"( ye, anda sedang menjual diri anda! supaya di terima). Anda dengan konfidennya merapu sebaik yang mungkin. Sentiasa ada eye contact dengan penemuduga (sampai aku pulak naik cuak, u nk ngorat i ke? heheheh ). Aku suka yang konfiden giler merapu. Contohnya,


"apakah yang anda tahu mengenai gagasan satu malaysia" ( ye la.. isu semasa kan?)


"ooo.. gagasan satu malaysia itu adalah konsep berbahasa di kalangan rakyat malaysia. Seluruh warga perlu mengetahui bahasa malaysia, bla bla bla.. "


"oo.. "

*aku mengangguk2 kepala tanda menerima dan memberi peneguhan supaya dia meneruskan ceramah yang sungguh konfiden itu*


Aku takkan senyum, atau terbeliakkan mata. Just bagi peneguhan untuk penyampaian isi yang seterusnya. Jika berjaya merapu dengan konfidennya.. anda akan dapat markah untuk konfiden. heheh.

Tak adil kan?.

Tapi.. siapa nk amik anda bekerja sekiranya anda hanya mampu menjawab,


"aa..err..hehe..next question..urrmm.."


*sambil mata tengok siling*


haishh.. aku tk cukup comel ke kat depan ni? tsskk..tskk..



Ok.. katakanlah.. anda sudah melepasi semua ujian. Dan sedang bersedia untuk pulang. Ye.. untuk pulang pun perlu ada manner. Anda pun jalan ke arah penemuduga dengan sopan dan senyumnya untuk bersalaman.*Kena bagi impression yang sangat baik!*

Dan anda berkata kepada penemuduga anda:

.

.
.

.
.

.

.

.

.

.

.

.
" ha.. nak salam dengan YANG KECIK ni"


Dengan SERTA MERTA anda FAIL!!




p/s: moral of the story, tk payah puji penemuduga tu kecik or comel melainkan bukan dalam sesi temuduga. It's not professional.

Tuesday, November 24, 2009

.: alhena :.


Sebenarnya, aku nak samung entry kelmarin, tp bila fikir semula..aku buat je satu entry lain. Aku memang nak cerita tentang Alhena. Kebetulan dah ditanyakan kelmarin tentang Alhena. Ia cukup membuatkan aku tergelak.

Dulu masa aku kecik sampai aku form 5, mak n abah aku didik kami adik - beradik utk suka membaca. Masa aku sekolah rendah, kami semua selalu di bawa ke library dan mak n abah akan bersoping. So.. yang menemani kami semua tatkala ketiadaan mak n abah kami ialah buku. Nak tak nk kena baca la kan? Nanti boring pulak tercongok kat library tu. Aku ingat lagi la..buku2 cerita yang aku sangat suka baca masa aku kecik. Cerita pengembaraan sang kancil, cerita tamar jalis (woo.. betul aku baca buku ni dari aku kecik!) dan satu cerita yang wataknya aku ingat sampai sekarang ialah buku Bunga Arianur.


ni bunga tulip putih, kengkunun Alhena la


Alhena adalah salah satu watak yang ada dalam cerita Bunga Arianur. Cerita ni ala-ala cerita LOTR, Harry Potter dan yang sewaktu denganya. Cerita pengembaraan Arianur dalam misi menyelamatkan ayahnya dari seekor jin. Dalam pengembaraannya dia ada tikar terbang, seruling ajaib, macam-macam lagi barang sakti yang lain dan Alhena yang sentiasa muncul tiba-tiba di saat dia memerlukan pertolongan. Last sekali, Arianur dapat tewaskan jin dan dapat selamatkan ayah dia.

Tapi.. part yang sedih ialah Arianur tak dapat bersama Alhena. Dia tanya la kat Alhena, siapa dia sebenarnya. Misteri sungguh!.Sat muncul sat ilang. Alhena pun bitau. Ingatkah Arianur pada sekuntum bunga putih yang hampir layu? Arianur yang kesian melihat bunga tu telah menyiramkan sedikit air untuk membenarkan bunga itu kembali segar. Alhena adalah jelmaan ( hantu?) dari bunga itu. Dia merasa terhutang budi dengan Arianur dan bertekad untuk membantu Arianur. Tapi .. mereka tk dapat bersama. Sebab..obvious la kan? Alhena tu bunga. Lastly Alhena pesan kat Arianur


"Jika kau rindukan aku..serulah namaku di angin lalu" (cewaahh..jiwang karatss)


( Ayat yang telah di ubah suai oleh aku sendiri sbb tak ingat exactly ayat dalam buku tu. Harap maklum )


Baik kan Alhena? Aku masa kecik2 dulu suka la berangan aku ni Alhena. Baik hati, comel, suka tolong orang n ada magic kekeke. Watak ini amat terkesan dalam diri aku. So.. inilah Alhena :)



p/s : nampak sangat la aku ni suka berangan.kekeke *wink*

Monday, November 23, 2009

.: alhamdulillah..:.

