Friday, March 26, 2010

.: Hepi besday version ramli sirap :.





Video ni aku dedicated khas for my little bro. Hepi besday dear.
Dengarlah lagu besday version ramli sirap. Ye. Harap maklum.. suara masih belum baik. Kerana masih lagi batuk dan selsema



p/s: sapa lagi nk lagu besday?

Sunday, March 21, 2010

.: kenapa aku suka western food? :.

Aku sebenarnya baru balik dari klinik. Walaupun demam pada hari rabu (17/3) lepas n dah siap kebah.Kemudian diikuti pula dengan batuk, sakit tekak n sakit kepala. Aku baru mengambil keputusan hari ini ( ahad 21/3)untuk ke klinik.

Banyak betul ubat


Huh!


Memang tak bole bagi kat aku kalau nak buat keputusan. Lambat benor dapat resultnya.Ini semua gara-gara alergik aku. Cite pasal ni lagi kan?. Aku pun dah naik menyampah.



Ok. Tapi.. kali ni aku sendiri yang salah. Rabu lepas aku terjatuh cinta tengok ikan pari bakar. Aku pulak lama dah tak makan. Last time masa aku form 6 dulu. Sekarang aku dah kerja ok?. Punya la lama. Aku ingat dulu aku makan tkde apa2 kesan pun. Dats y aku try makan lagi. Rupanya.. aku alergik jugak dengan ikan pari ni. Petang tu aku terus sakit tekak n malamnya aku terus demam. Tekak aku sakit betul, sampai nak bercakap pun sakit. So.. aku terpaksa menjadi pendi
am dan menjadi perempuan yang sangat berjurus, ayu dan sopan walaupun muke tak berapa nak senyum ( ada pernah tengok orang tak sihat tersenyummmm.... je? ).

Sebenarnya inilah yang menyebabkan aku tak berapa nak suka makan masakan local. Aku jarang makan nasi n takde masalah pun dengan itu. Selalunya kalau aku keluar makan n order di kedai
makan.. aku akan menghadapi situasi seperti berikut :

Aku : Adik, tolong bagi mee bandung letak AYAM SAHAJA ye?. Saya alergik seafood


Adik itu : Ok kak! Beres!



Dan bila mee bandung tu sampai depan mata, belek punya belek, jumpa sotong, udang dan yang sewaktu denganya. Apa masalah ko? Dapat BM 7 ke masa spm dulu? Aku pun dapat 7 jugak ( kantoi ) tapi.. aku rasa ayat aku tu sangat jelas lagi bersuluh. Ataupun betul2 aku kena suluh muke aku dengan lampu terlebih dahulu sebelum menuturkan s
ebarang ayat pun aku tk tahu la.


Dan situasi itu berlaku berlaki2 ..Eh! Berkali2 sampai aku naik fed up. End up dengan aku cuma teguk air dan tengok orang lain makan. Aku tak nak makan dah kalau dia fix semula masakan tu. Aku tahu, dia cuma buang udang, sotong dan sewaktu dengannya. Aku tetap a
kan menerima kesan dari itu.


Sebab tu.. aku lebih suka western food. Aku tahu dan dapat bezakan dengan jelas, yang mana betul2 takde seafood yang mana ada seafood. Kalau makan ciken cop, aku dah tau, itu memang
ayam dan takde letak belacan punya. Confirm!. Kalau makan pijja pun.. aku tak akan amik yg ada seafood. Senang cerita.


Tadi doc cakap.. tekak aku dah luka. No wonder la sakit sangat. So.. aku akan menjadi seorang perempuan yang sangat berjurus, baik , sopan dan ayu. Oh!.. aku juga tak akan menjadi pembebel sepanjang minggu ini.




So.. hari ni, walaupun sakit tekak. Aku tetap nak masak macaroni sup.


Semuanya dah kembang, gara-gara aku terlupa letak kentang...hehe


Jom makan! Lepas makan ubat, aku nk pensan!



p/s : Ada ke patut doc bagi ubat spesis jenis nak kemam?. Nak telan ubat lain pun, aku kena minum air manis. Inikan pulak nk kemam??.Confirm! Ubat tu takkan habis!

