Saturday, March 14, 2009

.: aku tengah HOT..:.


Aku ada kenal seorang lelaki yang amat-amat suka mengganggu aku ( aku ckp dia mengganggu sbb aku tk suka dia ). Dia akan cuba msg aku dengan macam-macam topik. Oh! kita start dari awal dulu ye? Macam mana aku kenal dia ( aku tgh HOT semasa entry ini di taip ).

Dia juga seorang blogger, dan merupakan kawan kepada kawan baik aku. Masa aku mula kenal dia, aku rasa dia ok je. Tapi aku cukup tk suka.. pesen orang yang baru kenal dua hari dah nk bercinta (apa kes?!). Time tu aku ingat lagi aku kat KL tengah bersoping sakan ( duit aku ye? tk mintak duit org lain walaupun seposen ). So dia msg la tanya aku :

Dia : Awak soping apa tu?

Aku : Sy tgh pilih perfume ( aku mmg tgh cari perfume masa tu )

Dia : Awak nk beli perfume apa tu?

Aku : Saya tgh tgk samada nak beli Givenchy Summer Cocktail, Gucci Envy Me or Hugo Femme. ( aku dah pening kepala masa ni )

Dia : Ooo awak mesti terer tentang perfume. Tolong la beli baju East India kat saya.

Aku : ???? saya ppuan ke awak ni ppuan? mintak2 pulak dengan saya. Saya sendiri pun tk suka mintak dengan org.

Dia : Awak tolong top up kat sy RM50 bole?

Aku dh mula start sungguh2 tidak suka dengan pisau cukur mcm ni. Engkau lelaki okey?? Dia seorang lelaki yang berusia 31 tahun yang masih bergoyang kaki kerana merasakan ibu bapanya sungguh kaya untuk menanggung hidup dia. Aku tak nafikan dia pernah kerja. Tapi, walaupun sudah di berhentikan kerja.. dia masih merasa sungguh bahagia dan siap pergi KL untuk bersoping.

So Mr.N ni tetap hntr msg kat aku walaupun aku sungguh amat sungguh ( penekanan kepada ayat membuktikan kesungguhan ) tidak suka membalas msg nya. Malah kebanyakan msg aku biar saja. Tak sempat baca pun aku dah delete dulu.

Ok fine! Lepas tu satu hari dia msg lagi, dia bgtau kereta baru dia dh sampai. So aku ckp ngan dia, pegi la melaram( aku balas setelah dia msg 2 or 3 kali ). Pastu dia bgtau kete tu sbnrnya kete ayah dia. Whatt!!?? yang ko beria sangat macam kete tu kete ko apahal???Dia ckp keluarga dia nk jaga status sbb tu beli kete mahal mcm tu. Hurmm baguslah.. sekurangnya ayah ko ada jugak status bukan macam ko kan?Lepas tu dia membayangkan lepas ni kete tu akan jadi milik dia.

Ada aku peduli???Lantak engkau la ko nk kete kebal sekalipun. Aku lebih berbahagia dengan hasil titik peluh aku sendiri. Tanpa mengharap org lain.

N petang ni dia msg lagi dan menyebabkan aku cukuplah bengang dgn dia. Dia tanya kenapa aku dah tk reply msg aku.. dan katanya kalau aku terus macam ni aku akan jadi andartu?!

Kenapalah mamat ni di kurniakan pemikiran sesempit ini dan sungguh tidak matured?! Dan kenapalah aku di pertemukan dengan orang macam ni? Sungguh sakit jiwa rasanya!

Moral of the story : Jangan sangka muke yang nampak matured itu matured. Huh!

2 comments:

boy said...

Hmmm betul la sengal mamat tu kan, harap2 awk berjaya menjauhkan diri dr dia....:)

alhena said...

boy - hehe mamat tu masih lagi berusaha untuk mendekatkan diri dia dengan saya..