Tuesday, April 21, 2009

.: yang belum berakhir :.

Aku baru habis...


sepatutnya aku...


tapi aku...



Sebab.. kelmarin aku hantar tugasan akhir lewat. Aku baru kuar dari opis pukul 7.30 petang. Aku selitkan tugasan di bawah pintu lec dan hantar msg

"Assalamualaikum Dr....,maaf mengganggu, saya tahu sudah lewat petang. Saya baru keluar dari opis dan baru menghantar tugasan pada Dr.... Saya minta maaf"

Tapi.. tiada balasan. huhu. Aku dah dapat bayang aku takkan dapat 4.00 sem ini. Huhuh...

Oh! perjuangan aku ini masih belum selesai.. aku masih ada beberapa semester lagi...



moral of da story: lain kali jgn buat kerja last minute. padan muke diri sendiri.. tsk..tsk..tsk

Friday, April 10, 2009

.: aku tidak suka ikut protokol :.


Aku berbengkel. Ya!. Yang aku pergi langkawi tu untuk bengkel sebenarnya.. bengkel penat otak. Sekarang aku mahu kamu semua pula penatkan otak untuk aku

Sila jawab soalan kuiz di bawah


Dengan berpandukan gambar yang sungguh kecik dan cute di atas, cuba teka mana satu kaki aku?
( sila klik gambar untuk besarkan imej ye?)


a) Berkasut sitiderela ( yang mcm tk pakai kasut tu la )

b) Berkasut hitam ( pilih la sendiri.. yang mana rasanya kasut perempuan)


Siapa yang berjaya menjawab kuiz ini dengan betul.. anda akan mendapat hadiah misteri!:p




.: sesi memenat otak :.

Aku baru pulang dari langkawi. Inilah hasilnya yang tk seberapa...heheheh


pemandangan laut dari balkoni bilik aku

Pemandangan laut dari aras bilik

Erm.. kamu nampak atau tidak laut yang cuba aku tonjolkan?Aku zoom sehabis yang mungkin kamera aku untuk mendapatkan pic ini tsk..tsk..

Coklat dan minyak gamat yang aku beli


oo.. coklat tu semuanya kawan- kawan aku punya kecuali Ferrero Rocher. Aku tak berapa suka makanan manis termasuk coklat n aiskrim. Coklat tu satu saja yang aku boleh telan.



Saturday, April 4, 2009

.: aku lapar bantal..:.

3/4/2009.. jam 1.45 pagi, aku still ada di ruang tamu dikelilingi buku, printer, nota dan laptop dan bermacam kertas soal selidik. Aku masih lagi tersengguk-sengguk menyiapkan tugasan yang perlu aku hantar esok pagi. Huhuh.. caiyok!caiyok!.

Setelah menyuruh rumet aku menjadi melayu dan india untuk menjawab soal selidik... aku habiskan masa untuk masukkan data dan membuat ujian. Pening la SPSS ni. Aku rasa ma
ta aku mcam tk berapa nk nampak laptop dah. So aku amik keputusan untuk cuci muke n gosok gigi then solat. Lepas tu sume aku ingat nk samung semula tugasan aku.

Aku ke sinki bilik air n capai pencuci muke, berus gigi n ubat gigi. Aku picit ubat gigi dengan bahagianya ke atas berus gigi.. n then aku perasan.. apsal ubat gigi aku kaler jernih??! Huhu.. rupanya aku dh picit pencuci muke aku. Sib baik aku tk berus lagi gigi aku. Aku tenung je pencuci muke n ubat gigi tu.. nk serupa kot? Sebab tu aku tertukar...cuma kamu sume tengok.. sama tak??
pencuci muke aku..


ubat gigi aku..

Amacam?? sama kan? kan?.. okeh! Lepas tu aku amik wuduk..huhu baru nk solat isyak.

"usolli fardhu subhi....."

Eh? Aku nk solat isyak kan?

Ok.. aku terpaksa mengaku aku dh lapar bantal. Sudah solat aku terus ZzzzZZzz....

Moral of the story : Kalo ngantuk tu ngaku je la.. tk payah nk salahkan ubat gigi or pencuci muke yang tk berdosa tu huhu

Thursday, April 2, 2009

.: mangsa dan pemangsa?:.

Aku sebenarnya dah sediakan pic untuk entry ni dah lama. Tapi aku tk apdet. Aku dan staf jabatan aku terlibat dengan perarakan untuk sambutan jubli perak. Macam biasa.. muke aku la yang paling tk bg komitmen kekek. Aku sempat datang latihan kawad cuma 2 kali. Kemudian terus on!. Dari segi baju.. aku tkde masalah sbb baju di beri. Dari segi kasut?? ye! Ye! aku ada masalah BESAR ( font yang di besarkan untuk tujuan penekanan kepada masalah yang sungguh besar ).

