Friday, December 30, 2011

: alhamdulillah 2011, berkatilah 2012 :

Lagi sehari, 2012 akan membuka tirainya. Lagi sehari jugalah aku akan berada kat bumi kedah ni. Sayu rasa hati sebab sudah lima tahun kat sini. 1 januari 2012 aku sudah mula bercuti tanpa gaji. Ingin menemani dan bersama suami tersayang. Perkahwinan jarak jauh banyak mengajar aku erti rindu. Chewwah! *pensan*. Sangat rindukan dia....

Neway, 2011 ni aku lalui dengan sangat bersyukur. Alhamdulillah diatas segala kurniaan dan nikmatmu Ya Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Januari - Sedih sebab tak dapat ke India. Planning dari tahun lepas. Tapi atas sebab tertentu tak dapat pergi. Huhuhu.

Februari - Tak dapat pegi India, tapi digantikan dengan pergi Bangkok.Yeay!. Sangat enjoy. Balik dari Bangkok terus kepeningan dengan tesis dan kerja. Padan muke

Mac - Antara bulan yang paling hectic. Peratus berkerja melebihi had. Hectic dengan tesis yang memeningkan dan program besar yang tiba-tiba jatuh atas kepala.

April- Masih dalam mode hectic. Di serang batuk . Batuk berlarutan selama 3 bulan. Sampai doc syak tibi dan telah menjalani x-ray. Tetapi lung sangat bersih dan sihat sejahtera. Telah mencuba macam2 ubat dan yang paling sedap limau nipis campur kicap. Nyum nyum.

Mei - Femli tetiba buat lawak untuk kahwin pada bulan 6. Sangat lawak ok?!. Sebab bulan 6 adalah bulan yang sangat penting bagi kami berdua. Suami tersayang perlu hantar report tahunan tesis dan aku perlu hantar tesis!.Terus tensen.

Jun- Sangat bengong dengan tesis. Menghadapi beberapa drama dengan penyelia dan juga kedai binding. It's normal bila tesis perlu draf banyak kali. Aku takde masalah dari segi tu. Tapi, kalau binding sampai 3 kali. Itu tak berapa normal. Hantar tesis untuk binding dalam keadaan sangat genting iaitu dalam perjalanan ke Penang, aku mintak bas tunggu ( bas tunggu ok?!) tepi jalan sementara aku keluar berlari meredah hujan ke kedai binding. Huhuhu. Alhamdulillah. Tesis akhirnya berjaya di hantar dan mendapat result yang baik.

Julai- Balik dari cuti seminggu kerana menguruskan urusan kawin, tiba-tiba dikejutkan mendapat anugerah dari opis. Erk!. Memula rasa nak pensan. Lepas tu tak jadi pensan sebab time tu ada buat makan-makan. Kalau pensan, rugi sebab tak dapat makan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Ogos - Mula bz dengan urusan kawin. Juga melalui beberapa fasa drama swasta. Susah mencari baju sesuai dengan kami yang cute dan comel. Alhamdulillah akhirnya berjumpa baju yang berkenan di hati. Hanya bekerja 2 minggu pada bulan ni. Sebab apply cuti utk raya dan kawin. Alhamdulillah big boss luluskan cuti. Sangat hectic di rumah. Tidur jam 1 - 2 pagi menyiapkan persiapan kawin. Menjadi seorang perempuan yang degil, agak menyusahkan. Berdegil untuk buat sendiri hantaran. Berdegil untuk jahit baju kawin. Berdegil untuk siapkan 1001 perkara, tetapi terlupa hanya ada sepasang tangan. Sigh. Kekekek.

September - Saat yang paling membahagiakan. Menjadi isteri kepada suami tersayang. Alhamdulillah. Semua urusan perkahwinan lancar dan semoga perkahwinan ini di berkati. Semoga perkahwinan ini menuju ke jalan Mu Ya Allah. Semoga perkahwinan ini di kurniakan zuriat yang soleh. Semoga perkahwinan ini kekal selamanya. Semoga kami berdua redha dengan ujian yang telah di tentukan untuk kami. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Aminnn..

Oktober - Konvokesyen day!. Alhamdulillah mendapat result yang sangat baik.

November - Suami tersayang pulang. Yeay!. Sangat2 hepi. Berada bersama keluarga mertua untuk majlis perkahwinan adik ipar yang comel. Alhamdulillah. Semuanya lancar.

Disember - Awal bulan agak bz dengan outstation. Dan sekarang dalam mode hati sayu. Sayang untuk meninggalkan bumi kedah ini. Walaupun sebenarnya sekejap sahaja. Tetapi lagi sayu mengenangkan suami sendirian dan jauh di bumi asing. Sayang.. wait for me ok?. I'll be there 4 u. Love u forever....


p/s :Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita. Alhamdulillah.

Monday, October 3, 2011

.: hari ini dan kelmarin :.

Saat paling membahagiakan. Luv u sayang..


3/10/2011


Genap sebulan usia perkahwinan kami. Bermakna genap sebulan juga aku memegang status isteri. Dalam tempoh ini aku masih lagi terkial-kial untuk belajar menerima panggilan 'puan'. Aku masih lagi belajar untuk tersenyum senget bila di usik dengan gurauan untuk mereka yang sudah berkahwin. Aku masih lagi cuba untuk bersikap selamba bila ada kawan-kawan yang memegang perut dan berta
nya "bila nk ada isi ni?". Huhu...dulu derang tanya bila nak kawin. Sekarang derang dah tukar soalan. Owh! Bukan orang lain saje. Mak aku pun dah tukar topik untuk bercerita. Sekarang kalau aku balik kampung ceritanya hanyalah tentang cousin-cousin aku yang tengah mengandung. *pensan*


Aku sentiasa mengingatkan diri sendiri, ahli keluarga telah bertambah. Aku sudah ada satu lagi keluarga besar di bela
h Kelantan. Aku pun sedar, antara isteri orang dan anak dara pasti banyak bezanya. Kalau dulu semuanya perlu ikut kebenaran dari keluarga, sekarang perlu kebenaran dari suami. Tetapi oleh kerana aku dan suami jauh terpisah oleh segala jenis lautan dan benua, aku masih tinggal bersama kawan-kawan bujang, masih keluar makan atau berpoye2 bersama kawan2 perempuan,err.. adakalanya aku masih di anggap sebagai perempuan bujang. Tetapi selalunya di anggap student la ( perasan )* pensan buat kali ke 2*


Selama sebulan ini juga aku menjalani kehidupan sebagai isteri orang. Owh!.Feeling syahdu sebab berjauhan dengan suami. Dulu aku rasa macam aku akan ok je bila pjj ( perkahwinan jarak jauh ). Tapi.. realitinya tak. Oleh kerana aku sangat cool dan selamba, semua orang cakap aku takde perasaan. Pedulik hapa kan?. Perasaan itu aku yang rasa. Tak perlu bagitau satu dunia dengan perlu menangis di depan semua orang. Kalau aku menangis kerana rindukan suami pun, biarlah hanya aku yang tahu.Huwaaaaaaaa!.Sob!Sob! :(.Miss u sayang . *turn orang lain pulak pensan dan muntah*.


Ok tak aku edit pic ni? Hik hik.




