Wednesday, December 29, 2010

.: sedih :.


Shamel


Semalam aku berair mata gelakkan hantu Kak Limah. Malam ni aku menangis. Masa entry ini di taip aku dok berchat dengan adik aku yang ada di terengganu.


Adik aku : Yu, ( panggilan dalam keluarga sebenarnya ) Shamel ( kucing aku ) telinga dia berlubang. Kena jirus minyak panas


Aku : Ha?!!! Kenapa kena jirus? Sapa yang jirus?


Adik aku : Ntah la. Dia curi ikan rumah orang agaknya.

Aku : Kesiannya kat dia. Bawak la dia pegi klinik (mata aku dah berair)


Adik aku : Nak bawak pegi macam mana?Balik rumah 2 minit makan pastu ilang 2 hari


Aku : Telinga dia jadi macam mana?

Adik aku : Rasanya dah pekak sebelah. Sebab berdarah kat dalam. Aku sempat sapu minyak gamat je.


Aku : Huwaaaaaaaaaaaaa!!!



Sampai ati orang tu simbah minyak panas kat kucing. Kucing tu binatang. Bukan ada akal dan dia tak reti. Aku takleh pikir orang sanggup buat macam tu.




P/S: Sangat tidak ada mood :(

.: hantu kak limah? :.


Ini sebenarnya filem melayu yang ke 2 aku tonton di cinema sepanjang aku hidup selama err.... Aku nak tengok sebab dah teruja dengan kawan-kawan satu opis yang bercerita tentang keklakaran cerita tersebut. Asyik gelak je staf aku. Mana buleh weh, aku nak join gak. Jadi pada malam yang syahdu jam 7.00 malam aku berkata pada housemate,


Aku : "Babe, jom tengok cite Hantu Kak Limah nak?"


Hosmate aku :"Jom! Check dalam internet cerita tu ada kul berapa ?" ( sambil kehairanan sebab aku yang ajak tengok )


Aku : "Ok!", sambil surf



Dalam internet tulis movie akan start kul 8.30 malam. Tapi di tiket start kul 8.50 mlm. Kebetulan ada sejam lagi masa sebelum movie start, aku dan housemate siap soping kasut sepasang sorang. Huhuh.


Yang menyebabkan aku agak terkilan, bila masuk dalam panggung cerita sebenarnya sudah pun start. So.. aku tak dapat tengok permulaan cerita. Hampeh! Sebenarnya start kul 8.30 mlm.


Secara keseluruhan cerita ni kelakar yang menggunakan lawak yang tipikal. Lawak yang boleh di jangka. Contohnya Usop yang lumpuh, aku dan housemate dah gelak awal-awal bila membayangkan Usop yang berkerusi roda akan berlari sambil mengheret/ menjunjung kerusi rodanya apabila di kejar hantu Kak Limah.Dan itulah yang berlaku. Ye! Lawak biasa tetapi boleh membuatkan aku dan housemate tergelak apabila di fokuskan kepada cara kesemua watak berlari dari hantu menyamai cerita-cerita Stephen Chow.


Juga satu situasi apabila semua watak terdiam melihat hantu Kak Limah tetiba terganggangu dengan fart Usop yang panjang dan sangat annoying di kesankan lagi dengan memek mukanya yang berkerut. Situasi begitu sering berlaku bukan? Oh! ya, aku pernah berada dalam situasi begitu masa aku form 4. Kawan sekelas yang tertido di belakang ketika cikgu mate sedang mengajar di depan telah fart dalam kelas. Menyebabkan kami semua terkejut dan terdiam. Terus sahaja semua mata tertumpu kepada kawan yang masih lena ( walaupun setelah fart dengan bahagianya ). Tiba-tiba sahaja kami semua gelak dan cikgu mintak supaya jangan cerita pada empunya badan yang telah fart supaya dia tak malu kelak. Siyesli aku tak tahu, kawan aku tu tahu atau tidak dia pernah fart dalam kelas.


Cerita HKLBK ni pun bukan sekadar cerita hantu saje. Tetapi ada kisah percintaan antara Usin ( Awie ) dengan Che' Nin ( Ummi Nazeera ) yang tak kesampaian. Mengkritik tentang masyarakat melayu yang mundur, Usin cuba keluar dari kepompong masyarakat yang masih mengharapkan bantuan dan subsidi kerajaan ( watak Usop yang mengusung kerusi roda bercop HAK KERAJAAN ke hulu dan ke hilir ). Cuba mencari kejayaan dan kekayaan dengan berbekalkan sijil SPM. Usin pulang ke kampung bersama maruah kerana ingin meminang Che'Nin dengan rasa hormat dan self esteem yang tinggi. Malangnya Che'Nin jatuh sakit dan meninggal setelah pemergian Usin.


Apabila hantu Kak Limah mengusik orang kampung, mereka semua sepakat mencari bomoh untuk menghalau hantu Kak Limah. Bomoh pertama adalah bomoh dari Indonesia yang mempunyai suara yang sangat seksi.Huh!.Bomoh ini juga akhirnya tewas terkejut dek kena tampar dengan hantu Kak Limah. Bomoh ke 2 pulak ialah bomoh siam. Part yang aku tergelak kerana dia menjampi dengan menyebut "belawok" = menipu/penipu dalam loghat kelantan. Aku terus bagitau hosmate dan terfikir kenapa dia menyebut perkataan ini. Adakah mesej yang ingin di sampaikan ialah supaya jangan mempercayai bomoh? Ataupun sebenarnya ingin menunjukkan mentaliti masyarakat yang terus mempercayai bomoh dan jampi serapah walaupun sebenarnya di tipu? Sila nilai sendiri.


Part yang aku suka bila Usin menyanyikan lagu Cinta Kristal ( best giler la Awie nyanyi ) untuk Che' Nin. Sangat romentik. Kekekeke.


Hantu dalam cerita ini ialah Che'Nin dan Ayu. Bukannya Kak Limah. Aku sudah dapat menduga dari awal cerita Che' Nin dan Ayu adalah hantu berdasarkan hobi mereka berada di dalam semak malam-malam buta. Apa takde keje nak dok dalam semak malam bute? Dan Kak Limah itu sebenarnya bukanlah hantu. Walaupun ada beberapa part yang menghairankan aku.



Part 1: Masa Kak Limah tetiba berada di atas katil sebelah Usin. Ye. Tingkap terbuka dan aku tak terfikir pun Kak Limah tu panjat tingkap tu dengan tidak di sedari oleh Usin yang masih belum tido. Tetiba saja menyeringai di sebelah Usin.


Part 2 : Hantu Kak Limah berada di dalam toilet di atas kepala Abi Hurairah. Bila masa dia masuk toilet? Takkanlah Abi Hurairah masuk toilet dalam keadaan mencangkung ( memandangkan Kak Limah ada di atas kepalanya )

Part 3 : Macam mana anak Kak Limah boleh mengambil ringan tentang pembantu rumah Indonesia yang meninggal dalam rumah maknya. Dibiarkan sehingga berulat. Dan apabila di tanya dia tersengih2 memberitahu itu mayat pembantu rumahnya yang sakit jantung.



