Thursday, March 26, 2009

.: untuk sekian kalinya.. .:.


Aku sebenarnya ada banyak blog sebelum ni. Sudah ada 5 blog. Blog ni, blog aku yg ke 6. Aku sebenarnya seorang yang amat sensitif dan mudah terasa. Aku bukan jenis gila kuasa atau pun minat politik. Aku ingat menjadi seorang pegawai di IPTA adalah satu kerja yang mudah..tapi sangkaan aku meleset. Aku ingat.. dengan tidak begitu berkira dengan staf dan meminta mereka menyelesaikan tugas yang aku berikan dengan baik akan memberi pulangan yang baik juga pada aku... tapi sekali lagi aku silap.

Aku bukan jenis yang suka berkira dan aku banyak memberi kebebasan.. malangnya kelembutan aku di salah anggap dan di pergunakan. Aku jadi sakit hati dan sedih. Aku rasa sedih bila aku rasa aku buat baik pada mereka... tapi ini yang mereka balas pada aku. Kalau aku ni jahat, mungkin aku patut kata " padan muke aku" .. tp?? Dengan keadaan sekarang apa yang perlu aku katakan untuk pujuk hati aku sendiri? A
ku tahu masalah aku ialah aku tidak asertif dan tidak tegas. Kesalahan mereka.. aku yang akan tanggung dahulu. Aku sudah jadi penat..dan semuanya berpunca dari aku sendiri...dan untuk sekian kalinya.. aku merajuk lagi...

Aku tk suka bila aku merajuk.. aku akan jadi apati pada perasaan sendiri. Mungkin sebenarnya aku perlu lari dari sini dan mencari angin luar untuk seketika. Aku terlalu penat dengan kerja dan stadi aku buat masa ini. Tak mengapalah wahai hati.Aku akan ke langkawi awal bulan 4. Aku akan cuba menenangkan hati aku sendiri nanti. Aku tahu aku akan berjaya..

2 comments:

hilmihamzah.com said...

Dear friend,

Jangan rasa tertekan bila berbuat baik. Insyaallah benda-benda baik akan menyusul.

What goes around comes around :-)

alhena said...

hilmi - tengs :)