2/10/2011

Hari yang paling membahagiakan. Meraikan penat lelah belajar sambil bekerja. Huhuhu.Awalnya aku tak begitu xcited untuk berkonvo mengenangkan suami tiada bersama. Tetapi tetap membuat persiapan ala kadar dan ingin bergembira bersama kawan-kawan dan keluarga. Aku tetap mencari sepasang baju kurung moden yang baru untuk konvo yang cuma berharga RM50.00 hik hik. Memakai kasut hitam tertutup yang sangat lama dan sudah berusia 6 tahun. Wah!...lama kan?. Plus, tapaknya sudah haus dan berbunyi 'ketung ketang' bila berjalan. Lalalala. Ada aku kisah?.Sebab bila berada atas pentas nanti, jalan atas karpet kan?. So.. kasut tu tak berbunyi pun.


Seawal jam 7.15 pagi aku sudah sampai ke Dewan untuk taklimat. Bila sampai di kawasan parking, aku tengok je semua orang datang berteman. Tapi aku datang sendirian. Ada yang tolong perbetulkan jubah, mortar board, tarik2 baju, letakkan pin kat jubah and even tolong make up. Aku senyum je , jalan sorang-sorang ke toilet dan sambung touch up make up. Tetiba terjumpa coursemate. Terus rasa macam ada geng. Best!Best!.


Langkah je dalam dewan, feeling terasa lain. Selama ni aku masuk dewan ni atas tiket staf untuk tujuan program dan bila hari ni aku masuk dewan ni atas tiket student aku terasa sangat lain. Hepi sangat bila tengok semua kawan satu batch berkumpul dan buat bising macam dalam kelas. Hambik kau!. Tak hengat donia.Masa berjalan ke dewan konvokesyen aku mula terasa kupu2 penuh dalam perut. Berdebar dan takut. Padahal ni bukan kali pertama konvo. Huhuhu. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun aku kecut perut. Aku tak jatuh pensan atas pentas, kasut tak tercabut dan mengenai muke2 pensyarah or mereka yang penting di atas pentas, mortar board masih di atas kepala dan tiada kejadian-kejadian menakutkan seperti yang di bayangkan.Alhamdulillah.


Keluar je dari dewan, semua kawan- kawan bertempiaran berlari mencari keluarga masing-masing meninggalkan aku keseorangan dan terpinga-pinga. Sebab abang, adik dan kawan2 baru on the way. Maka berjalan la aku sorang-sorang dan menyempit dan menyelit dalam camera sesiapa yang aku ternampak. Huhu. Sedey la jugak time ni.Setelah puas ternganga dan melihat orang lain. Aku jalan slow-slow ke arah parking dan dok diam - diam dalam kereta sambil tunggu abang, adik dan kawan-kawan.Alhamdulillah semua yang tersayang datang. Kawan-kawan rapat datang lewat sikit, membawa 2 jambak bunga. Suke!Suke!. Sejambak bunga mawar kaler biru dan sejambak lagi kaler oren. Comel sungguh!. Pastu abang dan adik aku pulak sampai, bawak sejambak lagi bunga mawar kaler merah. Yeay!!


Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya Allah atas segala kurniaan dan nikmat darimu. Bimbinglah kami supaya menjadi hambaMu yang tahu bersyukur. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah




P/S : 3 hari selepas konvo, aku dapat hadiah dari opis pulak..Alhamdulillah...

Tuesday, September 6, 2011

.: Selesai sudah :.


Alhamdulillah...

Urusan kenduri majlis perkahwinan kat rumah aku dah selesai. Maka berterbangan lah semua kupu2 yang terkumpul sejak sekian lama dalam perut aku. Walaupun ada hiccups di sana sini. Aku tak mahu melihatnya sebagai major problem. Yang lepas, biarkanlah. Yang penting aku belajar banyak perkara bila menguruskan sesuatu majlis. Dalam majlis kenduri kawin diri sendiri, bukan semua perkara adalah mengenai kita sahaja. Ada beberapa keputusan yang akan diputuskan oleh orang lain.

Bagi aku, kalau tkde sirih junjung bukanlah satu masalah besar, tapi bagi mak ayah aku.. pantang langgar adat. Bagi aku, aku cuma inginkan sebuah majlis yang sederhana, kalau ada kurang satu dua aku takde masalah. Tak ingin merumitkan keadaan. Tetapi, bagi keluarga aku semuanya perlu ada dan mengikut aturan. Aku sudah tak percaya kepada amalan gotong royong sebab itu semua dah tak ada since kakak aku kawin 11 tahun yang lalu, tapi mak ayah aku berkeras pada awalnya nak buat gotong royong. Macam biasa, aku la yang menang.

Aku tak nak menyusahkan keluarga aku. Walaupun tak memasak, kerja-kerja tetap bertimbun2.Kerja-kerja kawin memang memenatkan. Kesian aku tengok abg, kakak, adik n anak sedara aku yang aku bagikan tugas. Semua orang bertungkus lumus. Aku sangat-sangat hargainya. Kakak aku setiap malam tido lewat, menyiapkan baju dan tudung aku. Abang aku setiap malam keluar cari barang-barang untuk doorgift aku, adik lelaki aku habis duit beribu hadiahkan set bilik tidur untuk aku dan dapur baru untuk mak aku, anak saudara aku semua kena buat kerahan tenaga termasuk syirah yang berumur 6 tahun, adik bongsu aku tukang buat segala kerja kerastangan dan adik yg kedua bongsu adalah bodygad aku keluar setiap hari dan waktu dan adik lelaki aku adalah org yang sibuk uruskan kekemasan rumah. Sangat banyak kerja-kerja yang memerlukan pendetailan (bole guna ke ni?).

Jadi bukanlah semua perkara akan diputuskan oleh kita sendiri, kerja-kerja perlu di bahagikan dan biarlah keputusan dibuat oleh orang yang di pertanggungjawabkan. Malam terakhir sebelum aku berkahwin, jam 12 malam aku masih menyiapkan guest book dan baju untuk photoshoot. Berinai pun belum lagi masa tu. Sudahnya inai kat jari yang sepatutnya berwarna merah, jadi kaler oren. Hehehe. Malas untuk menjadi cerewet, aku tido je dengan kaler oren tu. Pagi esoknya aku berinai sekali lagi. Terkial2 aku inaikan jari sendiri n sambung tido semula sekejap. Cukup untuk bagi inai merah sikit.

Waktu bertunang, ada sedikit kekeliruan yang di buat oleh pakcik aku. Siyes, aku tak sempat nk brief dia. Pakcik aku sampai dari kelantan kul 5 pagi. Bila masa aku nk brief?. Dia ingat aku akan sarungkan cincin untuk hubby tersayang. Rupanya tiada. Cuma Ummi yang pakaikan rantai tangan untuk aku.

Waktu akad nikah, agak kalut sebab adik beradik aku keluar untuk ambil lauk makan beradap. Ayah aku tak begitu sihat dan mak aku sibuk dengan tetamu. Jadi yang temankan aku untuk majlis akad nikah di Masjid Terapung adalah adik beradik dan seorang makcik. Sedikit terkilan sebab mak ayah aku tak ada. Tapi.. aku pujuk hati cepat-cepat, semua orang sibuk dan aku jangan pentingkan diri sendiri. Waktu hubby tersayang nak lafazkan akad, tetiba semua kupu2 berterbangan dengan bahagianya dalam perut aku. Tetapi itu semua cuma sekejap, bila dengan sekali lafaz aku sudah menjadi miliknya yang tersayang.

