Thursday, March 26, 2009

.: untuk sekian kalinya.. .:.


Aku sebenarnya ada banyak blog sebelum ni. Sudah ada 5 blog. Blog ni, blog aku yg ke 6. Aku sebenarnya seorang yang amat sensitif dan mudah terasa. Aku bukan jenis gila kuasa atau pun minat politik. Aku ingat menjadi seorang pegawai di IPTA adalah satu kerja yang mudah..tapi sangkaan aku meleset. Aku ingat.. dengan tidak begitu berkira dengan staf dan meminta mereka menyelesaikan tugas yang aku berikan dengan baik akan memberi pulangan yang baik juga pada aku... tapi sekali lagi aku silap.

Aku bukan jenis yang suka berkira dan aku banyak memberi kebebasan.. malangnya kelembutan aku di salah anggap dan di pergunakan. Aku jadi sakit hati dan sedih. Aku rasa sedih bila aku rasa aku buat baik pada mereka... tapi ini yang mereka balas pada aku. Kalau aku ni jahat, mungkin aku patut kata " padan muke aku" .. tp?? Dengan keadaan sekarang apa yang perlu aku katakan untuk pujuk hati aku sendiri? A
ku tahu masalah aku ialah aku tidak asertif dan tidak tegas. Kesalahan mereka.. aku yang akan tanggung dahulu. Aku sudah jadi penat..dan semuanya berpunca dari aku sendiri...dan untuk sekian kalinya.. aku merajuk lagi...

Aku tk suka bila aku merajuk.. aku akan jadi apati pada perasaan sendiri. Mungkin sebenarnya aku perlu lari dari sini dan mencari angin luar untuk seketika. Aku terlalu penat dengan kerja dan stadi aku buat masa ini. Tak mengapalah wahai hati.Aku akan ke langkawi awal bulan 4. Aku akan cuba menenangkan hati aku sendiri nanti. Aku tahu aku akan berjaya..

Wednesday, March 25, 2009

.: Kucing yang signifikan dalam hidup aku :.

Aku dan kucing tk dapat dipisahkan sbb aku mmg suka kucing dan aku mmg sukakan binatang. Ada seekor kucing di opis yang manja dengan aku. Setiap pagi dia akan tunggu aku di pintu opis, nampak je aku sampai... dia terus mengiau dan berlari terkodek2 membawa perut dan tubuhnya yang besar mengikut aku.

Aku pangge dia Bam. Singkatan dari Tembam, sbb dia mmg bulat dan tembam. Bam ni, bulat sbb dia mengandung ru
panya. Aku mati2 kata dia obesiti ( buta betul aku ni.. nk kena jadi bidan kampung dulu kots?!).Aku pernah gaduh dengan mamak restoren bawah opis aku pasal Bam

Aku : Bam.. Bam..chu.. chu.. ( aku pang
ge bam masa nk bayar top up yang aku beli )

Mamak itew : Eh? itu kucing saya la.. kenapa u panggil?

Aku : Eh? tu kucing saya la.. nama dia Bam

Mamak itew : Tak.. nama dia jeya ( jeya?? hahahha adoii!!.. aku sakit perut gelak.. dalam hati je la.. gelak depan mamak ni kang dia baling roti canai lak kat aku. Bagi la nama komersial
lain kat kucing ni.. siyan sungguh!)

Mamak ni tk puas hati ngan aku .

Mamak itew : Jom kita lawan.. u pangge dia Bam..saya pangge dia Jeya.. kita tgk dia ikut sapa ( hahahha )

Aku : Ye la tuu ( samil jelir lidah )

Bam dah selamat beranak pun. Dan dia dalam proses nak menempatkan anak-anak dia di tempat yang selamat dan selesa. Dan salah satu tempat yang telah dia datang untuk buat pemantauan ialah bilik aku. Tengok la gelagat dia ...


Bam mintak izin aku dengan gesel2 kaki aku dulu


Bam tengah selongkar belakang langsir.. kot kot ada port menarik..

Bam keluar dari bilik aku setelah kuciwa kerana tkde port yang sesuai untuk letak anak.. tsk tsk..

Monday, March 16, 2009

.: lagu bulan ini :.




Kelmarin aku marah.. hari ni aku ok je :p.

Aku di opis sekarang menyetelkan semua kerja-kerja yang sungguh bertimbun. So.. aku break sekejap dengan menaip entry ni. Aku suka lagu Nabila Huda - X -Ray, ni sekarang. Lagu ni rancak dan ceria. Aku letak kat sini lagu ni.Sapa nak download sila klik download



Saturday, March 14, 2009

.: aku tengah HOT..:.