Alhamdulillah. Syukur. Hari ni usia aku genap lagi setahun. Hepi besday for myself n En.D. Kita berkongsi besday yang sama. *wink*.En.D, semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, ditambahkan iman dan semoga sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya. Aminn..


Oh!. Di saat aku menaip entry ni.. ada insan-insan yang sedang menenteramkan jantung yang berdegup kencang (nk intebiu). Siaplah korang, aku buat intebiu susah giler. Jadi aku perlu entertain mereka dahulu. Entry ni ada lagi cerita. Bersambung selepas ini.....



p/s: Aku masih mengantuk..huhuu

Sunday, November 22, 2009

.:aku sangat mengantuk di saat entry ini di text :.

Oleh kerana aku tgh mengantuk yang teramat sangat, sila abaikan sebarang kesalahan bahasa.

22 November 2009

9.06 pagi

Status diri : Mengantuk yang teramat sangat

Malas cite pasal mengantuk. Aku yakin sangat ramai yang dah tengok cite ni.

Atas alasan nak berpoye2 selepas habis exam. Aku tgk cite ni semalam. Dan komen dari aku ialah.. filem ni tak berjaya untuk membuatkan jantung aku berdegup kencang, aku menjerit atau melompat keluar dari panggung. Dan harus bersyukur juga aku berjaya menontonnya sampai habis walapun sangat mengantuk.


Kesimpulannya.. ye la..aku ngantuk la kat opis ni pagi ni.Rasa macam nk amik bantal dalam laci n tutup pintu n ZzzzZzz...haishh.


p/s:Bos.. sy balik tidoq sat buleh ka?

Wednesday, November 18, 2009

.: yang menanti :.


Siapa budak kecil comel ni?Oh.. ini anak saudara aku.Nama dia Syirah.Mak lang rindu kat Syirah...


17 November 2009

3.15 pm


Aku call bos yang ada di KL


"Bos, bole tak sy cuti esok n lusa?"


"Aaa.. kenapa ko nk cuti?"


"Jumaat tu sy exam, saya ada paper yg sangat menakutkan!.Paper Prof.M"


"Alaa..ko datang keje la hari rabu, ko stadi kat opis,exam tu senang je tu.. ko mesti bole jawab"


"Ala..bos..bg la sy cuti" tskk..tskk..


"Takpe..takpe.. ko datang la opis esok.Ko cuti hari khamis.Aku nak ko standby untuk intebiu"


Dengan muke yg dh mcm nk menangis aku letak tipun. T_T



18 November 2009


9.30 am


"Cik Alhena, ada surat"


Aku baca surat yg aku dapat, antara kandungannya ialah..



Dengan sukacitanya saya melantik puan sebagai .... bagi program bla bla bla.Maklumat seperti butiran berikut :

Tarikh program : 21-23 November 2009


Plus, sila hadirkan diri untuk taklimat program pada 20 November 2009.



Aku terus call urusetia program. Tapi tak berjawab. Mintak maaf la ye?Aku dah ada exam pada 20 November 2009 dan ada intebiu utk di handle pada 23 November 2009.


p/s :Tetiba aku rasa macam nak angkut semua buku dan tugasan lari ke library... T_T

Monday, November 16, 2009

.: da last paper :.


Tarikh (20/11/2009)

Hari : Jumaat

Masa : 10.00 am - 12.00 am

Tempat :Bilik Sri Sintok



Berikut adalah tarikh untuk last paper 4 dis sem. Hehe.. lepas tu aku akan Yay!!Butterfly flies away..noddin my head like yeah!!(lagu miley cyrus ye?) kih kih kih. Bley la aku makan makan makan(aku tkla makan makan sangat mcm En.D, heheh.. jgn marah ye?) , kuar ngan rumet aku, balik kampung dengan bahagianya,online n blogging n chatting,tgk muvie ngan kengkawan.Oh.. how i miss all dat. So.. cuti semester yg pendek ni akan aku guna untuk balik kampung dan keluar dengan kawan2 ( time hujung minggu je okey?Hari lain aku keje laa.. ). Rindu kat syirah, ain n danial.Rindu kat my mom n abah.Rindu kat Shamel n Shamito.
Besnyer berangan..