Waktu resepsi jugak agak kalut, aku dah sampai ke rumah waktu tengahari dan ada kawan-kawan yang sudah pun sampai. Aku sibuk melayan tetamu sampai tak sempat nk cuci mekap dan bersiap untuk resepsi. Nasib baik untuk mekap, MUA mencadangkan aku supaya touch up saje.

Tetamu hadir hingga ke malam. Cousin-cousin aku dari Kelantan. Terima kasih sangat buat semua yang sudi hadir. Sebab aku sangat faham, tarikh majlis perkahwinan aku adalah tarikh yang sangat pack sebab hari terakhir cuti. Orang semua dah bergegas balik untuk bekerja.Terima kasih buat semua....Love u all!


P/S : Alhamdulillah..syukur pada Mu Ya Allah..kini aku miliknya...

Friday, August 26, 2011

.: ku mohon :.

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran

Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku

Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca

Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku



p/s: Redhalah wahai hati...

Sunday, August 14, 2011

.: kehilangan :.

Tiba-tiba aku rasa separuh dari hidup aku menjadi begitu sunyi..

Kalau sebelum ini..
Ada yang berebut untuk masuk ke rumah
Ada yang menunggu aku pulang dengan setianya
Ada yang berlumba berebut kerusi dengan aku
Ada yang menyergah bila aku keluar dari bilik
Ada yang menyepahkan rumah
Ada yang bermanja dengan aku
Ada yang sudi di dukung dan di belai


12 Ogos 2011 jam 7.00 pagi

Aku keluar rumah untuk memanaskan enjin kereta. Perlu ke airport kerana ada urusan di Port Dickson. Aku nampak Hensem terbaring di porch kereta. Aku ingat dia tido, dengan bahagianya aku memanggil2 namanya. Tetapi aku hairan kerana dia langsung tak menyahut ataupun bergerak. Bila aku dekati, rupanya Hensem telah pun kaku. Mati. Hati aku tiba-tiba kehilangan rasa. Aku terkejut dan tergamam. Aku terus golek-golekkan tubuhnya untuk memastikan aku tak bermimpi yang Hensem sedang kaku di depan aku. Aku track semula titisan darah dan muntah Hensem. Aku buat andaian sendiri, dia mungkin di langgar semalam. Kebetulan rumah jiran ada banyak kereta semalam. Hensem mungkin cuba sedaya upaya berlari ke arah rumah aku dan mati.Hanya Allah yang tahu apa yang berlaku. Terus aku msg housemate di A.star dan maklumkan hensem sudah mati. Sungguh aku sedih. Dan paling sedih aku tak dapat berbuat apa2 untuk Hensem kerana aku sudah lewat untuk ke airport.


Jam 1.15 tghari di Port Dicskon

Housemate msg aku memberitahu Stranger adik kepada Hensem juga sudah mati. Paling sedih housemate aku tengok dia bertarung menghembuskan nafasnya yang terakhir. Stranger mungkin termakan atau di patuk binatang beracun. Sebab mukanya bengkak dan keluar darah dari mulutnya. T___T sangat sedih...


13 Ogos jam 10.01 malam

Aku baru sampai ke rumah dan tiba-tiba terasa begitu sunyi....




p/s : Tantarum Mode

Sunday, July 31, 2011

.: ahlan wasahlan Ramadhan, aku merinduimu.. :.

Syahdu je rasa hati bila awal Ramadhan tahun ni aku tak balik n menyambutnya dengan keluarga. Sementelah lagi bila Ramadhan ini akan jadi Ramadhan terakhir aku berstatus "single". Aku akan bertukar status pada 3 September 2011. Selalunya aku akan balik tiap awal ramadhan. Kat sini bukan ada sapa. Aku goreng nasi n keropok untuk berbuka. Tu pun tak habis.


Ramadhan ini aku mohon keberkatan
Dalam mengharungi ujian mu Tuhan
Moga dosa lalu diampunkan
Moga pintu taubat di bukakan


Ramadhan ini aku mohon rahmatMu
Dalam mengharungi liku liku hidupku
Moga Kau terima amalanku
Moga Kau memberi barakahMU


Ramadhan ini aku mohon seribu keinsafan
Dalam hati kudusku yang bernama insan
Moga kerdil ini di tambahkan keimanan
Moga Ramadhan ini memberi kemenangan


Ramadhan, aku merinduimu...



p/s : Salam Ramadhan, semoga Allah menerima taubat dan amalan kita. Amin..

Thursday, July 14, 2011

Sunday, July 10, 2011

.: wedding preps:.

Setelah beberapa lama rasa terawang-awang.. akhirnya aku berpijak di bumi nyata dan sedar aku bakal menjadi isteri orang. Dengan masih rasa terkejut bagai di ketuk-ketuk, aku mulakan dengan cari maklumat sebanyak mungkin.


Aku sedar, menguruskan sesebuah majlis perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. So.. aku cari dan cari. Akhirnya terbaca blo
g B2B. Iaitu group bakal-bakal pengantin dan mantan pengantin yang sudi berkongsi pengalaman tentang persediaan perkahwinan derang. Bagus kan?. Aku tak join group derang, sebab aku dah ada blog ini. Kalau aku tukar blog ni jadi B2B blog, bila dah kawin nanti, aku nak cerita pasal apa pula ye?. Aku lebih suka macam ni, tak terikat dengan mana2 theme. Low profile macam biasa. Bercerita tentang apa sahaja yang aku suka


Hadiah yang pertama aku terima ialah ini!



Aku balik dari outstation. Tetiba tengok kotak ni tersimpuh elok atas karpet dalam bilik. Aku keheranan n terus bukak. Rupanya bunga telur yang sangat comel. Tengs my dear hosmate!.Sangat suka dan terkejut tetiba. Sebab itulah detik pertama yang aku betul2 sedar aku bakal berkahwin dan menjadi milik dia yang tersayang. Tinggal hanya 54 hari saja lagi sebelum kami di ijabkabulkan. Aku dah buat checklist.Aku senaraikan di sini untuk jadi peringatan dan rujukan aku sendiri


1. Tarikh/Waktu / Lokasi/Tema



My side

- 3/9/2011

- Grey + pink
- Akad nikah di Masjid Terapung
- Resepsi di rumah



His side

- 10/9/2011
- Black + Red

- Di rumah, Pasir Mas


2.Legal document

- H.I.V test - Done

- Borang nikah - Done. Hujung minggu ni balik Terengganu n
hantar ke pejabat agama


3. Pakaian + aksesori



Bertunang

- Baju - Dah beli n kakak jahit manik
- Tudung - Pending

- Veil - Pending



Him

- Baju - Done


Akad nikah

- Baju - Dah beli. Tgh jahit manik. Huhuh

- Tudung - Dah beli. Tapi tak jahit lagi

- Veil - Pun dah beli. Tapi tak siap jahit manik

- Kasut - Amik kasut "cinderella"


