Wednesday, March 3, 2010

.: cikgu?!...Tak mau! :.

Isnin

1/3/2010


Seawal jam 8.30 pagi, P.A bos aku merangkap kawan baik aku kegelisahan macam kucing nak beranak. Dia ke hulu dan ke hilir dengan begnya sebelum masuk ke bilik aku.


P.a bos aku : Macam mana ni? Takde "pembebel". Bole tak kalau k.hena yang gantikan?

Aku : Nak kene bebel pukul berapa ni? Kat mana?

P.a bos aku : Pukul 11.00 pagi satgi, kat sekolah Samseng Kg Dusun.Tapi sebenarnya dia nak pembebel lelaki.

Aku : Hurm.. dah tu macam mana? Dah takde orang. Takpe lah.



Dipendekkan cerita, aku terpaksa menggantikan opismate untuk sesi bebelan itu. Oleh kerana baru di beritahu, aku kalut menyediakan slide. Jam 11.00 pagi aku baru siap slide. Tapi sebab sekolah Samseng Kg Dusun tu tak jauh sangat, aku tak begitu susah hati. Aku dah pesan kat P.A bos mention kat cikgu sekolah tu aku sampai lewat sedikit.



11.30 pagi aku dah sampai ke sekolah tu. Cikgunya tersenyum menyambut aku. Dari bawah aku sebenarnya dah mendengar pelajar-pelajar sekolah samseng kampung dusun sedang menjerit-jerit. Aku masuk je dewan, aku terkejut sebab semuanya lelaki. Baru aku faham kenapa diorang nak pembebel lelaki. Dan semuanya berjumlah 300 lebih orang. Ye.. macam biasa oleh kerana aku ini CIK.. maka aku di sambut dengan siulan dan macam- macam jeritan.


Sepanjang sesi bebelan aku, aku tak berjaya untuk kontrol keseluruhan kumpulan tu. Ye. Sebab bilangannya ramai dan mereka adalah pelajar sekolah menengah. Ditambah pula.. kesemuanya lelaki. Aku naik ngeri bila melihat guru disiplin menjerit2 marah meminta mereka behave.Macam-macam ragam ada, yang main baling botol, yang main kapal terbang kertas, yang mencarut, yang tido, yang pensan, yang tolak-tolak kawan dan macam-macam lagi.Yang paling aku ngeri ialah mereka mencarut. Takut memikirkan kalau aku ada anak nanti (bf pun takde, berangan lebih pulak, kakakka)


Aku tak jangka untuk mendapat pelajar yang baik dan mendengar,sebab aku faham mereka semua pelajar di peringkat remaja. Berada dalam tempoh masa 'storm n stress'.


Aku juga pernah remaja, tapi oleh kerana aku ni perempuan aku rasa aku agak baik. Biasanya lepas waktu rehat, geng aku seramai 6 orang akan hilang dari kelas meninggalkan aku dan beberapa kerat yang lain untuk teruskan belajar.Itu dah kira sangat nakal dah tu aku rasa.


Aku bukan tak pernah mengajar. Dulu aku mengajar pelajar sekolah menengah dan rendah. Tapi.. alhamdulillah pelajar aku semuanya yang baik-baik dan tak nakal sangat.


Melihatkan pelajar yang nakal sebegini menyebabkan aku sangat bersyukur kerana aku memang tak pernah minat untuk jadi guru (refer kepada cikgu sekolah menengah). Aku rasa cikgu adalah insan yang sangat penyabar dan sangat gigih. Aku tak rasa aku sesabar dan segigih itu. Ye. Betul. Aku sekarang sedang bekerja dengan pelajar. Tapi.. pelajar universiti jauh lebih matang dan baik. Kalau aku jadi cikgu aku rasa aku cepat dapat sakit jantung.



Dulu mak n abah aku suh aku jadi cikgu, aku jawab, "Tak Mau!!!!!"


p/s:Cikgu... terima kasih kerana telah mendidik saya, terima kasih kerana bersabar dengan saya, terima kasih kerana tak putus asa dengan saya...terima kasih atas segalanya...

3 comments:

jo said...

hahaha...
sama la kita.
aku, memang takde talent langsung jadi cekgu. buat rosak anak bangsa je kang...

Ah Fatt said...

ko kerja bg ceramah ker?

alhena said...

jo:
part takde talent jadi cekgu tu sama aa ngan aku. part rosak anak bangsa tu.... ko saje je. jgn ngade2 pulak nk babitkan aku sama
hahahhaha :P


ah fatt:
aha. aku penceramah bebas. tunggu forum setengah perdana je jemput ni. tak jemput2 lagi :P