Monday, May 16, 2011

.: terima kasih cikgu :.


Pagi tadi sedang aman dan bahagianya aku makan kat ruang tamu rumah, tiba-tiba aku terlihat satu insiden yang sungguh haru. Sekumpulan budak sekolah (yang malas sekolah) berlari di depan rumah kemudian masuk dalam kawasan rumah dan pergi ke rumah jiran belakang. Tak sampai satu minit, seorang cikgu lelaki berkemeja putih dan bermotosikal sampai depan rumah aku jugak. Huhuhu.. di pagi hari guru yang bahagia, seorang guru mengejar sekumpulan (dalam 15 org rasanya) anak murid yang malas ke kelas ( mungkin juga telah berangan bahawa dengan tidak bersekolah, rezeki akan jatuh dari langit).


Setiap kali tiba hari guru, aku akan ingat seorang cikgu. Cikgu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Cikgu Abdullah. Saya rindu kat cikgu. Huhuhu


Aku bersekolah menengah di Kelantan. Kemudian bila femli aku pindah ke Kuala Terengganu, aku bersekolah kat sini la pulak. Aku jenis manusia yang tidak berapa pedulikan orang lain. Cikgu Abdullah ajar aku subjek ekonomi masa aku upper six. Satu subjek yang sangat janggal dan susah bagi aku. Sebab aku dulu aliran agama dan tak pernah kenal subjek ekonomi. Tambah pulak math aku masa SPM ialah 7. Kekekeke. Boleh bayangkan tak macam mana aku belajar ekonomi?.


Masa first day cikgu ni mengajar aku tak hadir ke kelas. Aku lupa sebab apa. Esoknya, bila aku ke kelas, kawan-kawan sibuk bercerita tentang seorang cikgu muda yang sangat comel. Aku?.Macam biasa, ada aku kisah?. Dalam tengahari Cikgu Abdullah masuk kelas aku dan mengajar. Aku tengok je dia. Ye la. Orangnya kecik, comel dan ceria. Aku perasan Cikgu Abdullah memang asik tengok aku (wakakaka perasan gile ). Maybe sebab dia terasa ada student yang dia tak pernah nampak sebelum ni. Terus laju je dia tanya aku

"awak student baru ke?"

"taklah, saya memang student sini"

"Saya tak nampak pun awak kelmarin?"

"ha'ah, kelmarin saya tak datang"


Esoknya nama aku terus di panggil dalam kelas untuk membuat latihan di papan hitam. Aku sebenarnya agak terpinga-pinga sebab aku tak rasa aku ada bagitau Cikgu Abdullah nama aku. Dan hari-hari seterusnya memang nama aku wajib di sebut dalam kelas. Aku pun tk tahu kenapa. Maybe nama aku best kot. Ada dua tiga orang kawan yang crush pada Cikgu Abdullah pandang semacam je kat aku. Huhuhu. Aku tak bersalah dalam hal ni.


Aku tak tahu kenapa Cikgu Abdullah suka sungguh panggil aku dalam kelas. Nak kata aku pandai, aku rasa aku macam biasa je. Tetapi oleh kerana subjek ni amat menakutkan aku, aku mmg sentiasa buat persediaan sebelum kelas. Buku latihan dan rujukan aku rasanya lebih banyak dari buku Cikgu Abdullah sendiri. Sebab setiap kali dia suggest buku latihan, aku lekas-lekas tersengih sbb aku dah ada buku yang disyorkan.


Satu hari Cikgu Abdullah buat kelas tambahan untuk pelajar yang di rasakan lemah dalam subjek ekonomi. Untuk aku yang tak pernah merasa pandai, aku terus join kelas tu jugak. Aku ingat lagi, aku sampai awal. Sampai kelas aku terus borak dengan kawan-kawan sambil tunggu Cikgu datang. Aku dok kat bahagian belakang kelas. Kelas yang bising tetiba diam menandakan Cikgu Abdullah dah sampai. Aku masih ingat baju yang cikgu pakai. Baju kemeja biru berkolar, berbelang kuning yang sangat-sangat lusuh. Aku terus diam dari borak bila aku sedar Cikgu Abdullah staring kat aku. Aku balas pandangan dia dengan wajah yang sangat blur n kemudian alihkan muka ke arah lain. Segan ngat aih tenung-tenung aku macam tu. Tetiba je Cikgu Abdullah cakap kat dalam kelas


"Ok, hari ni Alhena ajar kuantiatif. Dia terer. Semua orang pegi belajar dengan dia"


Aku terus rasa macam kena sakit jantung. Terkejut dan tergamam. Dan kawan-kawan... semuanya serbu aku!


Sebetulnya aku sangat marah bila Cikgu Abdullah kata macam tu kat aku. Aku tak pernah rasa aku pandai. Bila dia cakap macam tu, aku jadi sangat tensen. Seminggu selepas insiden tu, aku ada exam. Aku rasa macam nak menangis sebab tak boleh jawab subjek kegemaran aku. Ekonomi. Macam mana aku nak jawab bila Cikgu Abdullah 24 jam ada tepi aku?. Dan result yang aku tak harapkan jadi realiti. Aku fail paper ekonomi. Aku jadi sangat tensen. Masa Cikgu Abdullah bagi result pada aku, aku perasan dia tenung je aku dengan mata yang sayu. Aku ambil kertas dan gumpal-gumpalkan kertas tu depan dia dan sumbat dalam meja. Aku sengaja buat macam tu, sebab aku nak dia tahu aku sangat kecewa dan marah. Kemudian aku terus keluar kelas.