Aku ada kenal seorang lelaki yang amat-amat suka mengganggu aku ( aku ckp dia mengganggu sbb aku tk suka dia ). Dia akan cuba msg aku dengan macam-macam topik. Oh! kita start dari awal dulu ye? Macam mana aku kenal dia ( aku tgh HOT semasa entry ini di taip ).

Dia juga seorang blogger, dan merupakan kawan kepada kawan baik aku. Masa aku mula kenal dia, aku rasa dia ok je. Tapi aku cukup tk suka.. pesen orang yang baru kenal dua hari dah nk bercinta (apa kes?!). Time tu aku ingat lagi aku kat KL tengah bersoping sakan ( duit aku ye? tk mintak duit org lain walaupun seposen ). So dia msg la tanya aku :

Dia : Awak soping apa tu?

Aku : Sy tgh pilih perfume ( aku mmg tgh cari perfume masa tu )

Dia : Awak nk beli perfume apa tu?

Aku : Saya tgh tgk samada nak beli Givenchy Summer Cocktail, Gucci Envy Me or Hugo Femme. ( aku dah pening kepala masa ni )

Dia : Ooo awak mesti terer tentang perfume. Tolong la beli baju East India kat saya.

Aku : ???? saya ppuan ke awak ni ppuan? mintak2 pulak dengan saya. Saya sendiri pun tk suka mintak dengan org.

Dia : Awak tolong top up kat sy RM50 bole?

Aku dh mula start sungguh2 tidak suka dengan pisau cukur mcm ni. Engkau lelaki okey?? Dia seorang lelaki yang berusia 31 tahun yang masih bergoyang kaki kerana merasakan ibu bapanya sungguh kaya untuk menanggung hidup dia. Aku tak nafikan dia pernah kerja. Tapi, walaupun sudah di berhentikan kerja.. dia masih merasa sungguh bahagia dan siap pergi KL untuk bersoping.

So Mr.N ni tetap hntr msg kat aku walaupun aku sungguh amat sungguh ( penekanan kepada ayat membuktikan kesungguhan ) tidak suka membalas msg nya. Malah kebanyakan msg aku biar saja. Tak sempat baca pun aku dah delete dulu.

Ok fine! Lepas tu satu hari dia msg lagi, dia bgtau kereta baru dia dh sampai. So aku ckp ngan dia, pegi la melaram( aku balas setelah dia msg 2 or 3 kali ). Pastu dia bgtau kete tu sbnrnya kete ayah dia. Whatt!!?? yang ko beria sangat macam kete tu kete ko apahal???Dia ckp keluarga dia nk jaga status sbb tu beli kete mahal mcm tu. Hurmm baguslah.. sekurangnya ayah ko ada jugak status bukan macam ko kan?Lepas tu dia membayangkan lepas ni kete tu akan jadi milik dia.

Ada aku peduli???Lantak engkau la ko nk kete kebal sekalipun. Aku lebih berbahagia dengan hasil titik peluh aku sendiri. Tanpa mengharap org lain.

N petang ni dia msg lagi dan menyebabkan aku cukuplah bengang dgn dia. Dia tanya kenapa aku dah tk reply msg aku.. dan katanya kalau aku terus macam ni aku akan jadi andartu?!

Kenapalah mamat ni di kurniakan pemikiran sesempit ini dan sungguh tidak matured?! Dan kenapalah aku di pertemukan dengan orang macam ni? Sungguh sakit jiwa rasanya!

Moral of the story : Jangan sangka muke yang nampak matured itu matured. Huh!

Tuesday, March 10, 2009

.: rindunya di syurga :.


Ada satu blog yang aku ikuti sejak zaman aku belajar lagi hingga sekarang. Aku amat suka penulis blog ini yang jiwanya begitu halus dan tulus. Dia akan berbicara tentang apa sahaja dalam cara yang paling detail.Dia ada banyak perasaan yang telah lama hilang dari diri aku. Aku tk pernah jemu menjenguk blognya. Tapi.. entry yang terbaru berkisah tentang anaknya yang baru meninggal dunia. Amir Yusuf, baru berusia 8 bulan 7 hari..meninggalkan ayah, ibu serta kakaknya Najla. Sejak Amir Yusuf lahir.. aku tak pernah ketinggalan membaca setiap entry. Setiap kekuatan dan ketabahan yang terlahir dari bayi ini aku tak pernah lupa.Aku kagum dengan semangat Fajar dan Anis mengharungi segalanya.

Fajar dan Anis.. rindumu kini berada di syurga. Itu sudah pasti. Bayi semulus Amir Yusuf tidak mengerti apa itu dosa. Arwah akan berada di sana dan mendoakan ibu dan bapanya turut serta dengannya di sana nanti. Al-Fatihah buat Amir Yusuf.