Ok, malas dah nak bebel. Keseluruhannya cerita ini ok :D


P/S : Cerita di panggung wayang ini akan bersilih ganti, tetapi wayang permainan manusia di dunia realiti takkan pernah tamat :)

Thursday, December 16, 2010

.: 25 random things :.


Setelah mendapat warning letter yang ke 50 dari en.azman, aku dengan muke berkerut dan mulut muncung membuat entry ini untuk memuaskan hati beliau. Huwaa!!!. Setelah ( perkataan ni lagi ) meniru jawapan dengan bahagianya dari Jo aku berjaya menjawab soalan exam yang sangat susah tahap melampau ini dengan cemerlang.. lalalalalla..* jalan dengan muke berlagak*


Ok ini 25 fakta tentang diri aku dan keluarga mereka

1. Aku ini seorang perempuan ( terima kasih jo! Aku berjaya tiru jawapan ni. Huh! Susah sungguh!. Ko passing kertas jawapan tu agak-agak la sket Jo. Kan polis trafic ada kat depan aku tu?).

2. Aku dah kerja. Ini juga satu fakta yang tak dapat di pertikaikan di mana-mana mahkamah

3. Aku sangat alergik seafood. ( azman, ko kene bagi hadiah la kat aku, sebab aku sangat jujur menjawab tag ini :D )

4. Aku baru balik dari Penang. Ini fakta ok?Tak tipu

5. Aku ada 2 ekor kucing yang mempunyai personaliti ( bole ke guna kat kucing?. Lantaklah.. aku nak guna jugak ) yang sangat berbeza. Ok! Fakta ini sangat menarik kerana akan di sertakan dengan buktinya sekali ( azman, aku rasa hadiah aku besar kot noh? :p )

6. Sekor kucing aku nama Shamel. Seekor kucing yang sangat bersopan santun, ayu, comel dan sangat manja


Shamel sedang tido dengan sangat comel dan manjanya. Muah!Muah!

7. Sekor lagi kucing aku nama Shamito, iaitu seekor kucing yang sangat hectic, hyperaktif, sedikit gila dan mempunyai tabiat tido yang sangat buruk. Tsk..tsk.. aku tak ajar dia tau?


Shamito tengah tido.Huwaaaaaaaa!!(pandangan dari atas.Sangat seksi kakakka)


Pandangan dari sisi kekekek


8. Sangat susah untuk mensnap pic dari angle ini ye? Fakta ni. Fakta.

Zzzz..kroh..kroh.. sila jangan kacau saya tido ye?


9. Aku tidak mendengar shamel atau shamito berdengkur ketika mensnap pic mereka sedang tido.

10. Aku nak pi solat asar jup. Pasni samung semula story mory ye?.Ini fakta!

11. Ok, aku samung taip entry ni setelah solat asar, mandi, solat maghrib, bagi kucing makan, masak, makan dan telan asam.

12. Masa aku kecik, aku suka gentel kain selimut hingga hancur semua bucu kain selimut aku. Oo.. tabiat ini di warisi oleh anak sedara aku yang comel. Sangat bahagia sebab ada pewaris. Fuh!

13. Masa darjah 3 berat aku 15 kg. Cikgu gelak kat aku dan cakap aku sama berat dengan ikan kat pasar. Sobb..sobb.. sampai ati cikgu kata kat saya... :(

14. Sekarang ni aku jawab entry ni sambil dengar lagu korea.. ottokajo..ottokajo..bla bla bla...

15. Pernah di nasihatkan oleh kawan-kawan sekelas a.k.a peminat- peminat untuk membatalkan cita - cita murni untuk masuk AF, kerana bimbang akan menjejaskan perkembangan industri muzik negara. Jadi.. terpaksalah cita -cita itu di campak ke dalam longkang!.Dunia ini tidak adil!!!

16. 23/11/2010 dan 26/11/2010 adalah the most unforgettable day in my life for dis year :) *senyum dan senyum lagi*. Err.. ada sesiapa muntah?

17. Telah menyambut besday pada 23/11/2010 dengan berdebar dan bahagia. Fakta atau auta?Sila jawab!

18. Mempunyai ketinggian sebanyak ( erk.. marah cikgu bahasa kat aku nanti ) 153 cm

19. Sangat suka makan mee dengan menggunakan chopstick.*Berlagak la tu*mee ke mana, chopstick ke mana. Haishh!..

20. Sangat terkesan dengan watak Alhena dalam buku Bunga Arianur dan menggunakan nama tersebut dalam blog ini. Fuh! tersangatlah fakta.

21. Juga sangat suka prosperity burger.Bole makan hari-hari tanpa pensan.. Yummyy!

22. Sangat suka western food. Tensen sebab masakan melayu/ siam / indon/ local banyak letak seafood tersembunyi ( belacan or udang kering dalam makanan )

23. Skang tengah selsema dan demam sebab alergik seafood. Tersalah makan sup sayur yang ada udang. Siyesli tak perasan dan sangat sedih sekarang ( nampak sangat lama betul nak siapkan entry ni ) dan baru sudah telan ubat. Lepas ni nak pensan n melepek.. huhu

24. Tak habis lagi belajar. Huwaaaaaaaaaa!!

25. Sangat gila perfume

26. I'm single but not available.. heheh :)



Yes!Dah habis 26 fakta pasal diri aku. Err.. azman, aku dah tag kat shamel n shamito tapi derang takmo jawab :(


p/s: En.Azman, sila jangan marah saya kerana lambat membalas tag ini. Sila pos hadiah yang paling besar utk saya ye?Sebab aku jawab lebih satu soklan...:P

Wednesday, December 15, 2010

.: hati seorang isteri :.


Aku ini belum menjadi isteri sesiapa, tetapi aku cuba memahami hati seorang isteri yang juga merupakan kawan aku.


"kak, kalau bole.. kak tak payahla kawin. Hidup sendiri lebih bahagia kak"


"Hati saya ni dah hancur sehancurnya kak"



Sungguh! Aku simpati dengan dia. Walau dari jauh aku terlihat ketabahan dan kekuatan hati dia. Tapi..renungan mata yang sayu itu menjawab segalanya. Rumah tangga yang baru sahaja di bina, di landa badai. Suami yang beraja di hati mencari permaisuri di luar istana. Dia ataupun aku memang tidak mahu percaya bahawa si suami begitu. Maka.. aku sangat gembira bila si isteri memberi tahu suaminya terkena buatan orang. Itulah yang menyebabkan dia berubah. Itu jualah yang aku percaya..


"Kak.. alhamdulillah.. suami saya dah berubah"

"Alhamdulillah.. syukur.. "


Itu yang aku dengari 2 minggu lalu. Kini si suami berada di depan mata aku dengan perempuan yang lain pula. Giliran hati aku yang hancur kerana tidak mahu menerima hakikat bahawasanya dia memang begitu. Bukan terkena buatan orang lain. Tapi kerana buatan diri sendiri. Setiap hari si suami dengan bahagianya bersama isteri orang lain. Memakai baju yang sedondon kalernya, berbalas-balas sms, lunch bersama, saling merenung mata.