Him
- Baju - Done

- Kasut - Dah beli kan dear?Hehe



Resepsi

- Baju - Done

- Tudung - Pending
- Veil - Done
- Kasut - Done. Balik kg nak kene try kasut. Maklum sahaja, aku ini bersaiz kecik



4. Caterer - Semuanya done by mom.


5.Pelamin + Decor

- Pelamin - Done

- Hiasan bilik - Buat sendiri je la

- Makan beradap - Kalo tkde buleh dak?Huhu. Ok will discuss dengan butik
- Arch - Err... perlu jugak ke?
- Make up - pending


6. Photographer- Done.
Balik kg bayar lagi separuh


7. Favors

- Deco + Tq tag - Hosmate tersayang buat. Kekeke
- Barang V.I.P - Done. Tinggal nak letakkan dalam kotak sahaja
- Barang untuk non V.I.P - Pending untuk satu jenis item la
gi
- Kids - Gula-gula for kids done by mak hosmate.
Terima kasih makcik
- Paper bag - Kena tambah lagi 200



8. Bunga pahar

- Sanding + bertandang - kawan-kawan dah bagi. Tengs kawan2


9. Hantaran

- Kasut - Done. ( Yang ni la paling banyak kali survey. Sangat confuse dengan kasut tak cantik gile tapi sangat suka dan selesa dengan kasut yang cantik jelita dan sesuai berada di atas par, tp lepas tu jarang pakai.
Huhuhu )
- Handbag + Wallet - Done

- Sejadah - Done

- Perfume + personal care - Done

- Kain sepasang + selendang - Pending. Kirim kat kawan

- Cincin + rantai tangan - Done

- Towel - Done

- Tafsir Al-Quran - Done

- Telekung sembahyang - Kirim kat adik bongsu di Bandung. Tunggu dia balik bulan pose.

- Cake - Pending

- Sirih junjung - Pending


* Barang2 utk D.I.Y dah siap di beli. Deco je tak siap lagi. H
uhuhu


10. Cincin - done



11. Invitation card
- Tunggu di pos oleh vendor.
Wiken ni balik dan ambil untuk pos. Sedang mengumpul alamat kawan-kawan

Tengah buat peta untuk kad kawin
12. Tok kadi - Done by Abah



13. Handbouquet
- Tak payah cerewet. Pi pilih bunga n D.I.Y. Siyesli sangat suka tulip. Tapi mn den nak cari?. Kesimpulan... guna je apa yg ada. Tak payah berangan



14. Majlis perkahwinan

- Khemah - Done by mom

- Meja + Kerusi - Done



15. Pengapit

- Ika- confirmed, Basyir - Pending



16. Dresses for family
- Dah beli kain utk yg perempuan. Ermm..
yang lelaki suh sponsor kat diri masing2 baju melayu bole?.
- Terengganu - Cotton kaler pepel
- Bertandang - Sutera. Kaler macam2. Sponsored by mom


17. Wedding props

- Bunga manggar - Pending

- Signage - Pending

- Guestbook - Tgh pikir, perlu ke?



18. Homestay
- For him - Guna homestay adik

- For us - No need, pergi balik hari


19. Honeymoon - Done


p/s : Ya Allah Ya Tuhanku, bimbinglah kami agar perkahwinan ini menuju ke jalanMu.

Friday, July 8, 2011

.: kupu-kupu, terbanglah menjauh... :.


Senak.


Itu adalah sebahagian dari rasa yang aku alami setiap hari. Entah kenapa, lately setiap hari ada kupu2 berterbangan dalam perut aku. Setiap minit dan saat, kupu-kupu terbang dengan bahagianya di dalam perut mahupun jantung. Ini sudah lebey!. Kat jantung pun konker jugak?. Sudah puas aku suruh dia terbang menjauh. Tapi makin hampir. Dem!


Aku tak suka bila aku berada dalam situasi macam ni. Sebab aku tahu, kecenderungan aku untuk buat silap dalam perkara2 kecil tetapi boleh menyesakkan jiwa sangat semakin tinggi.


Kesilapan terbaru aku ialah berkenaan tesis. Sangat tensen di buatnya. I'm really upset with myself. Aku sudah tidak mahu menunjuk ke semua arah, sebab akhirnya pasti tertunjuk ke diri sendiri.


So?Apa aku buat?. Aku cari doa ni dan baca.


Maksudnya: "Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung pada - Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada - Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada - Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada - Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya)"




p/s : Doa itu senjata orang islam...

Monday, June 6, 2011

.: being me :.


Aku selalunya menjadi student kegemaran dalam kelas ( perasan lebih ). Sampai sekarang aku masih tak berapa nak faham kenapa. Sebab .. aku sebenarnya tak pernah merasa aku pandai. Menjadi pelajar kegemaran bukanlah sesuatu yang menyeronokkan seperti kebanyakan orang lain fikir. Selama aku menjadi pelajar, aku melalui situasi-situasi seperti berikut :



Situasi 1

Masa : Form 6
Tempat : Dalam kelas tambahan ekonomi

Sebaik saje cikgu aku sampai dan setelah dia men'staring' kat aku. Cikgu aku terus keluarkan ayat ini;

Cikgu : "Ok hari ni, Hena ajar kelas. Dia terer bab kuantitatif"
Aku : *pensan*
Kawan-kawan: Serbu aku!

Owh!Kerana peristiwa ini, semua pelajar form 6 ingat aku terer gile dalam ekonomi. Aku macam biasa, buat muke bijak.




Situasi 2
Masa : Universiti bla bla
Tempat : Dalam kelas

Pensyarah : "Eh?Hena mana? Saya tak nampak dia?"

Aku baru sampai dari terengganu dan sangat penat. Sampai rumah pukul 8 pagi, kelas kul 9 pagi.

Kawan-kawan: "Hena, cepat la datang!! Dr. N dok cari hang!!"

Aku : Huwaa!! sangat tidak larat.

Sudahnya aku ke kelas tetapi kebingungan dan tidur di belakang

Moral: Pensyarah akan cepat perasan kalau tak ada dalam kelas T__T. Tak boleh ponteng macam orang lain. Sangat tidak aci!




Situasi 3

Masa : Universiti bla bla
Tempat : Dalam kelas

Kawan-kawan : Eh?hampa dah baca ke jurnal tu? Kami tak paham apa ni?

Aku: Eh? Ingat aku paham sangat ke?Aku pun tak paham jugak?

Kawan-kawan: "Kami takpe, pensyarah bukan ingat nama kami. Hang la nak kena tanya nanti"

Aku: Huwaa!!!




Situasi 4

Masa : Universiti bla bla

Tempat : Dalam kelas

Pensyarah : "Saya ajar sikit-sikit je ye? Nanti kalau tak faham tanya dengan Hena. Dia pandai bab ni"

Aku :*Buat-buat muke bijak gile dan senyum*

Lepas habis kelas, kawan-kawan serbu. Huwaa!!!.Aku pun tak paham macam korang jugak
.



Situasi 5

Tempat : Universiti bla bla

Masa : Dalam kelas


Pensyarah :" Miss L, sila buat report macam Hena punya. Rujuk yang dia. Dia pandai"

Miss L : Kak Hena, tengok yang Kak Hena buat?

