Saturday, March 13, 2010

.: seloka sara liona :.


Seloka ini di cipta untuk menyertai contest ini. Aku pun terjatuh hati melihat Sara Liona yang sangat comel.


Watak yang terlibat dalam seloka ini ialah :



Sara Liona

Sepul Lion a.k.a kekasih Sara Liona yang melarikan diri ke Jepun bersama Kurosaki Ichigo ( bf I :D)



Ah Fatt, si pendengki kebahagiaan Sara Liona dan Sepul


Seloka Sara Liona


Tersebutlah kisah suatu cerita
Sara Liona yang duka nestapa
Meratap menangis berlagu hiba
Di dera oleh jantan durjana

Percintaan di halang sakitnya hati
Di paksa pula menjual roti
Untuk menyara jantan benggali
Ah Fatt panggilan nama pendengki

Setelah terpisah Sara meratap
Sepul, bilakah wajahmu dapat ku tatap
Tak tahan hatinya menanggung azab
Rindu pada Sepul tak dapat di ucap

Arakian Sepul pula membawa diri
Setelah Sara Liona berjumpa pengganti
Menyangka dirinya tak di hargai lagi
Ke Jepun bersama Kurosaki Ichigo sedia berbakti


Sekian lama hidup merana
Akhirnya Sepul mendapat berita
Sara Liona sangat tersiksa
Merindui Sepul sepanjang masa

Sepul merasa sangat bersalah
Membawa kesal yang tak sudah-sudah
Pulang ke Malaysia bersama sumpah
Tidak sekali akan mengalah

Misi menyelamat sudah bermula
Sara Liona, Ku dah tahu di mana
Di Wangsa Maju orang berkata
Sara Liona terkurung terseksa

Setiap pagi menjual roti
Dengan air mata berjuraian di pipi
Roti yang masin terkenal sekali
Menjadi bualan seantero negeri

Sepul menyamar penjual tepung
Manakan tahu mendapat untung
Bertemu Sara si pengarang jantung

Tindakan seterusnya akan disambung

Akhirnya kedua hati bersatu
Dalam pertemuan yang penuh syahdu
Sepul memandang Sara di situ
Menyeka air matanya tersedu-sedu


Lalu keduanya menangis gembira
Ke rumah Ah fatt di tuju pula
Ingin tamatkan seksa di jiwa
Ah Fatt, lepaskan Sara, kalau tidak kau kena!


Namun bukan semudah di sangka
Ah Fatt bengis tidak terkira
Sepul menukar alternatif pula
Memohon undi sms kepadanya

Nak tolong Sepul senang saja
Tekan 22342 itulah nombornya
Undinya perlu melebihi dua pertiga
Barulah Sara jadi miliknya

Apa lagi? Undilah sekarang!!!



Ah Fatt, satukanlah semula hati Sara Liona dan Sepul Lion. Insaflah.. huhu T_T



p/s: Ah Fatt, aku mintak maaf kalau ada kata yang buat ko sakit ati dalam seloka aku. Gurauan semata-mata :P

3 comments:

Monkey D Luffy said...

haha
aku suka si sepul
aku nak sepulllllllllllll

akan dinilai

Boneka Tak Sakit Self-ProClaim CasaNova said...

bangkai bersungguh ko nak menang! MELAMPAU!!! MELAMPAU!!

alhena said...

ah fatt: cepat carikan gf utk sepul :P


boneka: aku tk menang :(