Tiap kali aku melihat si suami.. aku ternampak wajah si isteri bersama anak yang masih kecil. Susah payah si isteri menguruskan anak, makan minum supaya si suami senang.Mungkin terlebih kesenangan. Dengan anak yang belum pun sampai setahun, si isteri membawanya ke mana sahaja sekiranya ada urusan di luar. Segalanya cuba di selesaikan sendiri. Aku sendiri tak boleh nak fikir, macam mana dia drive dengan anak berusia 9 bulan di pangkuannya.



Sungguh aku simpati dengan kamu wahai isteri. Aku tidak akan menjadi penyampai kepada kamu tentang suami kamu. Aku lakukan apa yang terdaya.. sungguh aku sangat tidak boleh menerima apa yang suami kamu lakukan kepada kamu.
Betul.. aku ini orang luar. Manakan aku tahu apa masalah di dalam rumah tangga kamu. Tetapi.. untuk mencari penyelesaian di luar rumah dengan bercinta dengan perempuan lain, itu bukanlah penyelesaian. Tetapi alasan untuk tidak menyelesaikan masalah. Lebih senang begitu agaknya.


Semalam bakal hubby bertanya,



"apa erti perkahwinan?"


Satu soalan yang membuatkan aku tergamam. Lama .. dan diam. Jadi aku bertanya semula soalan itu kepada dia.



Sayang, perkahwinan itu perkongsian hidup. Dan hidup itu ada kita. Perkahwinan pada aku tak boleh di samakan dengan apa-apa. Ia bukan satu perniagaan yang bole try n error. Ia soal jodoh. Siapa yang menggerakkan hati kamu untuk memilih aku? Allah.. Siapa yang menggerakkan hati aku untuk menerima kamu dengan begitu senang dan bahagia? Allah jua..



Jadi ini jalan yang telah di aturkan untuk kita. Once u get married.. u need to fight till the end. Tiada nilai yang boleh di letakkan dalam sebuah perkahwinan. Bukan pada hantaran, bukan pada mas kahwin, kerana ia tidak ternilai.


Soalnya.. sudahkah kita persiapkan diri untuk memikul tanggungjawab yang bakal jatuh ke bahu sesudah akad di lafaz?......

Saturday, November 20, 2010

.: perjuangan yang belum selesai :.


Sewaktu entry ini di taip aku sebenarnya masih lagi menyiapkan tugasan. Biasa la, aku kan student. Aku mencari2 masa untuk blogging


Kalau aku di opis, aku mmg tak bole stadi. Aku teringin sebenarnya nak jadi macam opismate aku. Kalau kami semua (merujuk kepada rakan2 seopis) kena paksa pegi dengar ceramah yang sangat memboringkan dan hanya mempunyai perkaitan yang sipi2 dengan kami, kawan aku (senior aku sebenarnya) mesti membawa semua tugasan kelas ataupun membawa nota untuk di baca.


Ala.. aku sangat2 jeles kerana dia boleh menggunakan sepenuhnya masa yang ada. Kalau aku jeles, aku akan bawa nota aku bersama, dengan harapan bila dia khusyuk membaca aku turut tertarik untuk membaca bersama dengan dia. Malangnya... aku tak reti. Tiap kali aku cuba untuk khusyuk.. aku akan terasa mata penceramah memandang aku dengan tajamnya hingga menusuk ke ulu hati. Dan hati dia berkata "Bertuah punya budak!. Aku ceramah kat depan ni kau tak nak dengar, kau baca buku lain lak tu?!!".


Memikirkan tentang itu, aku akan terasa amat bersalah dan kesian dengan penceramah. Aku akan cuba membeliakkan mata aku dan memberi perhatian yang sepenuhnya kepada beliau walaupun aku sebenarnya tidak paham langsung.Huhuhu.


Dan sekarang aku di rumah. Dulu sewaktu memula aku amik keputusan untuk belajar, aku dah berfikir2 sendiri.Tiap2 malam aku akan ke library untuk stadi. Yer!Aku buat semua tu untuk satu semester sahaja. Lepas tu aku tak larat dan aku tensen. Gara2 kereta comel aku kena calar masa parking kat library. N aku agak takut bila kadang2 aku terlajak berada di library hingga pukul 11.30 mlm. Mula la takut nk jalan ke kereta yang agak jauh.


Untuk sem ke 2 aku tukar strategi. Aku kena stadi kat rumah je. So.. aku beli satu meja. Tak cukup satu meja, hosmate aku carikan aku satu lagi meja. Satu meja aku letakkan buku2 aku. Errr..dah menimbun buku aku atas meja tu. Satu lagi meja untuk aku letak lappy aku. So.. ia bertahan untuk satu semester jugak.Haishh..


Untuk mengelakkan aku merasa boring, aku cuba stadi kat ruang tamu dan bergilir dengan dalam bilik. Sekarang ni.. aku dah bosan stadi kat meja. So.. aku stadi kat katil pulak. Errm.. kamu rasa tahan berapa lama ye? Satu semester ke, satu jam?




P/S : Aku target yang terbaik untuk tesis ni.Huhuhuh.Doakan aku ye?

Sunday, November 7, 2010

.: banjir II :.


Ini merupakan pengalaman pertama aku berdepan banjir di tempat sendiri. Tahun 2006 aku ke Pagoh untuk misi khidmat masyarakat di sana. Kali ini merasai sendiri sangatlah berbeza dengan sekadar pergi melihat dan menolong. Walaupun rumah aku tak banjir, nak tak nak aku turut merasai kesan dari itu. Akibat dari jalan yang terputus hubungan, minyak di stesen minyak habis, bekalan makanan habis, duit di ATM juga habis, kedai banyak yang tutup, orang ramai mudah panik dengan sebarang rumours yang terbaru.


Menakutkan sebenarnya bila keadaan sebegini berlaku. Aku yang bujang ini takde masalah kerana harus memikirkan diri aku sendiri. Bagaiamana dengan mereka yang berkeluarga dan mempunyai ahli keluarga yang ramai?Kesian kan?



Kali ini aku turut terlibat dalam misi khidmat masyarakat. Turun bermain lumpur mencuci rumah dan barang- barang yang masih boleh digunakan. Sedih melihat mangsa banjir yang murung kerana kebanyakan barang rosak. Almari, kerusi atau sebarang perabot kayu yang murah memang akan rosak teruk. Pinggan mangkuk, tong gas akan hanyut. Peti ais, mesin basuh jugak akan terapung. Sekiranya sesudah banjir terlihat barang sendiri berada di rumah jiran sebelah or selang 2 3 rumah, sudah tentu tidak gamak untuk mendakwa barang itu milik sendiri. Terpaksa mencuci barang-barang yang ada dalam kawasan rumah sahaja yang juga kadang-kadang merupakan barang orang lain yang hanyut.



Lumpur yang di tinggalkan oleh banjir bukan lumpur biasa ketika main bola di padang yang lecak. Perlu di berus dengan betul barulah kotoran hilang. Kebetulan kawasan yang aku terlibat ini tidak ada bekalan air kerana masalah loji. Air perlu di angkut. Cubalah bayangkan rumah yang berbau busuk dan lumpur yang tebal yang perlu di cuci tetapi tidak ada bekalan air. Sangat sedih melihat berlori-lori barang-barang yang rosak di buang begitu sahaja.



