Wednesday, January 27, 2010

.: down 2 earth :.


Ada perkara-perkara yang boleh membuatkan mood aku bertukar serta-merta. Dari ceria kepada seorang yang tak nak keluar dari bilik. Aku jarang moody. Tetapi perkara yang satu ni cukup mengganggu aku.


Tadi aku di Dewan Besar, ada ucapan amanat. Aku n da geng bawak duit siap2 dengan harapan, selepas habis taklimat, kami akan ke cafe. Rupanya kudapan di sediakan. Wah! sapa tak suka makan free kan?Kami di beri mihun goreng, roti gardenia dan sebotol air mineral. Semuanya di letak dalam paper bag. Dengan bahagianya aku pulang ke opis.


Kesalahan aku ialah aku tak check dulu isi mihun. Aku sangat alergik dengan seafood ( dah di ceritakan dalam banyak entry ). Aku makan mihun dengan bahagianya n baru sedar ada udang dalam mihun. Serta merta selera aku mati. Aku terus buang mihun dalam tong sampah. Dan serta merta juga mood aku hari ni berubah.


Aku sedang menunggu kesan dari alergik. Aku tak tahu samada esok atau lusa aku akan demam, selsema, bersin tak berhenti, sakit kepala atau apa lagi. Yang nyata.. aku tak suka semua simptom tu.


Alergik makan ni merupakan alergik aku yang paling teruk. Mungkin kerana aku di lahirkan tidak cukup bulan, maka aku kekurangan antibodi or macam mana aku tak tahu nak explain.


Selain dari alergik makan, kulit aku juga alergik dengan sebarang perhiasan seperti besi or silver.Contoh jam besi,rantai tangan yang ada batu-batu cantik tu pun aku tak bole pakai. Even pin untuk tudung. Kalau pakai jugak, kulit aku akan berbintik-bintik merah dan gatal. Bak orang lain kata, kulit mahal. Semuanya kena emas kan?.Nasib baiklah aku tak terdiri dari golongan yang gile emas. Aku penat tengok yang sarat2. Penat mata memandang.Tapi alergik yang ini aku tak kisah pun.



Macam mana aku nak buat sekarang ni?



p/s: Aku sangat down sekarang.. rasa macam nak keluarkan semula semua isi perut

Monday, January 18, 2010

.: wang prachan a.k.a wang kelian :.


Ahad pagi, aku ke luar negara sekejap. Aku ke Wang Prachan.Banyak benda menarik kat sana. So.. dalam entri ni aku letak pic yang aku snap semasa aku kat sana.


Jom, masuk siam :P



Sebenarnya tempat jualan kat sini, macam kat pasar malam je. Cantik n kemas lagi wang kelian sebelah negara kita. aku sampai seawal 8.30 pagi.



Ini benda pertama yang aku berkenan. Ye. aku tahu, kat sini pun ada :P




Haa.. yang ni aku tak pernah jumpa kat sini. Air yang di jual dalam bekas tembikar. Tengok la..dah siap letak straw :). Bekasnya pulak ada macam2 pesen.



Yang ni pun bekas air. Unik tak?. Kat belakang tu ada paip



Err.. aku tau pic ni sensored. Aku tergelak tengok benda alah ni. Benda ni fungsi dia letak dalam kereta. Kat tempat kita takde kan? kan? kan? heheheh


Aku balik dalam pukul 11 lebih. Aku tak beli apa-apa pun kecuali pulut ayam yang sangat aku suke. Nanti kalo masuk siam lagi, pulut ayam jugakla yang wajib aku beli . Nyumm! Nyumm!



p/s: Tetiba rasa nk pi jalan2 tengok negara orang jadi azam tahun ni. Haishh. Nak pecahkan tabung mana pulak ni. Huhuhu T_T

Tuesday, January 12, 2010

.: nombor dan signifikannya :.


Iyer.. nombor. Apa signifikannya dalam hidup aku?.Dari kecik aku tak sukakan nombor sebab selalunya ia membawa kenangan-kenangan yang tak best.Meh aku senaraikan..


1. Masa aku darjah satu aku dapat no 24 untuk exam akhir tahun. Since dat day abang aku selalu ejek aku. Dia cakap kat aku "tu ( two ) pat ( empat) = tu pat" setiap kali nampak muke aku.Aku lupa aku kena marah ngan ayah aku atau tak. Tapi part abang aku ejek tu memang annoying sungguh (marah abang aku hahahha). Sebab dia ejek aku sambil buat aksi yang kami panggil " enau gudbest" = 2 tumbs up.


2. Berat aku masa aku darjah 3 ialah 15kg. Dan aku masih ingat cikgu aku gelak sakan dan cakap berat aku sama dengan berat ikan kat pasar. Huhu.. sampai ati cikgu. Terasa tawww ati kecik saya.


3. Pipi aku berjahit 4 jahitan masa aku tingkatan 4. Gara-gara main hoki. Lepas tu.. aku benci no 4 dan benci hoki. Ustaz aku usik aku, kalau aku fail paper syariah islamiah (opss!! terpecah rahsia :p) dia akan ikat aku kat tiang letrik sambil silang kayu hoki kat tengkuk aku. Huh!


4. Aku tak pernah mendapat result yang baik dalam subjek yang berbentuk pengiraan seperti matematik.Aku selalu kene sekeh / ketuk kepala dengan cikgu math aku.Aku ingat lagi.. kawan aku ajar, kalau tk nak sakit, pakai anak tudung/serkup kepala tebal2. Kalau bole.. pakai 2 3 lapis. Nak lagi syok letak span. So.. kalo cikgu aku sekeh.. tak kena la kepala aku kan? kan?. Genius sungguh kawan aku!. Tapi aku tak pernah try pun.


