Tuesday, October 14, 2008

.: da conversation :.

Aku paling ingat conversation ni dengan seorang chatter.. aku suka cara dia memujuk...

aku: "aku sakit hati ni kat dia..."
dia : "ko tau tak kenapa syaitan tu syaitan?"
aku: "ermm.. sbb dia diciptakan dari api?"
dia : "taklah.. bukan sebab tu.. sbb dia merajuk dengan Allah.. dan rajuk tu bertukar menjadi dendam"
aku: " oo.. ye ke?"
dia: "aha, betul.. jadi ko jangan merajuk lama2 nanti takut rajuk tu bertukar menjadi dendam"
aku: ( senyum dalam hati ) hahaha kalo senyum depan pc tu pun bukan chatter tu nampak :p

Aku jadi berfikir panjang.. sbb aku mmg suka merajuk. Jadi moral of da conversation... jgn merajuk lama sangat.. heheh

Monday, October 13, 2008

.: tantarum mode :.


Aku suka guna status ni bila aku tensen. Sebenarnya words ni aku dapat dari adik aku, dari citer Harry Potter. Semalam aku bernyanyi-nyanyi sendiri sbb hepi. Hari ni tgh ternganga sendiri utk setelkan kerja yang bertimbun. Anyway.. hidup kene sentiasa hepi kan? tkpelah.. aku tgh cuba utk senyum n buat kerja aku.. antaranya ialah :


1. Tugasan kelas

2. Tugasan kerja hakiki

3. Tugasan ad-hoc ( program )

4. Xm - 18hb ni - yang memerlukan aku menghafal segala fakta yang ada dalam buku

5. Xm - subjek jabatan 28 hb (aku perlu lulusss utk sah jawatan!)


Tugasan kelas

Yang ni aku mmg kene siapkan sbb kelas dh pun nk berakhir dan ini sahaja masa yang ada. So, esok aku akan ke a.star ( terpaksa dengan beraninya drive sorang2). Apa yang tk setel lagi ialah:


a. Modul utk 8 kumpulan

b.Perancangan pengendalian

c.Kene refer buku petang ni jugak

d.Siapkan surat utk kebenaran


Tugasan Kerja hakiki

Yang ni aku terpaksa letak no 2. Kesian kat student tercari2 aku, tp aku tkde. Maaf yer!


Tugasan Kerja Ad-Hoc

Yang ni paling menyakitkan kepala otak aku. Ada meeting hari Khamis 3.30 petang n perlu siapkan gerak kerja.. antaranya ialah :


a. buat list senarai jemputan seramai 100 orang

b. follow up semua orang untuk tujuan confirmation dan esok aku tkde

c. terpaksa mintak staf buat n cover semula hari rabu


Xm- both

Aku kene baca buku!!!!!!


p/s : saya dengan ini mendoakan agar semua urusan saya di permudahkan Allah.. amin....