Kerja-kerja mengasingkan barang-barang yang masih boleh digunakan


Perabot dan barang- barang yang di penuhi lumpur


Barang-barang yang di buang. Ini adalah pic hari ke dua setelah beberapa lori mengangkut barang -barang rosak


Kerja-kerja mencuci barang dengan menggunakan air recycle



Kebetulan rumah yang aku pergi ni tidak begitu banyak barang kerana hanya di huni oleh satu pasangan. Bagi rumah lain yang ada banyak barang, kerja mencuci akan semakin rumit kerana ketiadaan air. Kesian betul..


p/s : Semoga keadaan kembali pulih sepenuhnya... amin

Tuesday, November 2, 2010

.: banjir :.


Opis aku banjir.Huhu. Kat sini ada beberapa pic..

Ini adalah pic sungai sebelah rumah aku.Huhuhu. Sangat takut melihatnya


Ini adalah kawasan dalam opis aku. Bumbung saje yang nampak..huwaa!!


Air sungai yang sangat deras


Operasi menyelamat di kawasan sekitar, sangat kasihan melihat orang tua dan kanak-kanak



Banyak urusan rasmi yang terpaksa di tangguhkan. Sekarang dekat opis pun hanya ada 2 3 orang sahaja. Yang lain tak dapat datang kerana jalan terputus kerana banjir




p/s : Semoga banjir semakin surut dan keadaan kembali seperti biasa, sama-samalah kita berdoa ..

Saturday, October 30, 2010

.: jika :.

Aku sangat bz lately ( alasan...). Dah sebulan lebih aku tak rehat dan keje jumaat n sabtu. N today aku dapat rehat, so.. aku habiskan masa dengan tido, basuh baju, jemur kain, kemas bilik, mengadap channel kegemaran (AFC) dan mengadap lappy kesayangan. Sambil menaip entry ni, sambil tengok Chuck, En.chef yang hensem sedang memasak dengan bahagianya.


Report internship alhamdulillah telah di hantar dengan jayanya. Aku berdoa semoga aku lulus dan tak perlu mengadap internship yang ternyata amat menyakitkan jiwa raga.


Aku ni, seorang pendengar yang sangat baik ( perasan ). Dan dalam hidup aku, banyak betul cerita yang aku dengar. Banyak yang boleh di pelajari dan di teladani. Tapi bila tiba turn aku.., selalunya agak susah untuk mencari pendengar. Sebab dalam dunia ni kebanyakan orang ingin bercakap tapi tak ingin mendengar.


Jadi sebenarnya inilah tujuan blog ini di buat. Dalam minggu ni aku ingat, masa on da way ke opis, aku dengar radio red f.m topik pagi tentang mengapa anda berblog. Hurmm...blog ini pada aku sangat jelas. Aku adalah golongan blogger yang lama yang menjadikan blog ini seperti diari online. Aku mula berblog sejak tahun 2003 dan ini blog aku yang ke 5.



Sekarang pun aku nak mengarut tentang hidup aku sendiri,

Jika suatu hari kau mengeluh tentang pasanganmu, ingatlah ketika kau tidak mempunyai sesiapa di sisi

Jika suatu hari kau mengeluh tentang bebanan kerjamu, ingatlah ketika kau bersusah payah mencari kerja

Jika suatu hari kau mengeluh tentang bermacam ujian yang di berikan kepadamu, ingatlah saat-saat bahagia yang pernah kau lalui



Redha lah wahai hati...



p/s : Jadual kerja aku sudah padat hingga akhir tahun. Musim jalan2 sudah bermula...

Monday, October 11, 2010

.: rumput yang hijau :.

Ada rakan di FB letak pada statusnya,

"why does the grass always look greener on the other side?
sebabnya we dont have it.."


Dan bagi aku, kenapa rumput nampak lebih hijau di laman orang lain.... kerana itu lah yang kita ingin percaya. Kemudian, kita mula bertanya " kenapa hanya aku?". Soalnya.. pernahkah kita bertanya pada orang lain?. Betulkah hanya aku?



Dulu, ada seorang blogger yang sangat aku suka. Setiap hari aku akan masuk ke blognya yang di apdet hampir setiap hari. Dia sangat muda berbanding pengalamanya. Aku adore dia kerana kematanganya yang langsung tak setara dengan umurnya. Rupanya dia lagi muda dari aku, dia seorang pelajar di UIA dan pengidap kanser darah. Ketika nyawa sudah hampir ke penghujung usia, humaira yang di kasihi mengandung di luar nikah dan dia dituduh melakukannya. Walhal mana mungkin kerana humaira kesayangan sudah hampir setahun di bumi US, sedangkan dia di sini. Aku ikuti setiap ketabahan dia dalam mengharungi segalanya.. hinggalah suatu hari tiada lagi cerita terbaru dari blognya hinggalah ke hari ini. Dan.. aku tahu dia sudah tiada.



Mungkin ada kalanya kita sudah patut berhenti memandang ke atas dan memikirkan perkara yang kita belum dapat.



Seorang lagi rakan di fb yang sedih mengenangkan nasib yang masih belum berkahwin. Aku dan dia sama umur dan dalam batch kami, hanya kami berdua yang belum berkahwin. Sebetulnya aku sudah sangat bosan dengan persoalan ini. Kenapa nak di kenangkan sesuatu yang tidak dapat dan lupa tentang segalanya yang kita ada?.Oleh kerana dia ustazah, lalu di timbulkan pulak persoalan bahawa perempuan yang berkahwin itu dapat lebih banyak pahala dari yang bujang. Dan jawapan dari aku.. mungkin kita patut belajar untuk redha dan menerimanya segala yang terjadi kerana pasti ada hikmahnya.




p/s: Adakalanya kita menangis kerana kehilangan sepasang sepatu, tanpa kita sedari ada insan lain menangis kerana kehilangan sepasang kaki

Thursday, September 30, 2010

.: a gift :.


Dari minggu lepas, seorang student perempuan call aku berkali-kali hanya untuk tahu aku ada di opis atau tak. Aku sangat serba salah dengan dia kerana sepanjang minggu lepas juga minggu ini aku kurang berada di bilik. Selain berada di dalam mitin yang berjam-jam dan memeningkan kepala otak, aku jugak berkejar ke sana dan ke mari untuk menguruskan hal- hal yang lain. Dan ye, yang paling penting report yang nak memuntahkan aku dan jugak kawan-kawan yang lain.

So.. pagi ni dia call aku lagi,


Student : "Assalamualaikum cik, saya ni humaira. Cik ada kat opis tak?"

Aku : "Waalaikumusslam, haa..awak!Saya ada ni. Datanglah"

Student: "Cik tak pegi mana-mana ye?Saya datang sekarang ni cik ada la ye? Free kan? Saya nak jumpa kejapp je".

Aku: "Ye, saya free ni.. datang je la"



Tak sampai 5 minit aku lihat Humaira sudah terpacul depan pintu bilik. Hurm.. aku agak masa dia call dia dah memang ada area opis aku.


Student : "Cik, pertama sekali saya nak bagi cik samting", katanya sambil menghulurkan satu bungkusan buat aku.