Mengikut prinsip here n now pulak.. aku sebenarnya tengah siapkan tugasannn.Huwaaa!!Aposal la lec suke bg banyak tugasan??Aku kena stadi untuk paper yg hanya mencatat rekod seorang sahaja student yang mendapat A since kos ini diwujudkan. Huh!. Nanti kalo aku jadi lec
( berangan lagi... ) aku nak bet lec aku ni la.Tak nak ada sorang pun student aku dapat A.Kijam tak? hehehhe :D. Tu pasal la aku ni tak jadi lec, kalo jadi lec aku akan di gelar "killer lec" oleh student2 ku yg comel2 itew. Sila abaikan maklumat tentang "kalo aku jadi lec".



p/s: sila hentikan tingkahlaku berangan2 sekiranya kamu sebenarnya sedang bz( buat2 bz pun bole juga ).Jika tidak, kamu akan hilang tumpuan seperti dia (kekek jo, jgn sekeh aku) .Sekarang sila fokus kepada tugasan yg masih belum siap..huhuhu.Caiyok!Caiyok!

Monday, November 9, 2009

.: aku keliru..lalala :.


Semasa aku sedang text entry ni.. aku sebenarnya keliru.

Kenapa?


Jom.. aku cerita,. Dari kecik sampai aku besar, semua org kata aku baik(kalau org kata kat belakang aku ni jahat, mana la aku tahu kan? Sbb kat belakang). Aku selalu dengar ayat ni..

"ko ni baik la alhena"



Atau ayat ini yg di berikan oleh x bf aku untuk meninggalkan aku

"Hena terlalu baik utk abang"

"abang tk layak utk hena"



Atau ayat yang di berikan oleh bos aku ketika aku begitu lurus bendul menjawab soalannya

"hahahaha (bos aku gelak)..ko ni kan hena, baik kan?"




Atau ayat yang baru di berikan oleh seorang chatter yang aku pun tak begitu kenal

"ko ni baik kan?"

"ko ni skima"



Dan yang menyebabkan aku konfius adalah menerusi perbualan berikut:

"Ko ni baik.Ko kena gedik sket baru lelaki suka"

"No.Aku tkmo jadi gedik semata2 utk itu.Aku lebih suka konsep menerima seadanya"

"Aku harap ko berjaya"

"?"



Dan perbualan ini berterusan dengan pertelagahan pendapat dan berakhir dengan kesenyapan..hehehe.

Ada pertembungan nilai dan maksud gedik yang berbeza antara aku dan dia. Aku tk tahu gedik dari sudut dia tu apa. Dia jugak tk tahu gedik mengikut fahaman aku apa. Tapi aku kadang jadi pelik, aku ke yang salah?.Salah kerana menjadi diri aku seadanya aku?Salah kerana menjadi baik mengikut kaca mata org lain?Adakah aku perlu menjadi gedik dan mengikut arus?Atau sebenarnya aku ini ego dan susah nak berubah?Aku yang degil dan tidak mahu menerima pendapat org?Aku rasa aku baik mcm org lain aja. Bukan terlalu alim atau terlalu warak. Aku jenis sederhana sahaja, namun bg sesetengah org aku ini sangat baik. Ya.. mengikut fahaman masing2.

Dulu, masa x boy aku tinggalkan aku atas alasan aku baik utk dia. Aku jadi bingung, takkan dia nk cari ppuan jahat pulak utk di jadikan isteri?.Sungguh sebenarnya aku tak faham.

Sekarang aku berjumpa dengan seseorang lagi yang menyebabkan aku tak faham. Aku tk begitu desperate utk mencari calon laki sampai kena menggedikkan diri aku. Aku memang suka konsep terima seadanya. Fine, kalau dia tk bole terima.Pada aku, buat apa la u create sumthin else? Nk tak nk da true colour akan muncul jugak. Just try to accept someone the way he/she is. Is't so hard?.Aren't u tired of change ppl just to make u happy?.Tahukah kau apa yg dia rasa bila org tak bole menerima dia seadanya? Merasa diri serba tak kena dan salah. Apatah lagi kalau yang cuba di ubah itu pula bukanlah memberi kebaikan sangat pula pada dia. Kalau kau mahu ubah seseorang ke arah yang lebih baik, itu tak salah. Tapi mahu aku menjadi lebih gedik?Aku rasa itu tak betul. Atau aku masih lagi salah dalam hal ni??


p/s: Aku konpius...

Sunday, November 8, 2009

.: nasi lemak utk lunch? :.

