Monday, June 6, 2011

.: being me :.


Aku selalunya menjadi student kegemaran dalam kelas ( perasan lebih ). Sampai sekarang aku masih tak berapa nak faham kenapa. Sebab .. aku sebenarnya tak pernah merasa aku pandai. Menjadi pelajar kegemaran bukanlah sesuatu yang menyeronokkan seperti kebanyakan orang lain fikir. Selama aku menjadi pelajar, aku melalui situasi-situasi seperti berikut :



Situasi 1

Masa : Form 6
Tempat : Dalam kelas tambahan ekonomi

Sebaik saje cikgu aku sampai dan setelah dia men'staring' kat aku. Cikgu aku terus keluarkan ayat ini;

Cikgu : "Ok hari ni, Hena ajar kelas. Dia terer bab kuantitatif"
Aku : *pensan*
Kawan-kawan: Serbu aku!

Owh!Kerana peristiwa ini, semua pelajar form 6 ingat aku terer gile dalam ekonomi. Aku macam biasa, buat muke bijak.




Situasi 2
Masa : Universiti bla bla
Tempat : Dalam kelas

Pensyarah : "Eh?Hena mana? Saya tak nampak dia?"

Aku baru sampai dari terengganu dan sangat penat. Sampai rumah pukul 8 pagi, kelas kul 9 pagi.

Kawan-kawan: "Hena, cepat la datang!! Dr. N dok cari hang!!"

Aku : Huwaa!! sangat tidak larat.

Sudahnya aku ke kelas tetapi kebingungan dan tidur di belakang

Moral: Pensyarah akan cepat perasan kalau tak ada dalam kelas T__T. Tak boleh ponteng macam orang lain. Sangat tidak aci!




Situasi 3

Masa : Universiti bla bla
Tempat : Dalam kelas

Kawan-kawan : Eh?hampa dah baca ke jurnal tu? Kami tak paham apa ni?

Aku: Eh? Ingat aku paham sangat ke?Aku pun tak paham jugak?

Kawan-kawan: "Kami takpe, pensyarah bukan ingat nama kami. Hang la nak kena tanya nanti"

Aku: Huwaa!!!




Situasi 4

Masa : Universiti bla bla

Tempat : Dalam kelas

Pensyarah : "Saya ajar sikit-sikit je ye? Nanti kalau tak faham tanya dengan Hena. Dia pandai bab ni"

Aku :*Buat-buat muke bijak gile dan senyum*

Lepas habis kelas, kawan-kawan serbu. Huwaa!!!.Aku pun tak paham macam korang jugak
.



Situasi 5

Tempat : Universiti bla bla

Masa : Dalam kelas


Pensyarah :" Miss L, sila buat report macam Hena punya. Rujuk yang dia. Dia pandai"

Miss L : Kak Hena, tengok yang Kak Hena buat?

Aku bagi contoh report aku pada Miss L

Miss L : Macam lebih kurang sama je report kita? Kenapa pensyarah kata Kak Hena pandai?

Aku cakap dalam hati : "Aku tak suruh pun pensyarah tu kata aku pandai T__T"




So,aku memang akan buat sedikit persediaan sebelum kelas ( time rajin sahaja ). Aku cerita pada senior aku di opis. Dan dia memberikan ayat yang membahagiakan aku.

"Hena, bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi. Mesti ada hikmahnya :)"





P/S :Aku sudah habis belajar. Alhamdulillah. Sedang tunggu result dengan kupu-kupu penuh dalam perut