Aku bagi contoh report aku pada Miss L

Miss L : Macam lebih kurang sama je report kita? Kenapa pensyarah kata Kak Hena pandai?

Aku cakap dalam hati : "Aku tak suruh pun pensyarah tu kata aku pandai T__T"




So,aku memang akan buat sedikit persediaan sebelum kelas ( time rajin sahaja ). Aku cerita pada senior aku di opis. Dan dia memberikan ayat yang membahagiakan aku.

"Hena, bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi. Mesti ada hikmahnya :)"





P/S :Aku sudah habis belajar. Alhamdulillah. Sedang tunggu result dengan kupu-kupu penuh dalam perut

Monday, May 16, 2011

.: terima kasih cikgu :.


Pagi tadi sedang aman dan bahagianya aku makan kat ruang tamu rumah, tiba-tiba aku terlihat satu insiden yang sungguh haru. Sekumpulan budak sekolah (yang malas sekolah) berlari di depan rumah kemudian masuk dalam kawasan rumah dan pergi ke rumah jiran belakang. Tak sampai satu minit, seorang cikgu lelaki berkemeja putih dan bermotosikal sampai depan rumah aku jugak. Huhuhu.. di pagi hari guru yang bahagia, seorang guru mengejar sekumpulan (dalam 15 org rasanya) anak murid yang malas ke kelas ( mungkin juga telah berangan bahawa dengan tidak bersekolah, rezeki akan jatuh dari langit).


Setiap kali tiba hari guru, aku akan ingat seorang cikgu. Cikgu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Cikgu Abdullah. Saya rindu kat cikgu. Huhuhu


Aku bersekolah menengah di Kelantan. Kemudian bila femli aku pindah ke Kuala Terengganu, aku bersekolah kat sini la pulak. Aku jenis manusia yang tidak berapa pedulikan orang lain. Cikgu Abdullah ajar aku subjek ekonomi masa aku upper six. Satu subjek yang sangat janggal dan susah bagi aku. Sebab aku dulu aliran agama dan tak pernah kenal subjek ekonomi. Tambah pulak math aku masa SPM ialah 7. Kekekeke. Boleh bayangkan tak macam mana aku belajar ekonomi?.


Masa first day cikgu ni mengajar aku tak hadir ke kelas. Aku lupa sebab apa. Esoknya, bila aku ke kelas, kawan-kawan sibuk bercerita tentang seorang cikgu muda yang sangat comel. Aku?.Macam biasa, ada aku kisah?. Dalam tengahari Cikgu Abdullah masuk kelas aku dan mengajar. Aku tengok je dia. Ye la. Orangnya kecik, comel dan ceria. Aku perasan Cikgu Abdullah memang asik tengok aku (wakakaka perasan gile ). Maybe sebab dia terasa ada student yang dia tak pernah nampak sebelum ni. Terus laju je dia tanya aku

"awak student baru ke?"

"taklah, saya memang student sini"

"Saya tak nampak pun awak kelmarin?"

"ha'ah, kelmarin saya tak datang"


Esoknya nama aku terus di panggil dalam kelas untuk membuat latihan di papan hitam. Aku sebenarnya agak terpinga-pinga sebab aku tak rasa aku ada bagitau Cikgu Abdullah nama aku. Dan hari-hari seterusnya memang nama aku wajib di sebut dalam kelas. Aku pun tk tahu kenapa. Maybe nama aku best kot. Ada dua tiga orang kawan yang crush pada Cikgu Abdullah pandang semacam je kat aku. Huhuhu. Aku tak bersalah dalam hal ni.


Aku tak tahu kenapa Cikgu Abdullah suka sungguh panggil aku dalam kelas. Nak kata aku pandai, aku rasa aku macam biasa je. Tetapi oleh kerana subjek ni amat menakutkan aku, aku mmg sentiasa buat persediaan sebelum kelas. Buku latihan dan rujukan aku rasanya lebih banyak dari buku Cikgu Abdullah sendiri. Sebab setiap kali dia suggest buku latihan, aku lekas-lekas tersengih sbb aku dah ada buku yang disyorkan.


Satu hari Cikgu Abdullah buat kelas tambahan untuk pelajar yang di rasakan lemah dalam subjek ekonomi. Untuk aku yang tak pernah merasa pandai, aku terus join kelas tu jugak. Aku ingat lagi, aku sampai awal. Sampai kelas aku terus borak dengan kawan-kawan sambil tunggu Cikgu datang. Aku dok kat bahagian belakang kelas. Kelas yang bising tetiba diam menandakan Cikgu Abdullah dah sampai. Aku masih ingat baju yang cikgu pakai. Baju kemeja biru berkolar, berbelang kuning yang sangat-sangat lusuh. Aku terus diam dari borak bila aku sedar Cikgu Abdullah staring kat aku. Aku balas pandangan dia dengan wajah yang sangat blur n kemudian alihkan muka ke arah lain. Segan ngat aih tenung-tenung aku macam tu. Tetiba je Cikgu Abdullah cakap kat dalam kelas


"Ok, hari ni Alhena ajar kuantiatif. Dia terer. Semua orang pegi belajar dengan dia"


Aku terus rasa macam kena sakit jantung. Terkejut dan tergamam. Dan kawan-kawan... semuanya serbu aku!


Sebetulnya aku sangat marah bila Cikgu Abdullah kata macam tu kat aku. Aku tak pernah rasa aku pandai. Bila dia cakap macam tu, aku jadi sangat tensen. Seminggu selepas insiden tu, aku ada exam. Aku rasa macam nak menangis sebab tak boleh jawab subjek kegemaran aku. Ekonomi. Macam mana aku nak jawab bila Cikgu Abdullah 24 jam ada tepi aku?. Dan result yang aku tak harapkan jadi realiti. Aku fail paper ekonomi. Aku jadi sangat tensen. Masa Cikgu Abdullah bagi result pada aku, aku perasan dia tenung je aku dengan mata yang sayu. Aku ambil kertas dan gumpal-gumpalkan kertas tu depan dia dan sumbat dalam meja. Aku sengaja buat macam tu, sebab aku nak dia tahu aku sangat kecewa dan marah. Kemudian aku terus keluar kelas.


Esoknya, Cikgu Abdullah mintak semula paper aku. Aku kehairanan, tapi tetap bagi paper tu pada dia. Lusanya pulak Cikgu Abdullah masuk kelas dengan ceria, sambil tersenyum dia memberitahu dalam kelas bahawa aku lulus paper ekonomi. Ada sedikit kesilapan. Aku terus terdiam dan menyorokkan muke di belakang kawan aku. Tapi Cikgu Abdullah tetap mencari wajah aku dan bila dia jumpa wajah aku, dia cakap,


"Alhena..senyumlah.Result awak dah ok"


Terus jatuh sekali lagi jantung aku. Kekeke. Tak pernah lagi dalam seumur hidup aku ada orang mintak aku senyum.


Bulan seterusnya Cikgu Abdullah buat ujian dalam kelas. Aku macam biasa, dengan konfidennya menggoreng. Bila tiba masa berikan result, aku jadi hairan sebab Cikgu Abdullah bagi result aku yang paling last. Dan yang paling menarik, dia gulungkan kertas aku supaya kawan-kawan tak nampak result aku. Masa aku ambil kertas tu dari dia, dia sempat bisik pada aku,


"Alhena, nanti baca kat belakang ye?"