Hari ni macam biasa, melepek di rumah setelah beberapa hari di kl. So.. ada banyak kerja nk kena buat. Aku bangun awal, basuh kain n kemas bilik. Untuk bekpes aku makan telur separuh masak je. Samil2 baca blog org kat internet ni .. tetiba je rasa nk masak nasi lemak.

Aku bukan apa, aku susah nk makan nasi lemak yg di jual kat kedai. Sebab selalunya derang letak belacan untuk sambal ikan bilis tu. N aku alergik.
Pukul 2 pm br aku start masak nasi lemak.

Haha, tk pernah buat dek orang, makan nasi lemak for lunch. So.. inilah nasi lemak simple bujang. Aku cuma guna apa yg ada kat dapur ni. Tkde timun, tkde kacang, tkde ikan bilis yg biasa org buat nasi lemak, takde daun pandan utk masak nasi lemak.


nasi lemak bujang yg simple gile, berlatarbelakangkan meja katun


Jom makan... Aku bukan apa buat nasi lemak tghari bute ni. Nak test je.. betul tak org kata lepas makan nasi lemak tu ngantuk. Kamu semua jadi saksi aa.. tgk aku ngantuk ke tak.


ZzzzZZzz....krohh krohh (dengkur ni bukan aku, tp kucing aku si shamel)




p/s: Moral of the story, kalau anda berada di rumah dan tidak ada banyak kerja dan bersaiz kecik yakni tidak mudah untuk naik berat badan dan anda malas untuk keluar mencari makan serta dapur rumah anda tidak ada banyak bahan.. silalah masak nasi lemak utk lunch anda

Friday, November 6, 2009

.: projek terkejut :.

Isnin 2/11/09

Aku macam biasa ada di opis, men
gintai2 bos yg akan ke KL. (Bila dia nk bertolak ni.. aku nk ajak p.a dia pi makan2).


10.30 a.m


"Alhena, nk pi kl tak..'miss m'.. tk bley pi la, nk mintak alhena ganti"

"Haa?!, dh byr yuran ke? Penginapan, flight cemana?"

"Dah setel sume, kena pegi je.."


Di pendekkan cerita.. aku terpaksa berlari ke sana ke mari n by 12.30 am aku dah ada kat rumah pack barang. Bayangkan flight aku kul 4.50 ptg. Ala2 kena kawin segera tp tk prepare apa2 kekeke. So.. dari 2-6/11 /09 aku di KL.


Apa yang aku dapat kat sana?


Bersama Batrisya dan Insyirah yang sangat comel dan nakal. Menemani aku setiap pagi dan malam.Cik Hena rindu la kat Icha n Iyah..




Menginap di UPM dan menjadi student semula.Seronok bila pakcik teksi ingat aku student..kekeke




Mendapat hadiah 'beg dinner' ( entah aku pun tk sure nama apa) dari seorang kawan. Comel sungguh la beg ni. Tengs awak.. :)


Pasal kerja aku?Malas ah cite pasal keje.



p/s : Moral of the story, lepas ni aku kena selalu buat projek terkejut kot?.Dalam terkejut2 pun..aku dapat hadiah..heheh

Wednesday, October 28, 2009

.: mimpi yang menakutkan :.


Kata freud, mimpi adalah unfinished bisnes yang keluar tanpa sedar dalam mimpi. Huh! selama ni aku tk pernah bersetuju dengan freud.. tp untuk kali ini..aku setuju sipi2 je. Bukan setuju sepenuhnya.


Alkisahnya.. pagi ahad lepas aku ada viva untuk pembentangan proposal tesis. Setelah di komen dan di bla bla oleh lec aku, aku baru terperasan aku ada buat salah besar dalam proposal tesis aku. Kesal!.--> point pertama


Setelah kami semua habis di soal siasat..lec aku pun meluahkan perasaannya yang agak KESAL dengan batch kami. Err.. sebenarnya tkde siapa pun antara kami yang datang berjumpa lec. Maklumlah.. buat kerja last minute. Nk jumpa lec macam mananya?. Seminggu berkampung di library.Aku kesal! ---> point kedua


Selepas tu.. aku ke bilik lec, meminta markah exam. Lec bertanya no matrik dan membacakan markah aku. Katanya.. "Hurm.. markah awak turun. Kenapa?".Aku terdiam. Aku kesal dan kesal! ---> point ketiga.


Dan.. malam tu aku mendapat mimpi yang menakutkan. Aku sebenarnya puas cuba mengaitkan antara mimpi dan apa yang berlaku. Tapi.. tk dapat2 jugak!.huhuh.


Aku mimpi lec aku tu denda aku buat latihan ad math kat taman bunge?..Pastu dia siap belikan baju utk aku!.Huwaaaaaaaaaaaaaaa!! Memang mimpi yang menakutkan!