Dan inilah yang di berikan pada aku..


Satu buku panduan doa

Dan satu penanda buku yang tertulis 'nasihat itu umpama ubat untuk pesakit yang sedang sakit'



Aku sebenarnya terkedu melihat hadiah yang di berikan. Sambil senyum student aku cakap, "cik masa cuti saya teringat sangat kat cik. Teringat kat semua nasihat yang cik cakap kat saya"



Owh! aku tak menjangkakan itu. Aku sekadar bagi nasihat yang biasa yang macam aku berikan pada student-student aku yang lain. Well... aku sangat suka dengan hadiah yang di berikan pada aku dan aku sangat-sangat hargainya.



Aku jenis yang agak suka menyimpan apa saja yang di berikan. Jadi boleh di bayangkan aku mempunyai pelbagai koleksi barang-barang. Termasuk barang yang aku beli untuk diri aku sendiri sekiranya aku berjalan - jalan n berpoye-poye di luar dari negara malaysia ini. Salah satu hadiah yang sangat aku sayang dan aku belikan untuk diri aku sendiri ialah buku ini..




Buku ni tak mahal pun cuma 15AUD, lebih kurang dalam RM45. Aku beli masa ke Melbourne. Tak habis lagi baca nih!kekeke. Ada 3 story dalam satu buku. Satu kisah benar yang sangat sedih. Huhuhu.

Satu lagi hadiah yang paling bermakna dan paling aku sayang dalam hidup aku ialah jam ini..

Sori, sangat kelabu. Kerana telah mensnap pic ini dengan menggunakan henponku yang comel itu.



Jam ni abah yang hadiahkan pada aku sebab aku berjaya masuk universiti. Usianya sudah 10 tahun. Aku takde jam lain selain jam ni. Aku sangat hargainya sebab abah yang beli. Aku takkan beli jam lain. Aku nak abah tahu, tapi keadaan abah sekarang takkan mengizinkan abah mengetahui apa-apa lagi. Setiap saat yang aku lalui, aku tak pernah lupakan abah. Dan doaku cuma satu, semoga abah sembuh semula. Sungguh aku rindu senyumanmu abah...



p/s: Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini





Wednesday, September 22, 2010

.: audit :.


Aku memulakan hari ini dengan kupu-kupu penuh berterbangan dalam perut. kadang-kadang senak di buatnya. Sebetulnya dari semalam lagi sudah ada kupu-kupu dalam perut. Tetapi bilangan kupu-kupu itu tiba-tiba bertambah setelah habisnya perbualan ini :


Aku : Assalamualaikum en. M

En.M : Haa hang Hena, aku baru balik selia kawan hang ni

Aku: Haa.. tu la En. M, bila En. M nak mai kat saya?Or saya hantar terus report saya pada En.M?


En. M : takpa2 aku mai kat hang la, esok ( 22/9/2010)


Aku: En.M, saya esok audit S datang, saya kena stanby


En.M : Takpa la.. aku mai kat hang la sambil-sambil tunggu audit datang


Aku : Huwaaaa!!:((


Sudahnya hari ni aku bakal di audit mengenai 2 perkara yang sangat penting dalam hidup aku

1. Audit S - ya. Ianya sangat berkait rapat dengan kerja. Dan aku tak mahu menjadi mereka yang menfailkan tempat kerja aku ini untuk mendapat pensijilan semula


2. Audit internship - yang ini pulak antara hidup mati aku menjalankan internship semester ini.Tobat aku tak mau ulang internship ni kalau aku di takdirkan fail. Aku nak rehat 2 3 sem, baru aku samung semula. Dan aku sangat takut kerana report yang bertimbun belum pun lagi siap.



Setelah berhempas pulas menyiapkan report (tak siap lagi pun sehingga ke saat ini) dan berhempas pulas menggodek rekod dan fail. Kedua - dua audit ini tidak datang kat tempat aku.Huhuh..cuma lega sedikit. Sebabnya.. esok confirm audit internship akan datang.





p/s : Kena berhenti merapu dan siapkan report :).Hopefully aku berjaya siapkan apa yang di perlukan untuk esok.

Sunday, September 12, 2010

.: salam lebaran :.

K.O.S.O.N.G

Ini perasaan yang paling banyak aku rasa raya ni. Doa untuk diri aku sendiri semoga aku redha dengan apa yang telah di tentukan untuk aku dan kami sekeluarga.

salam lebaran, maaf zahir batin

Monday, August 9, 2010

.: ahlan wasahlan ramadhan al mubarak :.


Aku sudah pun berada di terengganu sekarang ini. Meninggalkan semua yang berserabut kat opis. Kerja-kerja masih belum selesai. Outstation yang tak henti2 sejak sebulan lepas. Alhamdulillah, bos lepaskan aku untuk bercuti. Memahami, cuma aku yang jauh dan jarang pulang. Ramadhan ini aku nak sambut dengan femli. Seingat aku tahun lepas, aku menyambut ramadhan sendirian kat rumah. Huhuhu, sedey woo. Kesian jugak kat kawan-kawan yang terpaksa kerja jumaat dan sabtu ni. Tapi... femli aku lebih penting dalam konteks ini. Heheh :D

ahlan wasahlan ramadhan
kedatanganmu ku nanti
aku rindu!


Ini adalah jalan yang aku lalui untuk ke Terengganu dari Kedah.Kalau tak jumpa semua tanda aras ni, confirm aku sampai siam.


Tasik Banding, Perak. Cantik kan?kan?kan?



Tanda aras Jeli.Cantik kan?kan?kan?


Lagi 5 minit nak sampai rumah..yeyeyye


Pantai kat rumah. Yey! Dah sampai!.Cantik kan?kan?kan?


And now, here I am. Dah ada kat rumah, berpuasa dan berterawih bersama femli tersayang :).


p/s: Maaf kepada semua yang pernah membaca blog ini, sekiranya ada tulisan yang menyakitkan hati atau apa sahaja. Selamat menyambut ramadhan

Saturday, July 24, 2010

.: bagai melepas anjing tersepit :.


Selewat jam 2 pagi, henpon aku memainkan lagu Gundam SEED. Aku yang terkejut terus jawab call. Selalunya aku silent sebab tak suka di ganggu. Ntah macam mana terlupa pulak.


Aku : Hello.. (agak mamai dan tak tengok pun sapa yang call)

Si pemanggil : Henaa..aku nk jumpa ko kejap ( suara macam baru lepas nangis )

Aku : Ko Faizal? (bukan nama sebenar huhuhu ). Ko ni mabuk ke apa?.Ni dah pukul 2 pagi tau tak?.Kot ye tak sabar nak jumpa aku pun, tunggu pagi esok la.

Si pemanggil : Aku depan rumah ko dah ni.Turun la kejap. Aku nak jumpa ko. Pliss..

Aku : Tak mau! tak mau!. Aku malas tukar baju, cuci muke, malas bangun tido

Si pemanggil : Tolonglah.. aku baru break ngan Lina. Aku sedih sangat

Aku : Pi tido dulu. Esok cite kat aku sehari pun takpe. Dah lewat ni.