Aku hairan. Tapi angguk je. Sampai di meja, kawan-kawan pakat bising bertanyakan berapa markah aku. Rupanya aku salah faham soalan dan aku mendapat markah kosong. Bila aku pusingkan kertas aku ke belakang, Cikgu Abdullah ada tulis samting untuk aku,


"kegagalan adalah benih kejayaan"


Bulan seterusnya aku exam STPM. Aku calon persendirian, jadi aku exam di sekolah yang lain. Aku jawab exam ekonomi dengan sangat konfiden. Aku ingat lagi soalan yang keluar. Tentang inflasi. Petang selepas habis exam ekonomi, kawan baik aku call,


"alhena, mu tau dok?.Tadi Cikgu Dolloh cari mung. Ye tunggu depang pintu pagor. Tengok sorang-sorang. Aku last sekali. Pah tu ye tanya aku, mung g mana?Mung boleh jawab exam ke dok?"

"erk!"

"Ye mitok no telepon rumoh mu.Aku buwi aaa"

"ok"


Dan tak sampai lima minit lepas tu, Cikgu Abdullah call aku. Dia sangat risaukan aku. Aku boleh jawab ke tak or macam mana.


Bila keputusan STPM di umumkan, aku adalah pelajar terbaik ekonomi. Cikgu Abdullah call dan bagitau aku. Aku menangis gembira.


Cikgu Abdullah suruh aku ambil jurusan Ekonomi. Tapi, aku tk buat macam tu. Sebab aku rasa aku tahu keupayaan aku. Cikgu Abdullah dah tak mengajar lepas tu. Aku pun tak tahu dia ke mana. Pernah aku cuba contact dia semula. Tapi tak dapat.


Cikgu, terima kasih atas kepercayaan dan perhatian cikgu pada saya. Jasa cikgu takkan dapat saya balas sampai bila-bila. Saya sentiasa doakan cikgu sentiasa bahagia dunia dan akhirat. Walau sejauh mana pun saya pergi, saya tetap takkan lupakan cikgu. Terima kasih cikgu!

Saturday, May 7, 2011

.: kasut cinderella :.

Sebenarnya time ni aku tengah gigih ( ye ke?) menyiapkan tesis. Masalah utama aku ialah aku seorang manusia yang sangat susah untuk fokus buat satu-satu benda sebab aku mudah boring. Untuk study aku perlukan pelbagai tempat. Aku study di library, study di meja dalam bilik, study depan tv ( erk! which is lebih banyak tengok tv), study atas katil (krohh..krohhh), study di opis. Huh! banyak kan tempat study aku?. Tempat yang aku tak try untuk study setakat ini cuma, dapur dan bilik air sahaja. Sangat tak seswaaaii ok?.


Itu dari segi tempat, dari segi penggunaan masa pula, aku cuma boleh fokus lebih kurang 30 minit sahaja. Kemudian aku akan kacau orang selama 5 minit, melalak, tengok youtube, makan atau merapu. Adakah aku pengidap ADHD? No!No!. Aku normal, cuma sedikit gedik. Sekarang ialah masa merapu aku. Apa yang telah aku buat? Aku pergi belek kasut ini. Kasut cinderella yang comel ni aku beli tahun 2009. Tapi cuma di pakai 2 kali sahaja.

Comel kan? Macam tuannya (kekekek)

Kenapa belek kasut ni? Semalam aku borak dengan kakak tersayang;


Aku : Kalau aku kawin nanti, aku kene ada banyak kasut la kan? Kasut untuk hantaran, kasut masa bersanding?

Kakak aku : Yup! Kalau akad nikah kat luar, tambah lagi satu kasut.

Aku : Aha la, akad nikah di masjid terapung. Kwang kwang


Dan... aku dah ada kasut untuk akad nikah. Kasut cinderella ni la jawabnya..lalalalala....



p/s: Yes! I'm a bride 2 be :)

Saturday, April 16, 2011

.: hensem :.


Hi all, nama saya Hensem. Pic kat atas tu saya tengah tido sambil menggedikkan diri bersama tuan saya. Hensem tak saya?ihiks!. Memula tuan saya bagi nama ni, saya heran jugak. Rasanya saya ni biasa je, takde la hensem mana ( ayat merendah diri ). Tapi.. lelama saya perasan saya sememangnya hensem. Buktinya.. saya mempunyai ramai secret admire..lalalala.


Saya sangat gedik dengan tuan saya. Antara perkara yang saya lakukan untuk menggedikkan diri sendiri ialah , saya suka tabur rumah tuan saya. Kalau ada celah belakang tv, almari, meja, kerusi atau kabinet yang saya boleh menyelit, saya akan cuba untuk menyelit dengan jayanya. Kemudian bila saya tersepit atau tak bole keluar, saya akan memanggil tuan saya dengan suara saya yang sangat tak best.Saya tau.. tuan saya mesti tolong saya punye!.Dia akan buang sarang labah-labah yang lekat kat muke atau badan saya. Lalallala. Sayang tak tuan saya kat saya?


Selain dari tu, saya suka jugak berlumba dengan tuan saya. Kalau saya rasa tuan saya nak duduk atas kerusi, saya akan berlari cepat-cepat dan make sure saya lompat dan duduk atas kerusi tu terlebih dahulu. Kalau saya nampak tuan saya nak keluar dari bilik, saya akan berlari dan keluar melalui celah kaki tuan saya terlebih dahulu. Yeyeye!.Saya menang!.Tuan saya kalah. Ahaks!.


Saya suka jugak main aci nyorok ngan tuan saya. Senang je nak kenakan tuan saya tu. Saya nyorok bawah langsir bilik tuan saya..bila saya nampak kaki tuan saya..saya akan sergah dan gigit kaki dia. Yah!Yah!Yah!.Geget jangan tak geget!


Tapi kadang-kadang tuan saya geram jugak dengan saya. Dia akan penyet2 telinga saya. Adeh!Adeh!.Saya nak ajak main lumba-lumba je..huhuhu.


Saya ni ada sakit mudah terkejut. Dalam bahasa mudahnya.. cepat melatah. Opocot mak kau!. Tuan saya suka jugak kerenat kat saya, dia akan sergah saya dan saya akan terkejut terus berlari keluar dari rumah. Uhuks! Sakit jantung I taww!!

Saya sedang mengemas dengan jayanya...ihiks!


Ok la, ni dulu intro pasal diri saya. Saya tengah sibuk menyelit atas paha tuan saya ni. Saya dengki betul dengan laptop. Tuan saya asyik ngadap laptop je. Saya pun nak perhatian jugak!Jom naik atas laptop tuan saya. Dok tercongok atas latpop samil jilat ekor. Lalalala..


p/s: Koleksi kucing terbiar...

Friday, March 18, 2011

.: the land of white elephant - siri 1 :.

Cuti CNY yang lepas aku ke Bangkok. Aku yang buta geografi dan tidak menanya En.Goole tentang lokasi-lokasi yang bakal kami pergi. Owh! yang pergi ni satu bas. Dalam 40 orang. Iye! Pegi Bangkok naik bas. Bertolak jam 6 petang melalui Bukit Kayu Hitam. Jauh rupanya Bangkok ni ( tu la tak check map ). Kami melalui 15 buah negeri. Ini mengikut kata pemandu pelancong. Aku pun check dalam google map, memang betul pun T_T.Patut la rasa lama gile naik bas...memang sangat jauh.