Perkaitan yang cuba di buat..tetapi gagal!:


1. Aku tk pernah pegi taman bunge tu rasanya..entah la kat mana


2. Macam mana pulak aku boleh buat latihan ad math?.Aku dulu aliran sastera. Tak pernah kenal ad math pun!


3. Aku tak pernah keluar walaupun sekali dengan lec aku ni. Berangan nak kawin dgn dia pun tidak!.Macam mana boleh end up dengan pegi buat latihan ad math kat taman bunge?


4. Yaaa!! Ini satu-satunya perkaitan yang ada. Aku mmg ada baju yang di hadiahkan oleh lec aku tu. Maybe sebab baju ni baju pebret kot? Kan?
Bunyi macam logik sket.



p/s: Sebenarnya aku lupa nk baca ayat kursi dan doa sblm tido. Terlalu penat. Dapat bantal .. terus pensan.

Thursday, October 22, 2009

.: pesan untuk bulan :.


Bulan.. aku tk pernah impikan kau menjadi seperti aku. Aku doakan kau gembira dan bahagia-bahagia saja. Hidup ini bukan untuk kau tangiskan selalu. Jangan terperangkap dalam masa silam seperti aku..

Bulan.. aku ingin kau terus bersinar menghiasi malam. Berikan cahayamu pada seluruh makhluk alam..

Bulan..rajuk kita sama, mimpi kita pernah bersulam duka, tetapi aku sudah penat berlari..sedang kau masih belum mahu berhenti, lalu...aku akan memandangmu dari kejauhan, andai kau tersungkur dan rebah, aku ingin menjadi yang pertama di sisimu

Bulan... jangan terus muram..senyumlah!..............


p/s : Teman.. aku doakan agar kau diberikan kekuatan hati untuk menempuhi segala ujian dariNya,semoga Allah bahagiakan kau di dunia dan akhirat..

Wednesday, October 21, 2009

.: bulan itu..bulan chenta :.

Bulan itu..bulan chenta..bulan itu..bulan kita..(sila nyanyi dengan betul). Aku pun tk sure lagu ni tajuk apa tah. Tapi...beginilah aku bulan ni..(merujuk kepada bulan oktober).Aku sedang sibuk bercinta. Ke mana saja aku pergi..aku sentiasa ingatkan dia. Mandi tak kenyang, tidur tak basah jadinya aku gara-gara mabuk cintanya.Pergh!! hebat betul kan?.Aku siap buat sajak untuk pengarang jantung aku ni. Kamu semua jangan jeles ok?Bagi peluang untuk aku bercinta dengan dia.Aku tidur pun.. dia sentiasa ada disisi aku. Sbb.. aku pernah ckp kat dia "aku ingin melihatmu di sisiku di kala aku terjaga".Waa...berbunga-bunga la hati si dia.

Sudah 3 minggu aku bercinta dengan dia. Cinta kami cinta kontrak. Dalam awal bulan 11 ni.. tamat la kontrak cinta kami. Aku harap dia tk merindui aku lagi selepas itu. Tapi.. jangan bimbang..tahun depan aku kembali menyambung cinta kontrak kami.Aku cuti sekejap saja. Hidup aku menjadi tak keruan kerana dia. Mata aku bengkak sbb selalu tidur lewat. Dia la punya pasal!. Tiap hari aku penat je pegi keje.Nak tahu siapa dia?..

Inilah pic chentaku yang terbaru....


aku dan buku dan tugasan!..huwaaa!!!



tugasan lagi!!

Kalo aku rasa aku dh nk muntah mengadap semua ni. Aku akan tgk pic kucing kesayangan aku ni..

bestnyer shamel tido...huhuh

p/s : good luck for me..setahun saja lagi untuk habiskan semua ini. InsyaAllah....


Friday, October 9, 2009

.:mengapa aku tak bole belajar dengan bersungguh-sungguh? :.


Hari ahad ni aku exam. Final exam. Paper ni sungguh menakutkan sebab sampai sekarang aku masih lagi pening-pening. Bulan ni sebenarnya bulan yang sungguh menyakitkan jiwa aku sebab aku ada exam setiap ahad, ada presentation dan bertan tan metrik tugasan yang perlu di submit. Kebetulan di opis jugak bizi, oleh itu rayuan aku untuk bercuti pada Rabu dan Kamis yang lalu telah di tolak mentah2 oleh bos ku itu. Kerana ada exhibition dan pertandingan di KLCC yang pernah aku sertai tahun lepas dan aku telah menang bronze award peringkat antarabangsa hehe. Tahun ni bos sebenarnya suruh aku juga yang pergi. Tetapi setelah beberapa hari bergaduh, bos akhirnya mengalah dan menyuruh pakse opismate aku yang pergi ke sana. Macam mn aku nk pergi? Pertandingan sampai hari sabtu dan aku exam pada hari ahad.Cuba jawab??

