Tuesday, September 25, 2012

Abah

Dah sekian lama aku tak menconteng sesuatu di blog ni. Aku sudah ada blog baru. Tapi blog ni aku tak delete sebab aku sayang. Aku sudah pun pulang dari Melbourne. Atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa memendekkan cuti tanpa gaji dan berada di sini. Berjauhan dari En. Hubby :(.

Bulan 11 aku akan mula masuk opis dan sementara itu aku akan berada di rumah. Bagi semua orang rumahku syurgaku bukan?. Begitu jugalah pada aku yang selama ini ternanti-nanti waktu cuti dan boleh bersama keluarga. Tapi sejak abah sakit, aku sebenarnya sangat takut pulang ke rumah. Aku takut dengan hati aku sendiri yang tidak tahan melihat penderitaan abah.


Dari kecik, semua orang kata aku anak abah. Aku memang ikut muke abah. Hidung, mata,bentuk muka, bibir cuma warna kulit aku agak cerah macam mak. Cara aku bercakap, cara aku sikat rambut sangat ikut abah. Abah seorang yang soft spoken. Seingat aku dari aku kecil, abah tak pernah marah aku. Yang selalu marah dan membebel cuma mak aku ( ya itu normal ). Aku dapat pangkat 3 masa SPM  ( sila percaya ), abah tak marah. Aku mengulang SPM dan STPM sebanyak 2 kali ( ya, juga sila percaya ). Abah juga tidak marah. Tapi aku tahu abah sangat kecewa. Bak kata orang dalam sesikat pisang ada satu yang buruk. Ya. Yang buruk itu aku. Sebab aku di lahirkan dalam kalangan adik beradik yang sangat bijak. Tatkala semua adik beradik aku cuma mendapat no 1- 5 dalam kelas or keseluruhan kelas, aku cuma dapat memberitahu aku dapat no 24 dalam kelas.*pensan*


Abah selalu cerita pada kami dan tunjukkan result examnya yang melayakkan dia untuk belajar di Universiti Al-Azhar. Tetapi kerana atuk dan nenek orang susah dan abah anak lelaki sulung, abah berkorban demi adik-adiknya. Maka ada antara pakcik aku yang berjaya masuk ke universiti. Oleh kerana cita-citanya tidak kesampaian, maka pada kami semua adik beradik di letakkan semua impiannya. Kami semua perlu masuk universiti. By hook or by crook. Ya. Setelah 2 kali mengambil SPM dan 2 kali juga mengulang STPM (menjadi pelajar terbaik ) aku akhirnya dapat masuk ke Universiti Malaya.


Dari kecik, abah didik kami menyukai buku. Setiap kali abah ingin keluar mencari barang, dia akan bawa kami semua dan meletakkan kami adik beradik di perpustakaan. Kami akan berada di situ sehingga segala urusannya selesai. Dan kami di benarkan mengirim apa saja yang kami nak. Selalunya aku akan mintak snack coklat dan air soya. Maka tinggallah kami adik beradik bersama buku-buku. Kalau di hujung minggu, abah juga rajin membawa kami ke library di opisnya. Aku ingat lagi buku-buku yang aku suka baca. Siri Enid Blyton, Nancy Drew, Ke Mana Sang Kancil, Kisah Dongeng Rakyat dan buku fevret aku tentunya Bunga Arianur karya Ahmad Petra Abdullah. Kalau tiba waktu cuti sekolah pulak, abah akan meminjam berkotak - kotak buku dari perpustakaan negeri. Aku ingat lagi masa tu aku darjah 4 dan buku fevret aku Romeo n Juliet, keh keh keh. 


Hasil dari kesungguhan abah, kami semua belajar di universiti dan mendapat pekerjaan yang baik. Alhamdulillah. Tanpa abah aku tak fikir aku akan berada di sini hari ni. Terima kasih abah, budi abah takkan dapat aku balas sampai aku mati. Aku ingat lagi, waktu aku mendapat tawaran ke Universiti Malaya, abah hadiahkan aku seutas jam tangan. Jam tangan itu masih elok hingga sekarang. Dan ia satu -satunya jam tangan yang aku ada. Aku tak pernah cuba membeli jam tangan yang lain sebab aku sangat sayangkan jam tangan tu. 