Si pemanggil : Pliss Hena, aku rasa aku dah tak berapa betul ni.



Akhirnya aku mengalah dengan Faizal, aku bangun tukar baju dan turun bawah. Memang betul dia ada depan rumah aku. Kulitnya mukenya yang putih nampak kemerahan di bahagian hidung dan mata yang berair jelas menunjukkan dia memang menangis.


Mulanya aku ingat Faizal cuma nak borak depan rumah aku. Tapi dia heret aku ke luar, katanya nak cerita sambil minum. Aku ikut dengan hati yang berat.


Sesi bercerita memakan masa selama 2 jam. Aku cuba sedaya upaya menjadi pendengar yang baik. Aku tahu dia tengah sedih sebab aku cukup tahu hubungan dia dengan Lina. Mengantuk pun mengantuk la. Takpe demi kawan-kawan.Tapi.. conversation yang berlaku masa dia nak hantar aku balik cukup membuatkan aku rasa macam nak makan orang.


Faizal : Hena, aku rindu kat Lina.Ko tau kan, apa yang berlaku antara aku dan dia

Aku : Aha..

Faizal : Hena, boleh aku KISS ko?

Aku: Ha?!!!!!! Ko pernah makan tapak kasut tak? Ko hantar aku balik rumah sekarang jugak!!!!!!!!


Tiada lagi perbualan selepas itu. Masing- masing diam hingga aku sampai ke rumah. Aku jadi tersangat sakit hati. Bagai melepas anjing tersepit. Kau tak tahu nak menghormati aku sebagai kawan dan sebagai perempuan. Mungkin sememangnya ko tak layak untuk mana - mana perempuan. Aku lebih rela tkde kawan dari dapat kawan macam dia.




P/s :Manusia ni, ada macam-macam jenis.Terpulang pada kita untuk memilih yang mana untuk kita jadikan kawan.

Saturday, July 10, 2010

.: jumaat :.


Bermula bulan 3/7/2010, aku mula merindui jumaat. Dulu kami agak akrab, walaupun kadang kala, aku terpaksa meninggalkannya hampir 2 kali sebulan. Ataupun kadang-kadang sebulan. Tapi.. aku masih ada untuk jumaat. Masih setia untuk mendakapnya saban pagi, atau mungkin petang..ataupun sepanjang hari kekeke. Kami masih lagi boleh bercerita, berkongsi kegembiraan mahupun kesedihan bersama.


Tapi, sejak 3/7 yang lepas, aku sudah tidak berpeluang menemui jumaat lagi. Kami akan terpisah selama satu semester.Kejam bukan?. Aku tahu, jumaat pasti terasa hati dengan aku. Tapi apakan daya, aku terpaksa akur dengan komitmen yang tak kunjung putus. Sabar ye sayang. Semester depan kita pasti bersama lagi. Kita akan gelak bersama. Kau hadir untuk aku seperti selalu.


Jumaat, entry ini khas untuk kau. Supaya kau mengerti, aku sendiri tidak rela melepaskan kau selama satu semester ini.Jangan curang ok? Kalau tak, aku cubit-cubit kau nanti hehehe.



P/s : Bermula semester ini aku bekerja pada hari jumaat. Memang sangat memenatkan kerana terpaksa bekerja di dua opis yang berbeza dan jauh. Satu di Kedah dan satu di Perlis. Aku rindu untuk rehat dan tidur pada hari jumaat T__T.

Monday, June 21, 2010

.: alahai syirah :.

Syirah, yang sangat bahagia apabila Mak Lang menghantar dan mengambilnya balik dari taska. Sebab, lepas balik, boleh ajak Mak Lang ke kedai dan mintak macam-macam..heheheh



Balik ke kampung bermakna aku akan membuat kerja-kerja seperti berikut :

a) makan, makan, makan dan makan lagi
b) masak, makan, makan masak
c) bergaduh dengan anak buah
d) membute, menonton cite korea n cite hantu dengan adik, kakak n anak buah

Syirah, anak buah aku yang paling kecik dan berusia 5 tahun. Kebetulan aku sakit gigi dan mengadu pada dia,



Aku : Adik, Mak Lang sakit gigi la

Syirah : Mak Lang sakit gigi ke? Syirah ada penyelesaian. Mak Lang jumpe dokor, cabut gigi Mak Lang, pahtu mitok ganti hok baru

Aku: Adik, doktor gigi ada jual gigi ke?

Syirah : Ada! * angguk dengan bersungguh2 dan mengedip2kan matanya*

Aku : *konpius*





p/s: Masih dalam mode rindu kampung halaman...

Friday, June 11, 2010

.: dari lensa cap x aku :.

Hehe.. setelah memeram pic ini selama 2 minggu, akhirnya aku post kat sini. Sori le, extremely bz.Ye la, sebab dah outstation selama sebulan.



Ntah ler bangunan apa, aku snap masa baru sampai ke melbourne


Area di mana aku dan kawan-kawan sesat


Cantik kan?


Yarra River, yang sebenarnya sangat cantik. Tapi, oleh kerana aku tak reti menggodek camera itu untuk menukarnya kepada night mode.. inilah hasilnya. huhuhu :(


Apa ke benda tah namanya..


12 Apostles..subhanallah..

Loch Ard Gorge, juga sangat cantik




P/s : Aku tengah pack barang untuk kelik kampung. llallalla. Owh! aku kena enjoy betul2 ni, sebabnya selepas minggu ni, jadual aku sudah tersangat pack sampai bulan 12. Huwaaa!!



Tuesday, June 1, 2010

.: hatiku tertinggal di Melbourne :.


The amazing 12 Apostles

26/05/2010 5.30 am

Aku dah bangun dan bersiap. Perlu berkejar ke airport untuk ke lcct dan seterusnya ke Melbourne. Aku sebenarnya sangat teruja dan takut. Ini kali pertama aku perlu ada dalam flight pada tempoh yang lama. 8 jam. Puas tido weh!


27/05/2010

12.45 am


Selamat tiba di Melbourne, perubahan suhu yang mendadak sememangnya sudah di jangka. Aku n da gang dah siap pakai winter coat. Kami semua tergelak2 dengan melihat sorang2 bercakap dengan asap keluar dari mulut.



8.00 am

Keluar dari Malaysian Hall, hanya berlima. Paul, travel agent kitorang bawak kitorang berlima ke pasar berdekatan untuk bekpes. Oleh kerana tugas bermula pukul 11.20, kitorang berlima sangat excited untuk pulang ke Malaysian Hall dengan berjalan kaki.


Paul : This is the high street, dont use this road if u want to going back to Malaysian Hall. Just use the pedestrian street. It's easy, I'll show u


Kami berlima : * dengan konfidennya mengangguk dan mendengar sambil tidak mendengar apa yang di katakan oleh Paul*


Apa yang di takuti akhirnya jadi kenyataan, kami berlima sesat dan tak jumpa jalan ke Malaysian Hall. Jam sudah pukul 11.00 am, hanya tinggal 20 minit sebelum bas bergerak dan meninggalkan kami berlima.One of our member cuba check peta dalam itenary yang di berikan. Rupanya itu peta seluruh Australia dan sebenarnya sangat tidak berguna. No. phone atau alamat Malaysian Hall pun takde. Cuak, panik, susah hati semuanya ada. Tapi.. aku cuma tergelak dalam keadaan cuak. Aku rasa yakin kitorang semua boleh balik semula ke Malaysian Hall.