Penat juga sebenarnya bila kerja dan belajar pada masa yang sama. Tapi aku sudah pun berada di semester2 yang akhir. Aku nak habiskanya.

Kat sini aku senaraikan beberapa perkara yang telah berlaku dan menyebabkan aku tak dapat concentrate sepenuh mata hati dan jiwa kepada stadi aku . Huh!



1. Aku tido lewat semalam kerana laptop kesayangan aku terkena virus vietnam. Sudahnya sampai sekarang aku masih lagi belum siap scan laptop ni

2. Aku bangun awal untuk solat subuh, tetapi TERPAKSA tidur semula di sebabkan kemengantukan yang amat sangat. So? macam mana nk stadi?

3. Aku basuh baju dan berusaha mengheret besi tempat sidai pakaian ke luar rumah. Aku terpaksa menghabiskan masa dengan menjenguk ke luar rumah sebanyak 5 minit sekali kerana bimbang hujan turun or angin yang kuat menjatuhkan penyidai tu. So? macam mana aku nk mengadap buku aku?

4. Seawal jam 11 tengahari aku dah mula membaca, tetapi tiba-tiba terdengar suara anak kucin. Alahaii.. aku alergik dengar bunyi suara kucing ni. Ini telah menyebabkan aku sekejap2 berlari ke dapur dan menjenguk dari pintu dapur. Kat mana la kucin comel neh? Mesti dia lapar.. sian dia.. So? boleh tak bayangkan? aku tk bole nak tumpukan perhatian dengan suara kucing terngiang2 di telinga aku.

5. Aku mula rasa lapar pukul 12 tghari dan start memasak. Dah sudah makan.. mengantuk la pulak. Macam mana nk stadi ni?



Berikut adalah conversation antara aku dan kawan baik aku :


Aku : Asnee.. aku ngantuk.. macam mana nk stadi ni??

Asnee :Jangan pejam! teruskan latihan


Aku : Huwaaa!!


Asnee : Jangan huwaa! Buat latihan!

Aku :Asnee kijamm!!!

Asnee : Bukan kijam!! Yang betul KEJAM!!


Aku : Asnee.. sakit perut..

Asnee : Jangan duk berlakon! Buat latihan tu!


Aku kena marah dgn Asnee.. tp sekarang aku bizi taip entry pulak? Bila aku nk stadi ni?? Huwaaa!!

p/s : Doakan aku berjaya ye? hehehe

Monday, October 5, 2009

.: kenapa aku dan bos selalu gaduh?:.

Aku nk tubuhkan kelab kebajikan binatang sedunia..tapi bos aku tk setuju!


Cerita sebenar : Aku jumpa kucing ni pagi tadi. Dia mengiau punya la kuat. Manja lak tu. Aku usap2 dia..terus bunyi brr..brr..brr. Mana tah mummy dia. Tak bertanggungjawab langsung!. Si Comel ni berlari2 ikut aku ke cafe. Aku tk bg dia ikut. Aku belikan kopok kat dia. Balik opis tgk dia dh tkde. Huhu.. sobb!! Sobb T_T..

p/s : Tingat kat kucing aku 2 ekor kat rumah. Dah mandi ke belum...:D

Saturday, October 3, 2009

.: hepi konvo dear :.

Aku sudah berkerja di sini selama 3 tahun. Semasa mula2 datang ke negeri yang asing ni, aku tk ada kawan dan tak mengenali sesiapa pun kecuali seorang chatter ppuan dan seorang chatter lelaki. Jadi dengan chatter perempuan ini aku selalu keluar. Lepas aku beli kereta, ofismate aku kenalkan aku dengan seorang student lelaki. Kebetulan, masa tu aku nk shopping ke Penang, tapi tkde kawan dan tk berani untuk drive sendiri.

Jadi, namanya di calonkan. Aku mmg kenal dia sebelum ini dalam beberapa program dan aku se
ndiri pernah membawa dia ke KL untuk tujuan yg sama. Cuma, kami belum rapat dan dia agak pendiam mungkin kerana menghormati aku sebagai staf.

