Sunday, March 21, 2010

.: kenapa aku suka western food? :.

Aku sebenarnya baru balik dari klinik. Walaupun demam pada hari rabu (17/3) lepas n dah siap kebah.Kemudian diikuti pula dengan batuk, sakit tekak n sakit kepala. Aku baru mengambil keputusan hari ini ( ahad 21/3)untuk ke klinik.

Banyak betul ubat


Huh!


Memang tak bole bagi kat aku kalau nak buat keputusan. Lambat benor dapat resultnya.Ini semua gara-gara alergik aku. Cite pasal ni lagi kan?. Aku pun dah naik menyampah.



Ok. Tapi.. kali ni aku sendiri yang salah. Rabu lepas aku terjatuh cinta tengok ikan pari bakar. Aku pulak lama dah tak makan. Last time masa aku form 6 dulu. Sekarang aku dah kerja ok?. Punya la lama. Aku ingat dulu aku makan tkde apa2 kesan pun. Dats y aku try makan lagi. Rupanya.. aku alergik jugak dengan ikan pari ni. Petang tu aku terus sakit tekak n malamnya aku terus demam. Tekak aku sakit betul, sampai nak bercakap pun sakit. So.. aku terpaksa menjadi pendi
am dan menjadi perempuan yang sangat berjurus, ayu dan sopan walaupun muke tak berapa nak senyum ( ada pernah tengok orang tak sihat tersenyummmm.... je? ).

Sebenarnya inilah yang menyebabkan aku tak berapa nak suka makan masakan local. Aku jarang makan nasi n takde masalah pun dengan itu. Selalunya kalau aku keluar makan n order di kedai
makan.. aku akan menghadapi situasi seperti berikut :

Aku : Adik, tolong bagi mee bandung letak AYAM SAHAJA ye?. Saya alergik seafood


Adik itu : Ok kak! Beres!



Dan bila mee bandung tu sampai depan mata, belek punya belek, jumpa sotong, udang dan yang sewaktu denganya. Apa masalah ko? Dapat BM 7 ke masa spm dulu? Aku pun dapat 7 jugak ( kantoi ) tapi.. aku rasa ayat aku tu sangat jelas lagi bersuluh. Ataupun betul2 aku kena suluh muke aku dengan lampu terlebih dahulu sebelum menuturkan s
ebarang ayat pun aku tk tahu la.


Dan situasi itu berlaku berlaki2 ..Eh! Berkali2 sampai aku naik fed up. End up dengan aku cuma teguk air dan tengok orang lain makan. Aku tak nak makan dah kalau dia fix semula masakan tu. Aku tahu, dia cuma buang udang, sotong dan sewaktu dengannya. Aku tetap a
kan menerima kesan dari itu.


Sebab tu.. aku lebih suka western food. Aku tahu dan dapat bezakan dengan jelas, yang mana betul2 takde seafood yang mana ada seafood. Kalau makan ciken cop, aku dah tau, itu memang
ayam dan takde letak belacan punya. Confirm!. Kalau makan pijja pun.. aku tak akan amik yg ada seafood. Senang cerita.


Tadi doc cakap.. tekak aku dah luka. No wonder la sakit sangat. So.. aku akan menjadi seorang perempuan yang sangat berjurus, baik , sopan dan ayu. Oh!.. aku juga tak akan menjadi pembebel sepanjang minggu ini.




So.. hari ni, walaupun sakit tekak. Aku tetap nak masak macaroni sup.


Semuanya dah kembang, gara-gara aku terlupa letak kentang...hehe


Jom makan! Lepas makan ubat, aku nk pensan!



p/s : Ada ke patut doc bagi ubat spesis jenis nak kemam?. Nak telan ubat lain pun, aku kena minum air manis. Inikan pulak nk kemam??.Confirm! Ubat tu takkan habis!

6 comments:

hisham said...

salam...tekak luke,,minum air suam byk2...jg anak tekak tu..hehe...u jg diri ok...bubye

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

mak aih.. secekak ubatnyer..
tak mintak mc sekali ker..

jo said...

kesiannya kat ko..meh datang jb..
aku belanja mekdonel.

alhena said...

hisham:
wslm, tengs 4 da petua. ok, i akan jaga diri i :p


azman :
awat? nk share separuh eh?.aku tk amik mc la :P


jo:
nakkk nakkk dan NNKKKKK!! :P

Kapten said...

feveret aku seafood
x serasi kita mcm ni
haha

alhena said...

ah fatt:
ye ke? alaa.. prust la aku..kakkakak :P