Dalam sesat2 tu pun sempat lagi bergambar kat mana2 port yang di rasakan cantik. Puan M, selaku yang paling berusia di antara kami berlima berusaha sesungguh hati mencari jalan balik. Kami singgah semua kedai Malaysian Cuisine.Tapi.. sememangnya MH ( Malaysian Hall ) langsung tidak di kenali oleh local atau pun bukan local. Sudahnya, Puan M call ke Malaysia dan mintak alamat MH. At least boleh kami tanya orang berdasarkan alamat. Dah penat sesat dan berjalan selama 2 jam lebih tiba-tiba aku tengok Puan M berlari, aku naik heran.. tapi ikut berlari sama. Berlari samil tergelak.. rupanya Puan M kejar posmen untuk tanya alamat. Memang lawak gile. Dan rupanya MH tu sangat dekat dengan kami dan kami dah nampak bas dah sampai untuk ambil geng yang lain dari MH. Kitorang semua terus berlari sekuat hati kejar bas pulak. Heheh sib baik sempat naik bas. Naik je atas bas kitorang semua kena marah dengan big big big bos. Big3 bos ingat kitorang terlewat bangun. Dia tak tahu kitorang sebenarnya dah sesat. kekekke.



8.00 pm

Kami sudah di lepaskan untuk aktiviti sendiri. Sebenarnya sebelum ke Melbourne, aku dah cuba contact seorang kawan mukabuku aku kat sana. Aku ingat senang nak dapat internet. Rupanya susah. Malam ni, aku akhirnya dapat guna internet dan dapat contact Hilmi. Yess! I'm eager to meet him.


28/5/2010

Segala kerja-kerja sudah selesai pada jam 1.00 pm, kitorang free sampai ke malam. Aku msg Hilmi dan akan jumpa dia malam ni. Kami keluar bertujuh pulak, semua sebenarnya ada 26 orang. Yang bertujuh ni nk ikut aku sebab aku bagitau Hilmi akan bawak kami jalan-jalan. Aku sebenarnya berdebar sebab ini first time aku jumpa dia. Tak boleh nak agak dia macam mana. Cuma aku dapat rasa dia baik. Kami semua bersetuju nak jumpa Hilmi di Norsiah Cafe. Aku membelakangkan Hilmi masa dia masuk dan tegur kami semua. Oh! Dia sangat baik ati dan cute.Hilmi bawak kami semua jalan-jalan di Lygon Street dan ke Yarra River. Masa ni aku sangat sakit hati sebab camera sangat tak cantik untuk pemandangan waktu malam. Aku ajak Hilmi join group kitorang untuk ke Philips island n Great Ocean.


29/5/2010


Hilmi, text kat aku cakap dia akan join kitorang. Aku sebenarnya sangat hepi. Sebelum ke Philips Island, tourist guide bawak kami jalan-jalan keliling Melbourne City. Kami berhenti di ACMI, Federation Square, dekat bangunan parlimen dan taman apa tah aku lupa. Aku sempat beli sebuah buku untuk diri aku sendiri suggested by Hilmi. Perjalanan ke Philips Island sebenarnya dekat 2 jam. Walaupun mengantuk dan penat, aku berusaha untuk tak tido dan tengok pemandangan sepanjang jalan. Pengalaman yang paling menarik di sini ialah tengok penguin yang sangat comel pulang ke pantai. Oleh kerana kawasan ni tepi pantai.. so, memang sangat-sangat sejuk. Sampai sekarang aku teringat penguin yang berjalan terkodek2 tu. Owh! semasa nak masuk ke sini, kami di larang keras menggunakan kamera. So.. aku tak amik pic penguin. Rupanya baru aku tahu lepas tu, mata penguin sangat sensitif dengan flash kamera dan menyebabkan dia buta, seterusnya mati. Kesian sangat, aku rasa nak cekik2 orang lain yang curi2 amik pic penguin kat situ. Jahat betul korang ni!. Kami sampai ke Melbourne City dalam jam 9.00 pm, aku samung berjalan2 with Hilmi. Melihat pemandangan Melbourne di waktu malam.


30/5/2010

Kami semua bertolak ke Great Ocean jam 9.00 am, sebab perjalanan ke sana memakan masa selama 4 jam. Ngantuk jugak sebenarnya sebab aku dah balik ke MH agak lewat sebab berjalan sesungguh hati.Sepanjang perjalanan aku sangat teruja dengan pemandangan bukit yang cantik dan kuda yang pakai baju?.. hehe. Kami berhenti kat Great Ocean Road n Apollo Bay untuk solat n makan tengahari. First time ever dalam hidup aku, aku rasa macam makan dalam peti ais. Jari semua sejuk beku. Makan pun ketar-ketar. Tapi pengalaman yang sangat seronok dan aku takkan lupa sampai bila2. Masa sampai di 12 Aposltes hati aku macam melayang. Subhanallah.. sangat-sangat cantik. Sampai bila amik pic pun nampak macam super impose.Selepas kegembiraan mensnap pic di 12 Apostles kitorang ke Loch Ard Gorge. Kat sini pun sangat cantik, kitorang semua jadi budak-budak berlari-lari dan snap macam-macam pesen pic. Aku sempat rakam satu video di sini sebelum bateri camera aku kong. huhuhu




Video ni aku amik masa kat Loch Ard Gorge, ada kesilapan fakta dalam video.. kakaka. Dari Lorc Ard Gorge kami terus ke airport. Dalam perjalanan balik ni semua orang diam je. Masing - masing dah kepenatan dan tertidur.



31/5/2010
7.00 am

Kami semua selamat sampai dan aku sudah merindui Melbourne.



p/s : Nanti aku upload pic menarik di Melbourne. Hidup aku dah kembali normal dan esok aku akan ke opis. Banyak perkara yang aku pelajari kat sana.Ya Allah...alhamdulillah..syukur ke atas segala nikmatmu,aku mohon padamu Ya Allah semoga aku menjadi hambamu yang bersyukur

Thursday, May 20, 2010

.: wajah yang mendamaikan :.

2 minggu ni.. hidup aku agak terkejar-kejar. Outstation demi outstation yang beratur.Penat,sakit pinggang dan lenguh kaki, tak payah di cerita. Aku ingin berkongsi yang gembira dan positif :). Dalam keadaan terkejar-kejar ini aku bertemu beberapa wajah yang mendamaikan. Dan sebenarnya aku amat gembira :).

Pendang Lake Resort

Cantik kan? Sangat mendamaikan. Subhanallah

Kat sini sementara menunggu kerja-kerja yang bakal di buat, aku terjumpa si comel ini.

comel!

Adik-adik yang bekerja di cafe yang bawakan si comel ini kat aku setelah melihat aku bermain dengan salah seekor kucing kat sini. Bila aku tanyakan nama si comel ni, derang semua gelak dan memberitahu comel ni tiada nama lagi. So.. aku namakan dia Adamaya ( hehehe.. setelah aku tahu nama ibu kucing ni Na o Mei :D). Sangat hepi bermain dengan comel ini seekor.