Esoknya, Cikgu Abdullah mintak semula paper aku. Aku kehairanan, tapi tetap bagi paper tu pada dia. Lusanya pulak Cikgu Abdullah masuk kelas dengan ceria, sambil tersenyum dia memberitahu dalam kelas bahawa aku lulus paper ekonomi. Ada sedikit kesilapan. Aku terus terdiam dan menyorokkan muke di belakang kawan aku. Tapi Cikgu Abdullah tetap mencari wajah aku dan bila dia jumpa wajah aku, dia cakap,


"Alhena..senyumlah.Result awak dah ok"


Terus jatuh sekali lagi jantung aku. Kekeke. Tak pernah lagi dalam seumur hidup aku ada orang mintak aku senyum.


Bulan seterusnya Cikgu Abdullah buat ujian dalam kelas. Aku macam biasa, dengan konfidennya menggoreng. Bila tiba masa berikan result, aku jadi hairan sebab Cikgu Abdullah bagi result aku yang paling last. Dan yang paling menarik, dia gulungkan kertas aku supaya kawan-kawan tak nampak result aku. Masa aku ambil kertas tu dari dia, dia sempat bisik pada aku,


"Alhena, nanti baca kat belakang ye?"


Aku hairan. Tapi angguk je. Sampai di meja, kawan-kawan pakat bising bertanyakan berapa markah aku. Rupanya aku salah faham soalan dan aku mendapat markah kosong. Bila aku pusingkan kertas aku ke belakang, Cikgu Abdullah ada tulis samting untuk aku,


"kegagalan adalah benih kejayaan"


Bulan seterusnya aku exam STPM. Aku calon persendirian, jadi aku exam di sekolah yang lain. Aku jawab exam ekonomi dengan sangat konfiden. Aku ingat lagi soalan yang keluar. Tentang inflasi. Petang selepas habis exam ekonomi, kawan baik aku call,


"alhena, mu tau dok?.Tadi Cikgu Dolloh cari mung. Ye tunggu depang pintu pagor. Tengok sorang-sorang. Aku last sekali. Pah tu ye tanya aku, mung g mana?Mung boleh jawab exam ke dok?"

"erk!"

"Ye mitok no telepon rumoh mu.Aku buwi aaa"

"ok"


Dan tak sampai lima minit lepas tu, Cikgu Abdullah call aku. Dia sangat risaukan aku. Aku boleh jawab ke tak or macam mana.


Bila keputusan STPM di umumkan, aku adalah pelajar terbaik ekonomi. Cikgu Abdullah call dan bagitau aku. Aku menangis gembira.


Cikgu Abdullah suruh aku ambil jurusan Ekonomi. Tapi, aku tk buat macam tu. Sebab aku rasa aku tahu keupayaan aku. Cikgu Abdullah dah tak mengajar lepas tu. Aku pun tak tahu dia ke mana. Pernah aku cuba contact dia semula. Tapi tak dapat.


Cikgu, terima kasih atas kepercayaan dan perhatian cikgu pada saya. Jasa cikgu takkan dapat saya balas sampai bila-bila. Saya sentiasa doakan cikgu sentiasa bahagia dunia dan akhirat. Walau sejauh mana pun saya pergi, saya tetap takkan lupakan cikgu. Terima kasih cikgu!

Saturday, May 7, 2011

.: kasut cinderella :.

Sebenarnya time ni aku tengah gigih ( ye ke?) menyiapkan tesis. Masalah utama aku ialah aku seorang manusia yang sangat susah untuk fokus buat satu-satu benda sebab aku mudah boring. Untuk study aku perlukan pelbagai tempat. Aku study di library, study di meja dalam bilik, study depan tv ( erk! which is lebih banyak tengok tv), study atas katil (krohh..krohhh), study di opis. Huh! banyak kan tempat study aku?. Tempat yang aku tak try untuk study setakat ini cuma, dapur dan bilik air sahaja. Sangat tak seswaaaii ok?.


Itu dari segi tempat, dari segi penggunaan masa pula, aku cuma boleh fokus lebih kurang 30 minit sahaja. Kemudian aku akan kacau orang selama 5 minit, melalak, tengok youtube, makan atau merapu. Adakah aku pengidap ADHD? No!No!. Aku normal, cuma sedikit gedik. Sekarang ialah masa merapu aku. Apa yang telah aku buat? Aku pergi belek kasut ini. Kasut cinderella yang comel ni aku beli tahun 2009. Tapi cuma di pakai 2 kali sahaja.

Comel kan? Macam tuannya (kekekek)

Kenapa belek kasut ni? Semalam aku borak dengan kakak tersayang;


Aku : Kalau aku kawin nanti, aku kene ada banyak kasut la kan? Kasut untuk hantaran, kasut masa bersanding?

Kakak aku : Yup! Kalau akad nikah kat luar, tambah lagi satu kasut.

Aku : Aha la, akad nikah di masjid terapung. Kwang kwang


Dan... aku dah ada kasut untuk akad nikah. Kasut cinderella ni la jawabnya..lalalalala....



p/s: Yes! I'm a bride 2 be :)