Saturday, March 13, 2010

.: sandy beach resort :.

Minggu lepas aku sangat bz, kerana terpaksa memangku kerja-kerja jawatan 52. Aku ke Sandy Beach Resort Penang untuk berbengkel. Sangat menyakitkan kepala otak. Tapi.. sedikit gembira melihat view di sini yang sangat cantik. Dan macam biasa, pantai memang selalu mengujakan aku walaupun aku fobia tengok air laut. Ini antara pic yang aku snap semasa di sana.


Pandangan dari balkoni bilik aku, cantik kan?



Sesudah subuh, aku snap pic ni, dalam 6.40 pg. Siap dalam telekung sembahyang lagi.. kekekek :D


Perasan tak? Ini pic pantai, nampak tak cahaya matahari baru nak muncul. Sungguh teruja melihatnya!


Konon-konon kreatif la ni, amik pic celah daun pokok kelapak. Padahal fokus aku sebenarnya adalah mamat yang sedang berlari tu.. kekeke




p/s : Aku amat berharap minggu ni aku tidak ada apa-apa program. Sudah lama tak rehat..rindu bantal!

.: seloka sara liona :.


Seloka ini di cipta untuk menyertai contest ini. Aku pun terjatuh hati melihat Sara Liona yang sangat comel.


Watak yang terlibat dalam seloka ini ialah :



Sara Liona

Sepul Lion a.k.a kekasih Sara Liona yang melarikan diri ke Jepun bersama Kurosaki Ichigo ( bf I :D)



Ah Fatt, si pendengki kebahagiaan Sara Liona dan Sepul


Seloka Sara Liona


Tersebutlah kisah suatu cerita
Sara Liona yang duka nestapa
Meratap menangis berlagu hiba
Di dera oleh jantan durjana

Percintaan di halang sakitnya hati
Di paksa pula menjual roti
Untuk menyara jantan benggali
Ah Fatt panggilan nama pendengki

Setelah terpisah Sara meratap
Sepul, bilakah wajahmu dapat ku tatap
Tak tahan hatinya menanggung azab
Rindu pada Sepul tak dapat di ucap

Arakian Sepul pula membawa diri
Setelah Sara Liona berjumpa pengganti
Menyangka dirinya tak di hargai lagi
Ke Jepun bersama Kurosaki Ichigo sedia berbakti


Sekian lama hidup merana
Akhirnya Sepul mendapat berita
Sara Liona sangat tersiksa
Merindui Sepul sepanjang masa

Sepul merasa sangat bersalah
Membawa kesal yang tak sudah-sudah
Pulang ke Malaysia bersama sumpah
Tidak sekali akan mengalah

Misi menyelamat sudah bermula
Sara Liona, Ku dah tahu di mana
Di Wangsa Maju orang berkata
Sara Liona terkurung terseksa

Setiap pagi menjual roti
Dengan air mata berjuraian di pipi
Roti yang masin terkenal sekali
Menjadi bualan seantero negeri

Sepul menyamar penjual tepung
Manakan tahu mendapat untung
Bertemu Sara si pengarang jantung

Tindakan seterusnya akan disambung

Akhirnya kedua hati bersatu
Dalam pertemuan yang penuh syahdu
Sepul memandang Sara di situ
Menyeka air matanya tersedu-sedu


Lalu keduanya menangis gembira
Ke rumah Ah fatt di tuju pula
Ingin tamatkan seksa di jiwa
Ah Fatt, lepaskan Sara, kalau tidak kau kena!


Namun bukan semudah di sangka
Ah Fatt bengis tidak terkira
Sepul menukar alternatif pula
Memohon undi sms kepadanya

Nak tolong Sepul senang saja
Tekan 22342 itulah nombornya
Undinya perlu melebihi dua pertiga
Barulah Sara jadi miliknya

Apa lagi? Undilah sekarang!!!



Ah Fatt, satukanlah semula hati Sara Liona dan Sepul Lion. Insaflah.. huhu T_T



p/s: Ah Fatt, aku mintak maaf kalau ada kata yang buat ko sakit ati dalam seloka aku. Gurauan semata-mata :P

Wednesday, March 3, 2010

.: cikgu?!...Tak mau! :.

