Friday, March 18, 2011

.: the land of white elephant - siri 1 :.

Cuti CNY yang lepas aku ke Bangkok. Aku yang buta geografi dan tidak menanya En.Goole tentang lokasi-lokasi yang bakal kami pergi. Owh! yang pergi ni satu bas. Dalam 40 orang. Iye! Pegi Bangkok naik bas. Bertolak jam 6 petang melalui Bukit Kayu Hitam. Jauh rupanya Bangkok ni ( tu la tak check map ). Kami melalui 15 buah negeri. Ini mengikut kata pemandu pelancong. Aku pun check dalam google map, memang betul pun T_T.Patut la rasa lama gile naik bas...memang sangat jauh.


Bertolak 6 petang dari Bukit Kayu Hitam, kami cuma berhenti makan dan solat subuh di Ratchaburi. Kat sini aku solat subuh 3 kali ( warak betul rasanya huhu). Memula tu, tengok ada kawan-kawan yang tengah solat, aku pun solat sama. Sudah je solat kali pertama tu, geng2 lelaki bagitau,


"wei, ampa solat tak masuk waktu lagi laa, meh kita solat berjemaah semua"


Aku dan kawan-kawan solat subuh buat kali ke 2 dengan lebih yakin, sebab dah masuk waktu kan?. Usai solat subuh kali ke 2, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki tua dalam bahasa siam.


"krai chieng mai tai sawadikap,kap kun kap" ( aku merapu )


Rupanya pakcik itu ialah imam masjid tersebut dan dengan tersengih-sengih dia memberitahu kami waktu subuh belum masuk lagi. Huhuh. Maka, setelah Imam itu azan, kami semua solat subuh buat kali ke 3 secara berjemaah.


Seterusnya kami berhenti sarapan pagi. Tips makan : Sekiranya anda seorang yang tidak suka pedas ( aku la tu ) sila ambil lauk yang goreng kicap. Nescaya ia tidak pedas, tetapi manis giler!. Tapi aku tak reti makan nasi pagi-pagi. So, pilihan aku cuma kuih2. Aku makan kuih ni ha..


Rasanya macam kuih apam, tapi lebih manis.

Aku sangat ngeri melihat cili yang menjadi hiasan hampir semua lauk. Percayalah ia sangat pedas!


Selain dari kuih, aku banyak makan buah. Sangat bahagia berada di negara gajah putih ni. Semua buah yang di jual adalah sangat murah dan sangat fresh. Ye! Compare dengan negara kita. Sejuring buah betik di negara kita di jual dengan harga RM1, tetapi di sini separuh buah betik yang sudah dipotong dengan sungguh berseni cuma RM2. Aku tak snap pic buah, sebab selalunya dah telan dulu baru terfikir nak snap.


Tempat pertama yang kami singgah ialah Floating Market Dumnoen Saduak. Kami sangat excited nak turun dan explore memandangkan ini persinggahan pertama. Lokasinya dalam negeri Ratchaburi. Kat sini ramai pelancong luar. Satu bot boleh muat 10 orang. Sangat bising dengan deruman enjin dan proses tawar-menawar barang. Perkara yang aku belajar kat sini ialah, jangan sesekali tunjuk jari pada barang-barang yang kita berkenan tapi gedik tak nak beli. Sebab, tuan kedai akan tarik bot kita dengan galah panjang dan buat proses tawar menawar dengan kita. Owh! Jari juga perlu sentiasa di jaga supaya tidak tersepit. Tali air ini berukuran 35 km dan di bina pada zaman Raja Mongkut, siap pada 1868. Kami di bawa pusing tempat ni. Ada kedai, rumah-rumah,sekolah dan juga wat. Aku kira penduduk kawasan ini mempunyai perut yang sangat kental, kerana air terusan yang berwarna kelabu kehitaman,mempunyai bangkai tikus, ayam, burung dan sebagainya ini menjadi sumber air UTAMA. Yakni, kalau sudah makan, mangkuk atau gelas hanya perlu di celup2 sahaja ke dalam air ini. Kalau nak basuh daging pun, celup sahaja walaupun di sebelah anda kawan sedang membasuh pinggan mangkuk dengan air sabun. Dihujung sinun pula, seorang makcik yang sedang berkemban dengan kain batik sedang membasuh kain dengan mencelup2 kain ke dalam terusan yang sama juga. Cukup membuatkan aku rasa nak pensan dan kagum pada masa yang sama. Kekekeke.

Traffic jam kat floating market. Kalau nak beli barang, jangan beli di kedai-kedai air ini kerana harga barang di bahagian darat ternyata jauh lebih murah. Huhu. Aku tertipu :(



Setelah 2 jam berpoye-poye di sini kami menuju destinasi seterusnya iaitu "Gudang Garam Thailand". Yang ni aku samung dalam siri 2 pulak. Kekeke :D


Tuesday, March 8, 2011

.: sedetik waktu :.


Aku ada tesis yang belum siap, ada event yang sangat menakutkan dan perlu dijalankan next month dan yang aku buat pada malam ini ialah mengadap buku ini. Lalalalalala....



p/s : Jika ada limau, maka buatlah air limau...