Saturday, July 24, 2010

.: bagai melepas anjing tersepit :.


Selewat jam 2 pagi, henpon aku memainkan lagu Gundam SEED. Aku yang terkejut terus jawab call. Selalunya aku silent sebab tak suka di ganggu. Ntah macam mana terlupa pulak.


Aku : Hello.. (agak mamai dan tak tengok pun sapa yang call)

Si pemanggil : Henaa..aku nk jumpa ko kejap ( suara macam baru lepas nangis )

Aku : Ko Faizal? (bukan nama sebenar huhuhu ). Ko ni mabuk ke apa?.Ni dah pukul 2 pagi tau tak?.Kot ye tak sabar nak jumpa aku pun, tunggu pagi esok la.

Si pemanggil : Aku depan rumah ko dah ni.Turun la kejap. Aku nak jumpa ko. Pliss..

Aku : Tak mau! tak mau!. Aku malas tukar baju, cuci muke, malas bangun tido

Si pemanggil : Tolonglah.. aku baru break ngan Lina. Aku sedih sangat

Aku : Pi tido dulu. Esok cite kat aku sehari pun takpe. Dah lewat ni.

Si pemanggil : Pliss Hena, aku rasa aku dah tak berapa betul ni.



Akhirnya aku mengalah dengan Faizal, aku bangun tukar baju dan turun bawah. Memang betul dia ada depan rumah aku. Kulitnya mukenya yang putih nampak kemerahan di bahagian hidung dan mata yang berair jelas menunjukkan dia memang menangis.


Mulanya aku ingat Faizal cuma nak borak depan rumah aku. Tapi dia heret aku ke luar, katanya nak cerita sambil minum. Aku ikut dengan hati yang berat.


Sesi bercerita memakan masa selama 2 jam. Aku cuba sedaya upaya menjadi pendengar yang baik. Aku tahu dia tengah sedih sebab aku cukup tahu hubungan dia dengan Lina. Mengantuk pun mengantuk la. Takpe demi kawan-kawan.Tapi.. conversation yang berlaku masa dia nak hantar aku balik cukup membuatkan aku rasa macam nak makan orang.


Faizal : Hena, aku rindu kat Lina.Ko tau kan, apa yang berlaku antara aku dan dia

Aku : Aha..

Faizal : Hena, boleh aku KISS ko?

Aku: Ha?!!!!!! Ko pernah makan tapak kasut tak? Ko hantar aku balik rumah sekarang jugak!!!!!!!!


Tiada lagi perbualan selepas itu. Masing- masing diam hingga aku sampai ke rumah. Aku jadi tersangat sakit hati. Bagai melepas anjing tersepit. Kau tak tahu nak menghormati aku sebagai kawan dan sebagai perempuan. Mungkin sememangnya ko tak layak untuk mana - mana perempuan. Aku lebih rela tkde kawan dari dapat kawan macam dia.




P/s :Manusia ni, ada macam-macam jenis.Terpulang pada kita untuk memilih yang mana untuk kita jadikan kawan.

10 comments:

jo said...

aih..?
macam tu pulak ke jadinya.....
hmmmm....terlalu ikutkan perasaan sangatlah tu...

alhena said...

jo:
entah la jo, still.. aku rasa dia tk patut tanya aku mcm tu.

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

dia ingat dia tu budak baby kot..
rotan jer ..

jane said...

whoaaaaa


kiss katanya????

blom smpat dia bg kiss, kaki aku kiss maut kat muka dia dulu

ceh

alhena said...

azman:

huh!bby apanya. dah tua bangka



jane:
aku bg mkn tapak kasut je. huhuhu

AJ Nismihan said...

kadang-kadang, ada syaitan-syaitan kecil yang merasuk bila mana dua insan bertentangan jantina berduaan.
dan jelas, ada yang halus menerobos masuk ke dalam dirinya.

percaya atau tidak,
sekali-sekala, nakal-nakal halus itu sebenarnya ujian kekuatan kamu sebagai seorang manusia. ujian kamu seorang gadis.
dia, mungkin saja terdetik "hena ini mungkin meminati aku lah" dan cubaan nya cuma untuk menguatkan benar kata dia.

dan sah-sah tidak akan aku benarkan adik-adik aku menerima perlawaan kasih yang bermula dengan bibir begitu.

ini sah-sah politik nafsu.
dah terlepas satu, mahu terkam yang satu.
mungkin difikir, kamu ini ada kepinginan berkasih dengan seseorang, dan mamai kamu dapat dihalusinasikan dengan bibir dia.

najis betul.
lain kali, lebih hati2.
mau saja aku suruh hang melempang; tapi takut jugak nanti dibawa lari hang pagi-pagi itu dan lenyapkan benteng kewanitaan hang dengan paksa. so, aku retune nasihat aku kepada; avoid go out with him.

friendship got limit too!

alhena said...

AJ:

terima kasih atas nasihat. aku sememangnya sangat serik dengan dia. dan dia dah memang di delete terus dari senarai kawan.

dia mungkin hanya patut berkawan dengan lelaki dan bukannya perempuan

dah betul la tu, sbb tu la lelaki dan perempuan tak boleh berduaan. memang banyak hikmahnya yang kita tak sedar.

aku takde niat lain. cuma nak menolong kawan yang sedih. tak sangka endingnya macam tu.

Robot Baik said...

eh, nak kiss pulak.
barangkali sebagai tanda terima kasih tu. fikir positif.

*memang tak patut pun.

Ries Lee said...

tak dijangka permintaan dia tu kak.
aih, macam2.

menarik caller ringtone tu kak!
hehehe...

alhena said...

robot baik :
time macam tu tk sempat nk fikir positif aih!.fikir nk marah je :P


ries lee:
memang tak diduga pun.

huhu, akak gila anime :P