Aku tkde kasut hitam.. maka tengahari sehari sebelum perarakan beramai-ramailah aku dengan staf opis mencari kasut. Aku tak teringin nk beli yg biasa2 dan semata2 untuk perarakan. Pada aku, kalau nk beli.. baik cari yang elok dan nak pakai. So.. kesudahanya aku hanya mengikut kawan-kawan se opis. Aku tak membeli apa-apa. Aku sebenarnya sudah ada kasut hitam yang flat. Tetapi kasut itu sangat cantik dan comel dan sungguh tidak sesuai untuk pergi kawad. Aku pernah biarkan kasut hitam yang sangat cantik dan comel itu didalam kereta selama seminggu. Dan hasilnya.... bunga yang sangat cantik dan mcam buah anggur, bola sepak takraw dan sewaktu dengannya itu telah tercabut.. sob!sob!sob! ( sedey ).


Inilah kasut yang sangat cantik dan comel di mata aku untuk di gunakan untuk berkawad

Aku pun beli la gam cap gajah. Aku rasa dengan membaca nama gam tu pun dah terserlah kekuatannya. Aku beli yang paling kecik. Aku tak pernah guna gam ni. Maka.. malam itu menampallah aku dengan bahagianya. tetiba.. tengah syok menampal.. ada orang ketuk pintu. Aku berlari mencari tudung dan membuka pintu ( masa tu gam kena di jari aku, tapi aku biarkan dengan sangkaan aku boleh mencucinya selepas itu ). Rupanya hosmate aku yang tertinggal kunci. Aku bukak pintu dan meneruskan tugas menampal dengan biasa. Bila aku cuci tangan.. rupanya gam tu tak tanggal? aiyark!! mcm mana nk buat ni?? huwaa!!Tak best betul jari aku. Dia jadi kasar dan keras. Aku pun msg dua orang kawan untuk bertanya


jari aku yang kena gam

nota kaki : sebenarnya gam tu kena banyak jugak kat jari aku, oleh kerana pixel gambar tidak besar maka tak berapa nampak la gam tu. sekian terima kasih



Aku : Awak.. jari saya kena gam gajah.. dia jadi keras dan kasar dan tk boleh buang. Cemana nk buat?

Kawan aku : Senang je tu.. awak kikis je jari awak dengan pisau


Aku : ( dalam hati )Huh! baik aku kikis kaki ko dulu dengan pisau!


dan msg pada Asnee


Aku : Asnee.. cemana ni.. jari aku kena gam gajah. Dia tkmo kuar laa..

Asnee : Hurm.. ko biarkan je.. nanti lelama dia tanggal sendiri

Aku : Berapa lama dia amik masa tu?

Asnee : Sebulan dua

Aku : Whatt?!!! huhuhuhu

Dan resultnya.. bunga utk kasut aku tak lekat pun? Gam tu cuma lekat kat jari aku je. Siapa mangsa dan pemangsa ni??


moral of da story : kalau tak kenal gam dan tak pernah guna gam gajah.. sila rujuk kepada gajah terlebih dahulu .. tsk.. tsk..

Wednesday, April 1, 2009

.: aku di kelilingi oleh kawan-kawan yang excited :.

Hari ni jabatan aku kena berkoir untuk perhimpunan staf bulanan. Aku sebenarnya dah berdebar dari smlm lagi. Sebabnya aku tk pernah datang latihan koir walaupun sekali. Aku tk pernah sempat kerana selalu ada kerja ( mcm aku sorang je sibuk kan??). Oleh kerana aku ni bersaiz kecik.. makanya aku terpaksa duk di barisan hadapan.. tsk.. tsk. Dah le aku tk hapal lagu, pastu pengarah siap ada buat pertunjukan tambahan pulak tu. Aku memang panik sungguh ler. Karang di buatnya aku salah? Tak ke haru namanya tu? Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Siap mendapat tepukan gemuruh lagi. Maka.. kawan baik aku ni ( p.a bos aku) yang aku panggil Fuz.. excited bercerita tentang persembahan kami

Fuz : K.Alhena, sedap sore kita noh!sume orang tepuk tangan lepas kita nyanyi

Aku : Angguk n senyum ( memberi peneguhan kepada mereka yang bercerita supaya memanjangkan cerita )

Fuz : Jabatan lain yang koir sebelum ni mana ada org tepuk tangan lepas derang koir. Jabatan kita je noh!


Aku : Senyum lagi

Fuz : Derang pakat kata, ni pasai kita menang perarakan hari tu.. aura tu masih ada lagi. Tu yang sedap kita nyanyi

Aku : Senyum..


Aku pergi beli makan dgn Fuz .. semasa tengah jalan kaki..


Fuz : K.Alhena, glem
er kita noh! baju cantik.. nyanyi sedap pulak tu

Aku : Gelak


Fuz : K.Alhena, nanti
time petang ni kita pi servis kete, mesti depa dok heran awat baju kita sama? Kita cakap kat depa.. kat company dot dot ( buat masa ni malas lagi nk bgtau keje kat company mana ) ramai lagi dok pakai baju sama

Aku :
Gelak.. alahaii fuzah oii!


Ini pic baju koir aku.. cantik tak?? heheh