First time keluar bersama dia dan beberapa org lagi student, memang menyeronokkan. Biasalah.. student. Derang gila2 dan aku bole tersenyum dengan gelagat mereka. First time aku tgk dia senyum hati aku rasa sejuk. Dia sangat comel bila tersenyum. Aku ulang.. sangat COMEL!. Dan dia sebenarnya baik hati. Selalunya dgn student
aku tk begitu berkira untuk belanja mereka makan. Tapi dengan dia, dia akan belanja aku semula kalau aku belanja dia. Aku jadi senang dengan dia.

Sudahnya selama 2 tahun dia menjadi teman aku ke mana2.Aku anggap dia mcm adik sendiri. Dialah kawan, dia lah adik aku di sini.


Hari ni dia konvo, aku terasa hati bila dia ckp dia maybe tak sempat berjumpa dengan aku. Keluarganya hendak cepat pulang ke Penang dan kemudianya ke KL. Aku sebetulnya nak sangat berjumpa dgn dia. Selalunya bila ke KL aku tk sempat berjumpa. Aku dan dia masing2 ada urusan.

Sedang bermonyok2 muke sambil makan, aku terus2 call dia. Last2 dia call semula, katanya masih ada di dalam kampus. Aku rasa hepi sangat dan terus ke sana bersama
rumet. Bila tgk adik yang seorang ni, dah lain penampilannya.. aku rasa hepi untuk dia. Mungkin dah sepatutnya aku berhenti mengaggap dia mcm budak2 sama seperti sebelum ni. Dia dah bole jadi ayah budak pun.



Well, i'm proud n hepi 4 u. Hepi konvo day dear adik!


Friday, October 2, 2009

.: proses membuang sawang :.


Setelah sekian lama aku tk mengapdet blog ni. Balik trganu je.. aku terus sepi. Banyak yang berlaku sbnrnya. Ok! aku senaraikan!



1 - 6 Syawal 2009

Pertama kali aku dan femli beraya dalam keadaan sedih. Ayah aku still tk sihat dan sbnrnya kami semua tak beraya. Yang beraya cuma 3 orang anak saudara yg masih tak mengerti dan 2 ekor kucing yang hepi sbb ramai tukang peluk. Oh! pic kucing dan anak sedara aku ada dalam camera abg aku. Belum mintak lagi. Nanti aku letak kat sini.



7 Syawal 2009

Seawal pukul 9.30 pagi aku dh bertolak utk pulang ke kedah. Bersama 2 org student. Setelah melalui beberapa pit stop, termasuk berhenti di hospital, berhenti untuk tukar tayar dan buat allignment ( betul tah eja ), ( dgn alasan oleh student aku.. dia tkleh drift kalo tayar tkde bunge ). Ermm.. pengalaman balik ke Kedah yang menyeronokkan, avdenture n a bit scary bila kami semua sesat gara2 student aku yg sangat comel tu ingin mencuba jalan baru pada pukul 6.30 PTG!. Bukan pagi okey! Dan akhirnya kami selamat sampai ke destinasi pada pukul 12 MALAM!. Bleh tak bayangkan aku travel dari trganu ke kedah selama 14 jam 30 minit??.Huhuhu.. sib baik la student aku tu kepoh dan suka mengusik.



9 - 10 Syawal 2009

Mengalami muntah2 setelah menelan masakan sendiri.Huh! Rumet aku sihat elok ada je. Esoknya setelah tk larat, aku ke klinik n doc ckp aku kena gastrik ringan. Skang dh ok dah

Ini ubat yg aku kena telan


p/s : Aku sedang apdet blog ni samil bergaduh dgn seorang chatter. Huh!.Nak samung gaduh semula..

Monday, September 7, 2009

.: shopping time! :.

Last week aku ke KL. Saje. Bershopping..tetapi tidakla sakan. Yang paling penting aku telah berbelanja mengikut apa yang aku senaraikan. Baju untuk mak, abah dan anak saudara aku dan sepasang kasut cinderella untuk aku sendiri yang aku sangat suka.Yippi!!



Comel tak kasut cinderella ni??

Aku tk snap barang lain yang aku beli. Sebab dah terlalu teruja dgn kasut yang comel ini.

p/s : Pic kasut ini hanya untuk tatapan. Bukan untuk di jual :D



Tuesday, September 1, 2009

.: da list :.