Bertolak 6 petang dari Bukit Kayu Hitam, kami cuma berhenti makan dan solat subuh di Ratchaburi. Kat sini aku solat subuh 3 kali ( warak betul rasanya huhu). Memula tu, tengok ada kawan-kawan yang tengah solat, aku pun solat sama. Sudah je solat kali pertama tu, geng2 lelaki bagitau,


"wei, ampa solat tak masuk waktu lagi laa, meh kita solat berjemaah semua"


Aku dan kawan-kawan solat subuh buat kali ke 2 dengan lebih yakin, sebab dah masuk waktu kan?. Usai solat subuh kali ke 2, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki tua dalam bahasa siam.


"krai chieng mai tai sawadikap,kap kun kap" ( aku merapu )


Rupanya pakcik itu ialah imam masjid tersebut dan dengan tersengih-sengih dia memberitahu kami waktu subuh belum masuk lagi. Huhuh. Maka, setelah Imam itu azan, kami semua solat subuh buat kali ke 3 secara berjemaah.


Seterusnya kami berhenti sarapan pagi. Tips makan : Sekiranya anda seorang yang tidak suka pedas ( aku la tu ) sila ambil lauk yang goreng kicap. Nescaya ia tidak pedas, tetapi manis giler!. Tapi aku tak reti makan nasi pagi-pagi. So, pilihan aku cuma kuih2. Aku makan kuih ni ha..


Rasanya macam kuih apam, tapi lebih manis.

Aku sangat ngeri melihat cili yang menjadi hiasan hampir semua lauk. Percayalah ia sangat pedas!


Selain dari kuih, aku banyak makan buah. Sangat bahagia berada di negara gajah putih ni. Semua buah yang di jual adalah sangat murah dan sangat fresh. Ye! Compare dengan negara kita. Sejuring buah betik di negara kita di jual dengan harga RM1, tetapi di sini separuh buah betik yang sudah dipotong dengan sungguh berseni cuma RM2. Aku tak snap pic buah, sebab selalunya dah telan dulu baru terfikir nak snap.


Tempat pertama yang kami singgah ialah Floating Market Dumnoen Saduak. Kami sangat excited nak turun dan explore memandangkan ini persinggahan pertama. Lokasinya dalam negeri Ratchaburi. Kat sini ramai pelancong luar. Satu bot boleh muat 10 orang. Sangat bising dengan deruman enjin dan proses tawar-menawar barang. Perkara yang aku belajar kat sini ialah, jangan sesekali tunjuk jari pada barang-barang yang kita berkenan tapi gedik tak nak beli. Sebab, tuan kedai akan tarik bot kita dengan galah panjang dan buat proses tawar menawar dengan kita. Owh! Jari juga perlu sentiasa di jaga supaya tidak tersepit. Tali air ini berukuran 35 km dan di bina pada zaman Raja Mongkut, siap pada 1868. Kami di bawa pusing tempat ni. Ada kedai, rumah-rumah,sekolah dan juga wat. Aku kira penduduk kawasan ini mempunyai perut yang sangat kental, kerana air terusan yang berwarna kelabu kehitaman,mempunyai bangkai tikus, ayam, burung dan sebagainya ini menjadi sumber air UTAMA. Yakni, kalau sudah makan, mangkuk atau gelas hanya perlu di celup2 sahaja ke dalam air ini. Kalau nak basuh daging pun, celup sahaja walaupun di sebelah anda kawan sedang membasuh pinggan mangkuk dengan air sabun. Dihujung sinun pula, seorang makcik yang sedang berkemban dengan kain batik sedang membasuh kain dengan mencelup2 kain ke dalam terusan yang sama juga. Cukup membuatkan aku rasa nak pensan dan kagum pada masa yang sama. Kekekeke.

Traffic jam kat floating market. Kalau nak beli barang, jangan beli di kedai-kedai air ini kerana harga barang di bahagian darat ternyata jauh lebih murah. Huhu. Aku tertipu :(



Setelah 2 jam berpoye-poye di sini kami menuju destinasi seterusnya iaitu "Gudang Garam Thailand". Yang ni aku samung dalam siri 2 pulak. Kekeke :D


Tuesday, March 8, 2011

.: sedetik waktu :.


Aku ada tesis yang belum siap, ada event yang sangat menakutkan dan perlu dijalankan next month dan yang aku buat pada malam ini ialah mengadap buku ini. Lalalalalala....



p/s : Jika ada limau, maka buatlah air limau...

Monday, January 31, 2011

.: muhasabah diri :.


Seawal tahun ini bermula, aku terasa sangat penat. Genap sebulan hari ni, aku cuma pernah bercuti 2 hari. Kerja di hujung minggu dan tesis yang menyempit di kala sedikit lapang menjadikan aku agak pening dan stress. Aku tak suka bila aku berada dalam situasi mcm ni. I need a break. Aku akan ke Bangkok untuk berpoye-poye bersama kawan-kawan. Doakan aku selamat pergi dan pulang.


Beberapa perkara yang berlaku menjadikan aku selalu tidak berpijak di bumi nyata. Dah terbang ke mana pun aku tak sure. Antara yang mensentapkan hati aku..


1. Kehilangan pakcik kesayangan aku. Merangkap teman setia tempat membebel dan tempat meminta nasihat. Aku sangat hargai kehadiran dia dalam hidup aku.

"Mamu, saya rindu sangat kat mamu. Bila mamu takde, saya terasa separuh dari jiwa saya hilang. Saya tahu.. saya banyak bergantung dengan mamu. Mamu lah teman bergaduh, pakar rujuk saya yang paling setia dan ikhlas. I don't wanna let u go.."


2. Bergaduh dengan agensi tempat aku nak jalankan kajian. Pernah di buat dek orang tak?. Mesti En. J tu bengang gile dengan aku. Sudahnya aku tak dapat siapkan tesis. Keputusan akhir ialah aku extend. Aku sangat sedih dengan keputusan ni sebenarnya. Sebab aku dah plan untuk habiskan tesis ini secepat yang mungkin. Aku dah rasa nak muntah hijau. Tapi perancangan Allah pastinya lebih baik untuk aku. Aku cuba fikir sepositif yang mungkin. Mesti penyelia aku tu nak aku dapat A+, jadi.. bila aku ada masa lagi panjang ni, aku bole la buat sehabis baik kan? kan? kan? lalalalala...


3. Tensen dengan kerja yang tak sudah-sudah. Bukan saje aku, malah sebenarnya satu opis turut merasa bahangnya. Jadual aku sebenarnya sudah pack hingga bulan 4.Nasib baik kami semua akan bercuti dan berpoye-poye ke Bangkok. Semoga kami semua akan ceria dan terus bersemangat. Caiyok!!


4. Bakal kehilangan kawan rapat . Ini berita petang tadi.Sedang aku menahan air mata, dia datang..

Bespren : "Kak hena, saya ada berita sedih"


Aku : "Kenapa babe?"