Sekarang abah terlantar sakit. Sampai sekarang aku masih tak boleh melihat mata abah. Aku tak tahan melihat bening sayu pada pandangan abah. Berada di rumah setiap hari berdepan dengan keadaan abah bukan sesuatu yang senang. Tiap hela hembus nafas aku berdoa untuk abah. Tidak ada sedetik waktu aku lupakan abah. Tiada apa yang lebih aku mahukan dari melihat abah sembuh. Aku yakin, setiap ujian yang di beri pasti ada hikmahnya. Ya Allah Ya Tuhanku..redhakanlah hati kami dengan segala ujianMu, agar kami dapat menjadi hambaMu yang bersyukur dan bahagia dalam apa jua keadaan. Kerana sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang telah Kau aturkan untuk kami. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahya...

Friday, February 3, 2012

.: visa application process a.k.a the waiting process :.


Sebelum berkahwin lagi hubby dah bertanya aku nak ikut dia ke tak. Dengan penuh tergedik2 ( dalam hati je, kat depan cool ) aku menjawab " nak ikuttt" sambil buat muke macam ni

nak ikuttt...

Hubby aku cakap, bagi masa 3 bulan untuk dia buat preparation. Pindah rumah n so on. Kami berkahwin pada bulan september 2011 dan kalau ikut perancangan aku akan bermula cuti tanpa gaji pada 1/1 /2012. Seawal 5 oktober 2011 En. Hubby dah hantar permohonan untuk mendapatkan elaun bantuan keluarga. Kos hidup di Melbourne adalah sangat tinggi dan tidak mungkin En. Hubby dapat menyara aku sekiranya tiada elaun bantuan keluarga ini, melainkan aku bekerja. Tetapi bekerja adalah option yang tidak akan di buat oleh En.Hubby.


Seawal bulan november aku mula membuat follow up tentang elaun tersebut. Setiap panggilan telefon yang tak pernah berjawab menyebabkan aku kadang-kadang panas hati. Tapi masa ni sangat jarang aku call, sebab aku masih lagi busy di ofis. So, aku buat tak tahu dan fokus pada kerja aku saje. Tetapi, bila aku mula bercuti iaitu 1/1/2012 aku mula tak senang duduk. Ingat best ke dok menganga kat rumah tkde gaji?. Sangat tidak best ok?. Dari seorang yang sangat hectic dan tak pernah duduk diam, tetiba aku ternganga nganga di rumah. Owh!. Sangat tensen. So aku mula menguruskan dokumen-dokumen yang di perlukan untuk ke sana. Antara dokumen yang di perlukan ialah :

1. Pasport
Yang lama dan juga yang baru. Copy semua perjalanan yang pernah di buat sebelum ini. Kalau kamu kaki berjalan.. maka banyaklah copy yang perlu di buat. Huhuhu. Owh! Pasport pasangan juga di perlukan. Untuk kes aku, En. Hubby scan pasport dia dan buat pengesahan di sana pastu email pada aku.

2. Sijil nikah
Last minute baru aku tahu dia nak sijil nikah yang translation punya. Jangan bimbang, pejabat agama sememangnya menyediakan perkhidmatan berkenaan. Pergi je pejabat agama, buat muke urgent gile, pastu buat banyak tanya "berapa hari ye bole siap?, saya nak cepat ni" ( macam ko sorang je bz atas dunia ni kan? ).Di jamin akan siap dengan cepat.

3. Surat dari University En. Hubby yang menyatakan En. Hubby adalah pelajar di sana. Ini juga perlu pengesahan di sana

4. Overseas Student Health Cover (OSHC)
Adalah menjadi satu kewajiban untuk mempunyai insuran cover ini, kalau tak anda tak di benarkan untuk ke sana. Huhu.

5. Financial Afidavit (FA)
Ini adalah penyata kewangan yang di keluarkan oleh pihak universiti untuk membuktikan En. Hubby mendapat elaun bantuan keluarga dan boleh menyara aku di sana seadanya. Ini juga wajib di lampirkan.

6. Penyata bank En. Hubby di sana
Dia nak check.. betul ke ada duit? Huhuhuh


Semua dokumen perlu pengesahan daripada pesuruhjaya sumpah. Pengesahan dari ketua kampung tak main aaa.


Semua dokumen ini sebenarnya memang nampak sangat senang. Kalau dokumen yang melibatkan aku sendiri macam sijil nikah n pasport memang la senang sebab dah ada. Tetapi aku perlu menunggu dengan sangat lama untuk mendapatkan FA - waiting process no 1.


Setelah dengan bahagianya call universiti setiap hari dan mengacau email semua orang, akhirnya aku mendapat FA. Tetapi.. aku telah mendapat FA yang silap bila tidak di masukkan OHSC dalam FA tersebut. Dan aku menunggu untuk mendapat FA yang betul - waiting process no 2.


