Tuesday, January 27, 2009

.: nah! amik la limau ni! :.

Chinese New Year. Time ni mmg opis aku banyak dapat buah limau. Aku rasa situasi ni akan berlaku kat memana sahaja. Kalo kat opis aku, biasanya supplier akan letak limau dalam pantry. sampai je aku kat pantry... mesti dah tinggal kotak saje. Sampai sekarang aku masih menyiasat siapakah peminat misteri limau dalam opis aku ni. Tapi.. ada jugak supplier yang letak kotak limau kat kaunter.. so staf aku yg kat kaunter tu akan letak buah limau dalam bilik aku. Dia bahagikan siap2.

Lain pulak yang berlaku kat rumet aku. Oleh kerana berlaku lambakan limau kat opis dia. Dan tkde sapa dah nk amik limau tu, maka... dengan bahagianya rumet aku bawak balik 2 kotak limau!huh! Makan tk habis la jawabnya. So.. setiap hari aku akan makan diet yang seimbang sbb selalu makan buah. Oleh kerana ada banyak limau.. aku saje la snap pic seperti di bawah:


Aku send mms ni kat 2 orang kawan baik aku. sorang asnee, sorang lagi x-student aku masa aku kat UTM, Syah. Aku saje nk tgk respon derang. Ini ada butiran mms tersebut

Asnee
aku : nah! asnee.. amik limau ni aku bg kat ko
asnee : sedap la! nak satu lagi!

hahahha.. aku gelak.

Syah
aku: Nah syah! Akak bg limau ni kat Syah
syah: Saya tkmo limau tu. Saya nk gelang emas, bleh jual :P

materialistik punya budak! hehehhe

Saturday, January 24, 2009

.: berpoye dalam kelas :.


Ini sebenarnya pic dalam kelas. Pada pic ini di ambil, lec aku tgh memarking markah di depan hehehe. Oleh kerana aku dok belakang sekali dalam kelas, ini telah memberikan kelebihan kepada aku utk makan dan snap pic dan chatting ( tau dek lec aku.. mampus!).

Kelas adalah pada hari sabtu 9-3 petang. Bayangkan betapa sakit kepala otak aku nk mengadap lappy saje sepanjang waktu. Jadi inilah aktiviti yang bertujuan untuk mengurangkan stress ( harap2 tidak akan di tiru oleh student2 aku.. huhuhu ). Kalau kamu perasan.. kotak kecik berwarna coklat di sebelah lappy aku itu ialah biskut. Nyum nyum..

Okeh.. waktu untuk menghilangkan stress sudah tamat. Jadi aku perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang aku belajar hahahah

Saturday, January 17, 2009

.: laptop skin n warna kegemaran :.


Aku sangat suka warna biru! Dulu aku ingat.. masa aku belajar di UM, baju kurung aku semuanya warna biru. Kalau aku keluar beli kain, niat kat hati tu berkobar2 la.. tkmo dah amik kaler biru. Last2 bila aku bawak balik kain aku, mak aku akan kata .. "ler.. kaler biru lagi?".. n aku cuma mampu tersengih.

Dari cadar, blanket, kasut, handbag semuanya warna biru. Tapi.. itu dulu.. zaman aku budak2. Skang dh semakin matured ni ( err.. matured ke? ) aku dh pelbagaikan kaler..tapi biru tetap ada.

So.. jumaat lepas aku keluar dgn rumet. Ada buat karnival kat tmpat kitorang bekerja heheh. Aku dh lama mencari laptop skin ni. Pusing punya pusing.. rumet aku tunjukkan laptop skin yg ni. Alahaii.. jatuh hati aku tgk..terus aku rembat. Cantik kan? murah je.. harga dia RM18 hengget je nokss!

Friday, January 16, 2009

.: peristiwa air ini? :.


Aku ada cerita di sebalik air ni. Rasa-rasanya bila tgk air ni.. semua org boleh teka kan air apa?. Aku mcm biasa dengan hosmate makan2 kat cafe kegemaran kitorang. Masa tu rumet aku.. baru buat blog dan dia sungguh suka mensnap apa sahaja yg ada depan dia. Kebanyakannya pic makanan la.

Aku pun jadi teruja gak nk snap pic, walaupun sedar hp aku bukan bleh simpan pic bebanyak huhu. Bila air yg aku order sampai.. aku pun terus la snap dengan pelbagai gaya. Haa utk pic ni.. aku rasa sesuai letak gaya orang tk sabar nk telan air. Macam dahaga sungguh la tu. So.. aku hantar pic ni kat kawan baik aku. Aku ckp kat dia seperti butiran berikut :

sms aku :"asnee.. jom minum air"
sms asnee :"Eh?Cantik aa pic ko. Ko minum air susu kambing ke?"

aku:ahahhahah.. susu kambing? apa ke jadahnya nk minum susu kambing ais memalam ni?ada ke org minum susu kambing ais? or.. bleh mintak ke susu kambing ais kat mana2 kedai or restoren?

Aiyak2!Aiyak! Asnee telah buat lawak antarabangsa..