Aku dapat 7 untuk matematik n aku fail dalam prinsip akaun. Satu-satunya subjek pengiraan yang aku dapat best student ialah ekonomi masa aku STPM. Itu pun sebab cikgu yang mengajar tu hensem.Kalo tak hensem aku rasa aku fail gak. Haishh.. rupa paras sangat membantu dalam memberi motivasi kepada pelajar.Aku nak sarankan supaya elemen rupa paras turut di masukkan dalam syarat untuk pengambilan pelajar-pelajar edu.Hiks..


Apahal aku dok cerita pasal nombor-nombor malam bute ni?.Sebenarnya.. tadi aku mendapat tugasan dari bos untuk menyiapkan paperwork yang bernilai juta-juta (sila jangan percaya). Aku terus panik. Dah le math dapat 7 dan fail prinsip akaun.Aku terus pm kawan baik aku,


Aku : Awak!!... Huwaa!!! Saya kena buat paperwork juta-juta ni. Mati la saya!!

Dia : Hahahha*gelak*

Aku : Saya dah la fail math!.Eh! Awak..juta ada berapa no ye?

Dia : Wahahahahaha!!! *aku rasa dia gelak samil meloncat-loncat*

Aku : :(




P/s : Aku sebenarnya siyes lupa juta ada berapa nombor.Sapa bole tolong aku buat paperwork ni..huwaa!!

Friday, January 8, 2010

.: henpon yg comel dan tuan yg bute IT :.


Aku suka hp baru aku ( riak sungguh! astarfirullahal azim ). Selain dari sangat comel aku dah bole upload pic2 yang aku snap ( hp yang dulu cuma bole amik pic je, nak transfer ke laptop tu tak bole. Bunyinya sangat kasihan bukan?). Tapi.. aku juga sangat sayangkan hp aku yang lama. Sebab itulah first hp aku. Usianya sudah 6 thn.


Aku dah snap mcm2 pic dan sangat xcited untuk transfer ke laptop aku. Tetapi tiba2 aku teringat, hosmate aku beli ada satu benda kecik ( aku tk ingat nama dia ) untuk letak memory card kemudian barulah dapat transfer pic dalam hp. Muke aku yang ceria tetiba keruh. Sebab mana la ada sesapa kat rumah ni selain aku seorang diri. So.. aku pun msg hosmate aku


" Babe, kalau k.hena nak transfer pic dalam hp k.hena, nak kene beli benda alah kecik tu yang letak memory card tu ke? or bole guna kabel usb tu je?"


Hosmate aku tak balas, aku chat dengan kawan aku n tanya dia. Huhuh punye la bute IT ( sesi pengakuan ketidakcerdikan sendiri ). Rupanya bole transfer macam tu je. Yeay!!.So... ini adalah antara pic yang sangat tidak kreatif di snap oleh aku. Yippi!



Ini ialah en.kucing yang menemani aku di rumah hari ni. Dia ni selalu datang mintak makanan. Tengoklah dia pandang aku sambil buat muke kesian tu. Huhuhu


'Yeay! Dapat makanan!,' kata en.kucing dalam hati



Ini adalah aktiviti aku 2 malam yang lepas. Aku sudah di landa kemiskinan akibat dari aktiviti bersoping sakan. Hurmm.. aku layak dapat bantuan kebajikan tak?. Aku berharap .. dengan memaparkan pic macam ni ada pihak2 yang prihatin dan sudi menderma kepada aku. Syarat-syarat pendermaan ialah :

1. Derma perlulah melebihi jumlah 50 k , ( ye la.. 20 sen aku tak mau! )

2. Lebih dari 80 k juga di alu - alukan :D




p/s : Sebenarnya pakcik cafe tanya kalau aku ada duit syiling untuk tukar. Ada sapa lagi nk pecahkan tabung?

Sunday, January 3, 2010

.: stress dan tanda-tandanya :.



Huwaa!! Kenapa cuti semester pendek sangat?. Aku nak tanya soalan ni kat sapa? Sapa buleh jawab?



Aku belom sempat berpoya2 sepueh hati, dah kena masuk kelas semula.Siyesli aku sangat tidak bersemangat untuk memulakan semester baru. Dengan result exam yang tertungging aku rasa sungguh down. Huh!.



Petang ni kelas aku bermula dan secara rasminya..masa berpoye-poye telah tamat dengan bahagianya. Stress tau tak? Aku rasa aku ada semua ciri stress ni.. cuba korang check korang ada tak?



Stress dan tanda-tandanya


Pertama : Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tido.....



Kedua : Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk anda memusingkan kepala...




Ketiga : Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik..



Keempat : Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan



Kelima : Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walaupun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat

*aku sangat suka kucing ini.. sungguh comel..hahahha*



Keenam : Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat


Ketujuh : Anda sentiasa merasa fikiran terlalu sempit



Kelapan : Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan sentiasa di permainkan


Kesembilan : Boss sentiasa marah dengan anda


Kesepuluh : Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung


Kesebelas : Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat


Kedua belas : Anda sentiasa merasa diri tersepit...


Ketiga belas :Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing..


Keempat belas : Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas..


Kelima belas : Anda sentiasa merasa keseorangan .. dan merasa amat takut..seperti seseorang berada di dalam rumah.. huhuhu


*yang ni jugak sangat comel, menyorok bawah paper.. kakaka*





p/s : info ini di perolehi dari email.
sekiranya kamu mempunyai semua tanda2 ini silalah mendapatkan bantuan dari klinik kucing yang terdekat. Sekian.. :D