Bespren: "Ni bos baru bagitau tadi. Saya kene tukar bahagian lain."


Aku : Ha?!!! Huwaaaaaaaaaaa!!! Tak mauuu!!



5. Aku rasa dalam diri aku ada rindu. Tapi.. rindu ni perlu di semai dan di baja. Barulah dia akan mekar dan terus subur dalam diri aku. Aku cuba baja seorang diri dan aku rasa tak cukup... Aku tak nak rindu ni hilang dari diri aku..tak nak sangat.



Aku nak sepikan diri buat seketika
..............

Sunday, January 23, 2011

.: alma mater :.


Dalam akhir bulan 11 tahun lepas sebenarnya aku ada berkunjung ke alma mater aku. Rindu sangat nak berada semula zaman stadi dulu. Kebetulan aku ada sedikit hal nak di uruskan dan berjumpa student tersayang. Jadi aku amik kesempatan ni untuk masuk dan snap pic. Pertama sekali aku jalan kaki ke fakulti lama aku.


Fakulti


Yeay! Kat sinilah aku belajar dulu. Aku ingat lagi taklimat pertama dari sorang lec, dia bagitau kami semua ni takkan keluar jadi cikgu walaupun berada di bawah fakulti pendidikan. Aiyark! Aku seronok dan kawan-kawan yang lain senak perut. Kakaka..sebabnya aku tak pernah berminat nak menjadi cikgu. Tapi.. ada je coursemate aku yang jadi cikgu.


Zaman belajar kat sini sebenarnya adalah antara kenangan yang aku takkan lupakan. Aku mengalami culture shock dan gila kuasa pada semester pertama dan kedua. Semua jawatan aku pegang dan sangat tidak reti duduk diam. Kawan-kawan panggil aku YB, sebab terlalu bz dengan aktiviti. Sampailah pada sem ke 2 result aku jatuh merudum dengan bahagianya. Aku terkejut dan terus letak semua jawatan.


Library


Err.. tempat yang hanya rajin di kunjungi menjelang musim exam kekeke. Sebenarnya aku lebih suka pegi perpustakaan awam negara sebab buku-buku kegemaran aku banyak kat situ. Buku pertama yang aku pinjam dan copy ialah buku Dale Carnegie - How to stop worrying and start living. Entah macam mana aku terjumpa buku ni dan jatuh cinta.


Ada sekali tu aku pergi sorang diri ke national lib ni dan terleka hingga ke petang. Aku balik sangat lambat dan pakcik bas hanya boleh hantar aku di area fakulti. Aku turun bas dalam keadaan sangat sedih dan takut sebab sorang diri malam-malam bute. Luckily pakcik bas kesian dan patah balik semula dan hantarkan aku sampai ke kolej kediaman nun di atas bukit sana. Huhu terima kasih pakcik!


Tempat Lepak


Tempat ni dulu tak berbumbung dan merupakan tempat jamming yang paling glem kot?.Ada persembahan setiap petang rabu. Aku tak berapa suka lepak kat sini. Aku hanya akan datang ke sini kalau nak makan yong tau fu kegemaran aku. Setentang dengan tempat lepak ni ada cafe. Aku pun dah tak tahu sekarang tempat ni jadi tempat apa.



Dewan Konvokesyen


Yes! Kat sini berakhirnya zaman belajar aku yang sangat best. Dewan konvokesyen ini pernah terbakar *huk huk.. siyan dia *. Aku jogging pada pagi kejadian dan aku terasa dewan ni nampak lagi lama dari biasa (kaler bangunan yang sedia kelabu nampak lagi kelabu asap). Kemudian aku heran kenapa la ramai orang depan dewan ni di pagi bute hujung minggu yang sangat syahdu. Setelah sampai ke bilik, barulah aku tahu rupanya dewan ini terbakar. Huhuh

Aku ingat lagi masa beratur untuk mengambil jubah. Aku dan sorang kawan baik turun seawal jam 7 pagi. Ingatkan paling awal la kunun. Alih2 rupanya orang yang ke 800 lebih. Sudahnya, beratur sambil duduk. Tak kuasa nak jenuh berdiri.

Kawan Aku : Alaa.. kene beratur lagi. Dah le selama ni dalam universiti ni asyik kene beratur je.

Aku : Pah ( nama betul ) ni la perkara paling last kita buat kat universiti ni. Lepas ni kita takkan beratur macam ni dah. Takde dah nak tengok muke pak gad ke apa ke. K. Hena nak buat ni dengan hepi ( ayat sentimental )

Jadi.. aku beratur dengan senyum..


Tempat lepak lepas kelas


Ini tempat lepak kegemaran aku. Oleh kerana aku dari fakulti pendidikan, kelas akan bermula seawal jam 8.00 pagi bagi setiap semester ( train jadi cikgu, jadi kene bangun awal ). So, hampir setiap hari aku ke sini sebab kelas sememangnya habis awal. Aku ingat lagi first time aku sampai ke Midvalley ni, aku pening sebab terlalu besar dan luas. Rasa macam tobat je nak pegi lagi. Alih2 aku kerja kat sini, hampir setahun jugak n sangat xpert dengan kedai-kedai kat dalam ni. Salah satu pebret place aku ialah MPH. Aku selalu sorang-sorang ke sini. Duduk antara celah-celah rak dan baca buku-buku kegemaran aku. Aku boleh lepak berjam-jam kat sini.

Sekarang dah kerja kat kedah, aku susah nak jumpa MPH. Kalau ada pun hanya di SP. Kecik tet pun kedainya. Aku tak suka ke BORDERS sebab takleh lepak merata. Kena baca buku kat tempat yang di sediakan sahaja. Sungguh tak flexible untuk peak hour. Sekiranya anda nak bersila sesuka hati atas lantai tu.. sila ke MPH ye.



Aku sebenarnya tengah syahdu malam ni, tu yang mengimbas kembali zaman belajar. Ada sesapa tak suka zaman belajar?





P/S : Pengalaman adalah pelajaran terbaik kalau kita boleh mengambil iktibar darinya..

Monday, January 3, 2011

.: wahai suami :.

Wahai suami sudahkah berjumpa jalan pulang

Bukan jalan yang gelap hitam kelam

Tapi jalan yang lurus panjang

Mungkin agak kabur dalam siang

Mungkin cuma terang kala malam



Wahai suami sudahkah berjumpa jalan pulang

Bukan cinta murahan pada gadis genit jalang

Bukan dengan isteri milik orang

Juga bukan pada lelaki kendo haram

Tapi cinta suci pada ikhlas kasih sayang

Terserlah dari matanya yang dulu bersinar terang

Kini layu hampir malap diam



Wahai suami sudahkah berjumpa jalan pulang

Bukan pada cinta murahan sebentar cuma

Tapi cinta yang sudah kau semai sekian lama

Pada akad yang kau lafazkan tika malam pertama

Pada kasih yang tuaikan dengan rela



Wahai suami sudahkah berjumpa jalan pulang

Isteri dan anakmu menunggu sabar

Walau dalam diam ada getar

Nyata terhiris juga hati yang tegar

Harapnya kembali sembuh semua yang tercalar



Wahai suami sudahkah berjumpa jalan pulang?



p/s: Dedicated 4 my best fren :). Aku harap engkau mengerti...