Kelmarin aku ke Penang. Aku sediakan satu list untuk bershopping. Peringatan buat semua kaum perempuan, membuat list terlebih dahulu adalah amat penting untuk mengelakkan kamu membeli semua barang yang nampak cantik! Hurmm.. ok. Ini listnya


1. Vitamin - Multivitamin n B Complex


2. Tissue muke ( Penting okey! )

3. Baju raya abah n mak ( Tiap2 tahun aku beli )


4. Baju raya anak sedara ( Pun acara
tiap2 tahun)

5. Kasut macam housemate
( Dah lama aku berkenan kasut dia..huwaa! awat susah sangat tah nak cari )

6. Sila tgk handbag kegemaran ( Dah ada diskaun ke belum kekeke. Aku dah berkenan lama handbag ni..tp saje tunggu ha
rga dia jatuh lagi kekeke )

7. Kasut n baju untuk diri sendiri ( Yay! Kena la bg rewards untuk diri sendiri kan? )


8. Sebuah buku ( Another rewards 4 me)




Dan... setelah seharian memenatkan diri pusing shopping compleks, hanya satu saje barang yang aku beli dari senarai yang telah aku buat tu. Iaitu item no 8, sebuah buku. Novel sebenarnya.. hehehe.


Hehe.. aku sedang khusyuk membaca.. kawan2 yg lain sibuk tenung air untuk berbuka..

Jom makan sushi!



p/s : Walaupun hanya buku yang aku dapat beli, tp aku puas hati!. Sebab.. aku ada alasan untuk soping di KL..kekeke


Saturday, August 29, 2009

.: Redha.. :.


Semalam, aku mengheret Cik H ke rumah aku. Aku ada exam dan presentation hr ahad ni. Aku br je lepas xm hari khamis. Dalam erti kata lain, minggu ni aku di kelilingi exam yang menakutkan. Selain menjadi teman berbuka, Cik H menjadi teman stadi. Tp oleh kerana aku dan Cik H sama2 talkative.. makanya.. lebih banyak bercerita dari berstadi..tsk..tskk..tskk.

Ditambah pulak.. samil2 menengok drama Nur Kasih. Huhuhu
Part last.. masa Adam baca surat dari Nur Amina, tiba-tiba Cik H bersuara

"hurm.. dia kena REDHA la Nur Amina tinggalkan dia"

Aku tiba-tiba tersentak. Macam kena sekeh dari seseorang yang aku tk nampak ( bulan puasa tkde hantu okey!)


Aku diam dan ayat tu buat aku banyak berfikir.

Aku tahu.. aku lupa untuk REDHA..


Aku perlu REDHA dgn segalanya yang Allah telah aturkan untuk aku..



p/s : Dari sudut psikologi, selagi kita belum redha..ia akan menjadi unfinished bisness dalam diri kita. Dan ia terus berada di situ, tidak ingin membenarkan kita bahagia sepenuhnya..

Saturday, August 22, 2009

.: 1 Ramadhan :.


20/8/2009

Rumet beria2 mengajak aku ke rumahnya, supaya aku ada teman bersahur dan berbuka. Aku pulak beria2 menolaknya kerana memikirkan pembentangan pada hari ahad dan aku masih belum menyiapkan tugasan. Kalau aku pegi rumah dia, konfom aku pi window soping walaupun teman sebilik nak rehat je kat rumah.( Mana buleh weh! Tempat soping depan rumah je pun, leh jalan kaki!)

21/8/2009

Seawal 9 pagi aku dh on laptop.Berkobar2 nk menyiapkan tugasan jurnal ( ala...jurnal tentang gay, lesbian dan sewaktu dgnnya tu la..).Memikirkan tentang tugasan yang ini.. membuatkan aku agak berdebar.. sbb aku takutkan lec ku itu.. huhuhu. Jadi aku perlu serius menyiapkannya!caiyok! caiyok!


1pm - 3pm

Internet agak ok setelah tak ok sepanjang pagi.Err.. aku menghabiskan masa dengan menonton Naruto..err... tugasan tak siap lagi..


5.30pm

Tkleh jadi ni.Nanti hari ahad aku cerita pasal Naruto pulak masa pembentangan. Konfom lec aku bagi fail kat aku. So.. aku pack barang n lari merempat kat rumah kak F mengheret Cik H bersama aku.


22/8/2009

Maka dapatlah aku menyiapkan tugasan, berpuasa dan berterawih bersama kawan-kawan.Amin...

Ada satu sms yang aku dapat dan aku sangat suka. Aku nak share di sini

"Ya Allah,Seketika di akhir bulan Syaaban ini, InsyaAllah muncul bulan Ramadhan yang cerita.Engkau muliakan dan sayangi sahabatku ini.Serta Kau ampuni dosanya, berkati keluarganya,sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezeki, jauhkan daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan.Bahagiakan hidupnya,suburkan keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa keraguan darimu.Amin Ya Rabbal Alamin..

Selamat Menyambut Ramadhan..Semoga kita semua mendapat seribu rahmat,keberkatan dan keinsafan.Maaf jika ada salah dan silap