Wednesday, February 1, 2012

.: credit card :.


Aku sangat malas untuk berhutang dan aku sememangnya tak pernah ada credit card (manusia zaman mana la aku ni hik hik ). Kalau boleh bayar cash aku akan bayar cash. Tetapi untuk certain urusan ternyata amat memerlukan credit card. Pembelian secara online contohnya. Flight ticket?. Huhu.. untuk seseorang yang suka travel macam aku sepatutnya aku ada la kan credit card. Aku takde pun, selama ni aku akan mintak abang or adik aku yang belikan flight ticket. Kemudian aku bayar la kat derang. Senang tak? hehehe.


Oleh kerana aku akan mengikut husben ke Melbourne ( tgh buat visa ) so, credit card adalah satu keperluan bukan lagi kehendak. Dan kerana aku tak pernah mempunyai credit card, aku amat pelik bila di hujani panggilan dari pelbagai service center.Aku tak pernah ada pengalaman macam ni. Dan tak ketinggalan juga aku amat pelik dari mana mereka dapat no telefon aku. Sah sah la kan dari bank?.It's really annoying and freaking me out. Aku menyampah menjawab call yang menipu cakap itu ini dan sangat susah hati sekiranya tersalah cakap. Kemudian one fine morning duit tetiba lesap dalam bank. Nauzubillahiminzalik.


Aku cakap berdasarkan pengalaman student yang kehilangan duit hampir 6k ok?. Dan ya. Dia student. Gara-gara menjawab panggilan telefon yang mengatakan dia menang cabutan bertuah. Menangis- nangis student tu bila nak amik duit RM 50, tertera di mesin ATM "baki anda tidak mencukupi". Sedangkan dia baru menerima duit bantuan zakat dan PTPTN yang keseluruhannya berjumlah 6K. Nak pensan?. Nak menangis?. Takkan nak terjun gaung kan?.


Neway, aku mintak nasihat dari pakcik kesayangan aku. Dia cakap jangan layan semua call tu. Kan pakcik dah pesan, jangan jawab call dari derang. Ingat no telepon derang tu. Kalau no tu naik jangan jawab. Huhuhu. Baik boss!.


Aku : Takpe pakcik, saya ckp kat derang saya tak amik pun credit card tu

Pakcik: kalau dia tanya kenapa tak amik credit card tu nak jawab macam mana

Aku: Saya tak nak amik card credit tu pasal saya takmo jadi glemer, di hujani panggilan telefon hahahha



Baru tadi aku dapat call dari service center tu call lagi. Dan aku jawab, "saya tak nak apa2 discount card" dan mamat tu marah. Hahaha. Duit aku, sukati aku la kan?



P/S : Aku sebenarnya tak amik lagi credit card aku di bank. Rasa macam malas nk amik. Tak amik lagi pun dah glemer. Kalau amik lagi la kan?. Isunya ialah pihak bank sangat tidak bertanggungjawab dan memberi no telefon klien kepada pihak lain tanpa kebenaran. Saman bank bole?

4 comments:

jo said...

6k tuhh....perghh...kalo aku pon akuu melalak wehhh..blh bt trip p bungee jump kt ostrolia maaaaa...

alhena said...

jo : huhu tu la pasal. Kalo aku pun meraung. Inikan pulak budak tu. Sian dia. Dah le orang susah.

wahh.. jom jom datang!

ardzmarn said...

gua kalau nombor tak kenal call pastu panggil nama penuh memang tak dapat ar bercakap dgn gua.. biasanya gua jawab 'maaf ya dia sedang bekerja..' kalau dia tanya 'siapa nie'.. gua akan jawab ini boss dia.. keh3..

alhena said...

azman : hahaha, lepas ni aku tiru jawapan ko pulak.