Monday, October 11, 2010

.: rumput yang hijau :.

Ada rakan di FB letak pada statusnya,

"why does the grass always look greener on the other side?
sebabnya we dont have it.."


Dan bagi aku, kenapa rumput nampak lebih hijau di laman orang lain.... kerana itu lah yang kita ingin percaya. Kemudian, kita mula bertanya " kenapa hanya aku?". Soalnya.. pernahkah kita bertanya pada orang lain?. Betulkah hanya aku?



Dulu, ada seorang blogger yang sangat aku suka. Setiap hari aku akan masuk ke blognya yang di apdet hampir setiap hari. Dia sangat muda berbanding pengalamanya. Aku adore dia kerana kematanganya yang langsung tak setara dengan umurnya. Rupanya dia lagi muda dari aku, dia seorang pelajar di UIA dan pengidap kanser darah. Ketika nyawa sudah hampir ke penghujung usia, humaira yang di kasihi mengandung di luar nikah dan dia dituduh melakukannya. Walhal mana mungkin kerana humaira kesayangan sudah hampir setahun di bumi US, sedangkan dia di sini. Aku ikuti setiap ketabahan dia dalam mengharungi segalanya.. hinggalah suatu hari tiada lagi cerita terbaru dari blognya hinggalah ke hari ini. Dan.. aku tahu dia sudah tiada.



Mungkin ada kalanya kita sudah patut berhenti memandang ke atas dan memikirkan perkara yang kita belum dapat.



Seorang lagi rakan di fb yang sedih mengenangkan nasib yang masih belum berkahwin. Aku dan dia sama umur dan dalam batch kami, hanya kami berdua yang belum berkahwin. Sebetulnya aku sudah sangat bosan dengan persoalan ini. Kenapa nak di kenangkan sesuatu yang tidak dapat dan lupa tentang segalanya yang kita ada?.Oleh kerana dia ustazah, lalu di timbulkan pulak persoalan bahawa perempuan yang berkahwin itu dapat lebih banyak pahala dari yang bujang. Dan jawapan dari aku.. mungkin kita patut belajar untuk redha dan menerimanya segala yang terjadi kerana pasti ada hikmahnya.




p/s: Adakalanya kita menangis kerana kehilangan sepasang sepatu, tanpa kita sedari ada insan lain menangis kerana kehilangan sepasang kaki

5 comments:

jo said...

sebab kita selalu tak bersyukur dgn apa yang dah diberi. makanya, segala yang ada pada orang lain nampak lengkap dan perfect. tapi sebenarnya, mesti ada kurang dekat mana-mana. sebab aku percaya Allah itu Maha Adil.

WOLFMAN said...

apa yg Allah dah beri kpd kita sebenarnya yang terbaik untuk kita dariNya kerana Dia lebih mengetahui.

alhena said...

jo:
yup ur rite.Kita dah di beri segala macam nikmatnya, tapi tetap nampak yang kita tak dapat.


Is:
aha, aturan hidup ni rahsia. kita takkan dapat tahu on da spot :)

Anonymous said...

andai kita perasan,
dunia ini lebih fiksyen dari cerita reka yang luar sana.
lebih bagai kontang kanting susunnya.
dan perit, lebih pedih sakit menghiris dalam.

kesal?

ah.
bukan.
sebenarnya, semua ada sebab hadir.
ada alasan wujud.
dan semua bawa kita pada Maha Esa dan Syurga-Nya bukan?

ikutlah.
pengajaran ada di mana-mana.
dunia ini sendiri kitab luas yang terbentang.
asal tafsir pandang kita tak terpesong, jadi orang lah kita.

insya'Allah

alhena said...

aj:
terima kasih atas ingatan demi ingatan. sesungguhnya manusia ini mudah lupa dan perlu di ingatkan selalu :)