Bila dah dapat FA dan sudah siap isi borang 919 dan borang 157A dan semua dokumen cukup maka boleh la membuat appointment dengan pihak immigresen ostolia di Jalan Yap Kwan Seng. Alaa dekat KLCC tu, lepas hantar borang bole pegi lepak di KLCC.


Masa pegi hantar dokumen kat pejabat derang, aku kene pegi jalani ujian biometrik. Kacang je rupanya. Aku je berdebar lebih. Dia pi snap pic n amik cap jari semua jari ( jari kaki je tak ). So, kalau jari tu ada luka, ada inai tkleh le amik. Sila rendam jari dengan clorox bagi hilang inai. Kalau jari luka, sila tunggu sampai sembuh. Baru bole pi buat biometrik


Lepas hantar semua dokumen aku perlu pergi medical check up dengan panel yang di tetapkan oleh pihak imigresen ostolia. Yang bagusnya, website pihak imigresen ostolia ini sangatlah lengkap dengan semua maklumat sampai muntah hijau untuk membacanya satu persatu. Yang tak bagusnya klinik panel cuma ada di KL, Penang, Johor, Sabah dan Sarawak. Terengganu mana wei??. Huhu. Aku di maklumkan aku perlu menunggu seminggu untuk di panggil pergi buat medical check up. Aku ke pej immi last week 25 Januari. Pagi ni 3 Februari aku dah dapat email suh buat medical check up - waiting process no 3.


Hari ni dh hari jumaat, next week dah cuti panjang. Alamatnya hujung minggu depan la aku ke kl untuk buat medical check up - waiting process no 4.


Derang juga email menyatakan aku tak melampirkan lagi OHSC yang mana aku dah highlight dengan kaler kuning. Huwaaa!!. Aku dah call pihak universiti pagi ni 5 kali dan dah email semua orang. Tapi masih belum mendapat jawapan - waiting process no 5.


Setelah semua maklumat atau dokumen lengkap dan medical check up menunjukkan aku sihat walafiat, I have to wait another week to pick up my visa - waiting process no 6.


Berapa banyak waiting process?. Betul tak aku cakap?.


N now.. here I am in the middle of annoying waiting process. Sigh!. Tapi.. aku cuba lihat dari sudut positif. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Firman ALLAH S.W.T : "Sesuatu yang buruk itu boleh jadi baik bagi kamu...dan barangkali yang baik itu sesuatu yang buruk bagi kamu... Sesungguhnya AKU lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa..."

So, aku kat rumah ni sebenarnya di beri peluang oleh Allah untuk membantu mak n abah aku. Sekarang, aku yang uruskan rumah. Masak, mengemas, membasuh, membayar bil. Selain dari menambahkan skill memasak, ia juga satu preparation yang baik untuk aku jadi surirumah sepenuh masa kat sana nanti. Takde la aku terkejut sangat kan?.


Lagipun, sempat la aku jumpa adik bongsu aku yang akan pulang ke rumah dari Bandung 8 Februari ni dan adik lelaki aku yang dari Brunei pulak, balik 10 Februari ni. Hehehe..



P/S : Sesunggunya orang yang sabar di janjikan kemenangan. Semoga segala urusan di permudahkanNya. Aminn..


Wednesday, February 1, 2012

.: credit card :.


Aku sangat malas untuk berhutang dan aku sememangnya tak pernah ada credit card (manusia zaman mana la aku ni hik hik ). Kalau boleh bayar cash aku akan bayar cash. Tetapi untuk certain urusan ternyata amat memerlukan credit card. Pembelian secara online contohnya. Flight ticket?. Huhu.. untuk seseorang yang suka travel macam aku sepatutnya aku ada la kan credit card. Aku takde pun, selama ni aku akan mintak abang or adik aku yang belikan flight ticket. Kemudian aku bayar la kat derang. Senang tak? hehehe.


Oleh kerana aku akan mengikut husben ke Melbourne ( tgh buat visa ) so, credit card adalah satu keperluan bukan lagi kehendak. Dan kerana aku tak pernah mempunyai credit card, aku amat pelik bila di hujani panggilan dari pelbagai service center.Aku tak pernah ada pengalaman macam ni. Dan tak ketinggalan juga aku amat pelik dari mana mereka dapat no telefon aku. Sah sah la kan dari bank?.It's really annoying and freaking me out. Aku menyampah menjawab call yang menipu cakap itu ini dan sangat susah hati sekiranya tersalah cakap. Kemudian one fine morning duit tetiba lesap dalam bank. Nauzubillahiminzalik.