Isnin

1/3/2010


Seawal jam 8.30 pagi, P.A bos aku merangkap kawan baik aku kegelisahan macam kucing nak beranak. Dia ke hulu dan ke hilir dengan begnya sebelum masuk ke bilik aku.


P.a bos aku : Macam mana ni? Takde "pembebel". Bole tak kalau k.hena yang gantikan?

Aku : Nak kene bebel pukul berapa ni? Kat mana?

P.a bos aku : Pukul 11.00 pagi satgi, kat sekolah Samseng Kg Dusun.Tapi sebenarnya dia nak pembebel lelaki.

Aku : Hurm.. dah tu macam mana? Dah takde orang. Takpe lah.



Dipendekkan cerita, aku terpaksa menggantikan opismate untuk sesi bebelan itu. Oleh kerana baru di beritahu, aku kalut menyediakan slide. Jam 11.00 pagi aku baru siap slide. Tapi sebab sekolah Samseng Kg Dusun tu tak jauh sangat, aku tak begitu susah hati. Aku dah pesan kat P.A bos mention kat cikgu sekolah tu aku sampai lewat sedikit.



11.30 pagi aku dah sampai ke sekolah tu. Cikgunya tersenyum menyambut aku. Dari bawah aku sebenarnya dah mendengar pelajar-pelajar sekolah samseng kampung dusun sedang menjerit-jerit. Aku masuk je dewan, aku terkejut sebab semuanya lelaki. Baru aku faham kenapa diorang nak pembebel lelaki. Dan semuanya berjumlah 300 lebih orang. Ye.. macam biasa oleh kerana aku ini CIK.. maka aku di sambut dengan siulan dan macam- macam jeritan.


Sepanjang sesi bebelan aku, aku tak berjaya untuk kontrol keseluruhan kumpulan tu. Ye. Sebab bilangannya ramai dan mereka adalah pelajar sekolah menengah. Ditambah pula.. kesemuanya lelaki. Aku naik ngeri bila melihat guru disiplin menjerit2 marah meminta mereka behave.Macam-macam ragam ada, yang main baling botol, yang main kapal terbang kertas, yang mencarut, yang tido, yang pensan, yang tolak-tolak kawan dan macam-macam lagi.Yang paling aku ngeri ialah mereka mencarut. Takut memikirkan kalau aku ada anak nanti (bf pun takde, berangan lebih pulak, kakakka)


Aku tak jangka untuk mendapat pelajar yang baik dan mendengar,sebab aku faham mereka semua pelajar di peringkat remaja. Berada dalam tempoh masa 'storm n stress'.


Aku juga pernah remaja, tapi oleh kerana aku ni perempuan aku rasa aku agak baik. Biasanya lepas waktu rehat, geng aku seramai 6 orang akan hilang dari kelas meninggalkan aku dan beberapa kerat yang lain untuk teruskan belajar.Itu dah kira sangat nakal dah tu aku rasa.


Aku bukan tak pernah mengajar. Dulu aku mengajar pelajar sekolah menengah dan rendah. Tapi.. alhamdulillah pelajar aku semuanya yang baik-baik dan tak nakal sangat.


Melihatkan pelajar yang nakal sebegini menyebabkan aku sangat bersyukur kerana aku memang tak pernah minat untuk jadi guru (refer kepada cikgu sekolah menengah). Aku rasa cikgu adalah insan yang sangat penyabar dan sangat gigih. Aku tak rasa aku sesabar dan segigih itu. Ye. Betul. Aku sekarang sedang bekerja dengan pelajar. Tapi.. pelajar universiti jauh lebih matang dan baik. Kalau aku jadi cikgu aku rasa aku cepat dapat sakit jantung.



Dulu mak n abah aku suh aku jadi cikgu, aku jawab, "Tak Mau!!!!!"


p/s:Cikgu... terima kasih kerana telah mendidik saya, terima kasih kerana bersabar dengan saya, terima kasih kerana tak putus asa dengan saya...terima kasih atas segalanya...