Monday, January 31, 2011

.: muhasabah diri :.


Seawal tahun ini bermula, aku terasa sangat penat. Genap sebulan hari ni, aku cuma pernah bercuti 2 hari. Kerja di hujung minggu dan tesis yang menyempit di kala sedikit lapang menjadikan aku agak pening dan stress. Aku tak suka bila aku berada dalam situasi mcm ni. I need a break. Aku akan ke Bangkok untuk berpoye-poye bersama kawan-kawan. Doakan aku selamat pergi dan pulang.


Beberapa perkara yang berlaku menjadikan aku selalu tidak berpijak di bumi nyata. Dah terbang ke mana pun aku tak sure. Antara yang mensentapkan hati aku..


1. Kehilangan pakcik kesayangan aku. Merangkap teman setia tempat membebel dan tempat meminta nasihat. Aku sangat hargai kehadiran dia dalam hidup aku.

"Mamu, saya rindu sangat kat mamu. Bila mamu takde, saya terasa separuh dari jiwa saya hilang. Saya tahu.. saya banyak bergantung dengan mamu. Mamu lah teman bergaduh, pakar rujuk saya yang paling setia dan ikhlas. I don't wanna let u go.."


2. Bergaduh dengan agensi tempat aku nak jalankan kajian. Pernah di buat dek orang tak?. Mesti En. J tu bengang gile dengan aku. Sudahnya aku tak dapat siapkan tesis. Keputusan akhir ialah aku extend. Aku sangat sedih dengan keputusan ni sebenarnya. Sebab aku dah plan untuk habiskan tesis ini secepat yang mungkin. Aku dah rasa nak muntah hijau. Tapi perancangan Allah pastinya lebih baik untuk aku. Aku cuba fikir sepositif yang mungkin. Mesti penyelia aku tu nak aku dapat A+, jadi.. bila aku ada masa lagi panjang ni, aku bole la buat sehabis baik kan? kan? kan? lalalalala...


3. Tensen dengan kerja yang tak sudah-sudah. Bukan saje aku, malah sebenarnya satu opis turut merasa bahangnya. Jadual aku sebenarnya sudah pack hingga bulan 4.Nasib baik kami semua akan bercuti dan berpoye-poye ke Bangkok. Semoga kami semua akan ceria dan terus bersemangat. Caiyok!!


4. Bakal kehilangan kawan rapat . Ini berita petang tadi.Sedang aku menahan air mata, dia datang..

Bespren : "Kak hena, saya ada berita sedih"


Aku : "Kenapa babe?"


Bespren: "Ni bos baru bagitau tadi. Saya kene tukar bahagian lain."


Aku : Ha?!!! Huwaaaaaaaaaaa!!! Tak mauuu!!



5. Aku rasa dalam diri aku ada rindu. Tapi.. rindu ni perlu di semai dan di baja. Barulah dia akan mekar dan terus subur dalam diri aku. Aku cuba baja seorang diri dan aku rasa tak cukup... Aku tak nak rindu ni hilang dari diri aku..tak nak sangat.



Aku nak sepikan diri buat seketika
..............

4 comments:

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

kalau nak sepi seketika je tau..
jangan lelama sangat..
gua rasa gua pun baru habis sepi seketika nie..
tapi entahlah..
rasa macam nak tersepi lagi jer..

alhena said...

azman :

aku dh biasa sepi lama2 pun sbnrnya. sebelum ni aku sepi 7 thn :P

jo said...

rilek la kawan..
hidup ni mesti ada upside down punya. orang ini hilang kita jumpa orang yang lain..

alhena said...

jo: tengs 4 cheer me up :P