Aku cakap berdasarkan pengalaman student yang kehilangan duit hampir 6k ok?. Dan ya. Dia student. Gara-gara menjawab panggilan telefon yang mengatakan dia menang cabutan bertuah. Menangis- nangis student tu bila nak amik duit RM 50, tertera di mesin ATM "baki anda tidak mencukupi". Sedangkan dia baru menerima duit bantuan zakat dan PTPTN yang keseluruhannya berjumlah 6K. Nak pensan?. Nak menangis?. Takkan nak terjun gaung kan?.


Neway, aku mintak nasihat dari pakcik kesayangan aku. Dia cakap jangan layan semua call tu. Kan pakcik dah pesan, jangan jawab call dari derang. Ingat no telepon derang tu. Kalau no tu naik jangan jawab. Huhuhu. Baik boss!.


Aku : Takpe pakcik, saya ckp kat derang saya tak amik pun credit card tu

Pakcik: kalau dia tanya kenapa tak amik credit card tu nak jawab macam mana

Aku: Saya tak nak amik card credit tu pasal saya takmo jadi glemer, di hujani panggilan telefon hahahha



Baru tadi aku dapat call dari service center tu call lagi. Dan aku jawab, "saya tak nak apa2 discount card" dan mamat tu marah. Hahaha. Duit aku, sukati aku la kan?



P/S : Aku sebenarnya tak amik lagi credit card aku di bank. Rasa macam malas nk amik. Tak amik lagi pun dah glemer. Kalau amik lagi la kan?. Isunya ialah pihak bank sangat tidak bertanggungjawab dan memberi no telefon klien kepada pihak lain tanpa kebenaran. Saman bank bole?

Tuesday, January 3, 2012

.: kek gulung simple :.

Hik hik ( gelak gedik ), semenjak dua menjak menjadi isteri orang ni aku jadi tersangat gatal memasak macam-macam. Salah satunya ialah kek gulung ni. Kek gulung ni memang febret aku dan aku memang buat tiap kali raya. Tapi, tidak pada raya lepas . Hehe, tak sempat nak menggulung weh!. Baru ni aku buat kek ni dan bawa ke opis. So.. sempat la mengada2 snap pic menggunakan henpon strawberry pink aku. Yo laa.. orang lain ado Blackberry. Aku ado la jugak strawberry. Okeh! Jom buat kek gulung



First, pukul mentega dan gula. Mentega 1 cawan n gula 1/2 cawan.

Bila dah mentega n gula dan kembang, masukkan 3 biji telur. Nak campak semua sekaligus pun tkpe, nak masuk sebijik2 pun tadek hal. Kemudian pukul lagiii!


Masukkan sedikit esen vanila

Masukkan susu pekat manis 1/2 cawan

Akhir sekali masukkan tepung gandum 3/4 cawan. Kacau bagi sebati dan ketepikan

Sediakan kertas minyak, ukur bagi sama saiz dengan loyang ( eh benda warna coklat tu orang panggil loyang ke?. Lantak lah) dan gunting. Satu keping kertas minyak = satu gulung kek . Untuk adunan ni dapat 4 gulung kek.


Sila sapu majerin/mentega kat kertas minyak dan letak atas loyang. See, macam aku buat ni. Jangan terlebih kertas minyak tu dari loyang. Kot terbakar dalam oven kang, aku tak bertanggungjawab. Huhuhu

Sila sapukan/lesetkan/lumurkan/bubuhkan adunan ke atas kertas minyak. Seperti pic di atas.. yeay!. Nipis je, tapi jangan terlalu nipis sebab nanti takleh nk gulung. Jadi patah, patah. Masukkan ke dalam oven dengan suhu 180 selama 10 minit. Nak tahu masak ke tak, cuba tekan jari kat adunan dan tak melekit. Lepas tu tepi2 dia hangus sikit.

Yeay! Dah masak. Nampak tak kat tepi ada hangus sikit2. Yang tu rapuh je..krup krap krup krap.Okeh abaikan kek yang nampak macam berbelang sebab loyang tak rata. Sila sapu jem kegemaran anda dengan kadar yang sedikit. Sebab nanti manis gile. Terpulang la kan. Dah sapu jem.. sila gulung..
Maka siaplah kek gulung. Nyum!Nyum!