Kuala Lumpur

Aku kat sini!

Rasanya tak payah cakap la kat mana kan? Aku kat sini sampai hari rabu (12/5), seterusnya aku amik cuti hari khamis dan pulang ke kedah hari sabtu. Masa tunggu abang aku balik ( aku tak boleh masuk rumah dia sebab dia tukar kunci rumah ) aku berjumpa si comel ini pulak.


cik cut

Dia datang berlenggang ke arah aku dan mengiau. Geram sungguh aku tengok cik cut ni . Owh! nama ni abang aku yang bagi, aku pun tak tahu kenapa. Tengoklah dia menemani aku menunggu abang aku balik. Sangat comel bukan?

Dan hari-hari terakhir aku di kl, aku berjumpa wajah yang paling mendamaikan, budak kecik comel ini

Qaseh Qalesya

Budak kecik berlesung pipi di kedua belah pipinya ni sangat comel dan sangat menenangkan aku bila tengok keletah dia. Aku bermalam di rumah Qaseh dan tidur di sebelah katil dia. Bila sesekali Qaseh berguling dalam katilnya dan menenyeh2 hidungnya aku terjaga. Yup, aku mudah terjaga. Ibu Qaseh lena sebelah kiri aku dan Qaseh sebelah kanan aku. Aku tengok je Qaseh, risau takut dia terjaga dan tidak selesa. Sudahnya pukul 3 pagi, Qaseh bangun dan mintak susu.Dia tidur sebelah kanan aku pulak. Bila aku bangun pukul 6.30 pagi untuk subuh, bukak mata je.. aku nampak seorang bayi depan mata aku.. aku tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku. Sangat-sangat tenang dan mendamaikan ... :)





p/s: Qaseh, Cik Hena rindu sangat kat Qaseh

Aku sangat tidak bersedia untuk outstation yang seterusnya. Beberapa perkara yang muncul membuatkan aku di suruh senyum oleh semua orang. Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang. Kerana tempatnya di luar negara :)

Friday, May 7, 2010

.: tired :.


5/5/2010, 4.30 ptg ....adalah saat yang membahagiakan apabila aku berjaya menyiapkan report dan menghantarnya. Rasa macam baru lepas bayar hutang sejuta.Setelah 2 minggu aku berada dalam keadaan yang pening2, mamai dan berada di dalam dunia aku sendiri. Selama 2 minggu tidur sangat lewat sehingga 2 3 pagi dan bangun semua 5 pagi, mata tak boleh bukak, hampir gastrik semula dan macam-macam lagi. All I ask just one fine day to rest. But it's not gonna happen. Ini jadual aku bulan 5 ni:


6-8 Mei 2010
Pendang Lake Resort


8-15 Mei 2010
KL


17-18 Mei 2010
JB


26-31 Mei 2010
:)


6 Jun 2010
Kelas sudah bermula


Bila aku rehat?


p/s : I'm really tired.....Owh! poket aku juga tired :(

Saturday, April 24, 2010

.: dalam hati ada .....? :.


Sebenarnya aku terbaca status seorang kawan di YM, dia text "dalam hati ada taman"



So, aku pun tanya dia. Setelah menjadi csi yang tak berapa pakar aku pun mendapat jawapan. Rupanya ayat tu adalah dialog dalam cerita Adnan Sempit. Aku tak tengok lagi cerita ni. Entah la kenapa, bila baca tajuk filem tu, tak terasa nak tengok pun. Walaupun aku tahu dan sudah di beritahu berkali-kali bahawasanya cerita ini sangat la kelakar tergolek-golek.



Berbalik kepada tajuk entry, aku terus terfikir-fikir apa yang ada dalam hati aku sekarang?.Hurmm...



1. Aku serabut, sebab terlalu banyak kerja yang datelinenya sudah hampir

a. Report pratikum yang perlu di hantar pada 2/5/2010
b. Take home exam yang perlu di hantar pada 2/5/2010
c. Paperwork yang perlu di hantar pada 25/4/2010, iaitu esok


2. Dalam hati aku tengah ada perasaan sakit hati dan menyampah pada seorang laki orang yang sibuk mengorat aku. Rasa macam nak campak dia dalam laut bagi makan jaws. Aku tak layan pun dia tak faham bahasa. Jadi..? Apa yang dah aku buat? Aku buat seperti dia tidak wujud dan meneruskan hidup seperti biasa. Aku tak minat untuk menyakitkan hati aku sendiri dalam tempoh yang lama.


3. Dalam hati aku terasa rindu sangat dengan femli dan setelah semua report di hantar.. aku akan cuti dan pulang ke terengganu. Yes!!



4. Dalam hati aku sekarang aku rasa ada
missing part tapi aku tak sure apa.



5. Oleh kerana aku ini seorang yang santai, aku masih ingin bermain-main walaupun kerja sudah menimbun. Aku tak reti untuk fokus kepada sesuatu perkara terlalu lama. Aku take a break sekarang ni dengan menulis blog dan menyuruh pakse pakcik ni lukis muke aku.




Heh!


Masa mengarut sudah tamat. Jadi aku perlu samung buat kerja aku. Caiyok!Caiyok!



P/s: Aku tak bayar pun upah kat pakcik tu lukis muke aku :(. Jahat kan?

Tuesday, April 13, 2010

.: kolestrol oh kolestrol :.


Di tempat kerja aku, semua staf yang berusia 40 tahun ke atas di sarankan untuk membuat profile kesihatan. Ye la, dah semakin berusia, jadi kesihatan sangat perlu di jaga. Maka, ramailah staf yang pergi membuat profile. Berduyun-duyun.



Lebih kurang seminggu, result profile akan di hantar ke jabatan. Aku yang tak cukup umur membuat profile ni menjadi teruja. Teringin gak nak buat. Lebih-lebih lagi setelah mendengar berita ini:



Kakak opis aku : "Eh, Cik Hena, tau tak? En. Polan bin Polin tu.. yg keje kat jabatan tak bole blah tu, kurus macam Cik Hena
gak, tapi........ kolestrol dia tinggiiiiii!!"*samil kedip-kedip dan beliak mata kat aku*


Aku : Erk!*gulp*


Kakak opis aku : Eii.. takut kan Cik Hena, ingatkan kurus tu sihat. Tapi.. rupanya banyak kolesterol. Sebab tu la berat tak naik
walaupun makan banyak


Aku :*pensan*



Aku pulang ke rumah dengan azam yang kuat untuk mengawal pemakanan dan nak buat profile.Tetapi usaha untuk membuat porfile gagal kerana tak cukup umur.Apa ni? Ingat orang yang umur 40 je ke yang jaga kesihatan?Orang muda pun jaga kesihatan gak lak.


Huh!


Jadi, pagi sabtu yang damai lagi indah aku telah memulakan menu sihat aku.



Sarapan pagi - roti celup telur bakar



Lunch- sup telur


Cucur ikan bilis n keropok untuk minum petang

Nota : cucur ikan bilis di campur telur




p/s: Aku dah tak bole tengok telur. Rasa nak keluar isi perut.