
Aku ini belum menjadi isteri sesiapa, tetapi aku cuba memahami hati seorang isteri yang juga merupakan kawan aku.
"kak, kalau bole.. kak tak payahla kawin. Hidup sendiri lebih bahagia kak"
"Hati saya ni dah hancur sehancurnya kak"
Sungguh! Aku simpati dengan dia. Walau dari jauh aku terlihat ketabahan dan kekuatan hati dia. Tapi..renungan mata yang sayu itu menjawab segalanya. Rumah tangga yang baru sahaja di bina, di landa badai. Suami yang beraja di hati mencari permaisuri di luar istana. Dia ataupun aku memang tidak mahu percaya bahawa si suami begitu. Maka.. aku sangat gembira bila si isteri memberi tahu suaminya terkena buatan orang. Itulah yang menyebabkan dia berubah. Itu jualah yang aku percaya..
"Kak.. alhamdulillah.. suami saya dah berubah"
"Alhamdulillah.. syukur.. "
Itu yang aku dengari 2 minggu lalu. Kini si suami berada di depan mata aku dengan perempuan yang lain pula. Giliran hati aku yang hancur kerana tidak mahu menerima hakikat bahawasanya dia memang begitu. Bukan terkena buatan orang lain. Tapi kerana buatan diri sendiri. Setiap hari si suami dengan bahagianya bersama isteri orang lain. Memakai baju yang sedondon kalernya, berbalas-balas sms, lunch bersama, saling merenung mata.
Tiap kali aku melihat si suami.. aku ternampak wajah si isteri bersama anak yang masih kecil. Susah payah si isteri menguruskan anak, makan minum supaya si suami senang.Mungkin terlebih kesenangan. Dengan anak yang belum pun sampai setahun, si isteri membawanya ke mana sahaja sekiranya ada urusan di luar. Segalanya cuba di selesaikan sendiri. Aku sendiri tak boleh nak fikir, macam mana dia drive dengan anak berusia 9 bulan di pangkuannya.
Sungguh aku simpati dengan kamu wahai isteri. Aku tidak akan menjadi penyampai kepada kamu tentang suami kamu. Aku lakukan apa yang terdaya.. sungguh aku sangat tidak boleh menerima apa yang suami kamu lakukan kepada kamu. Betul.. aku ini orang luar. Manakan aku tahu apa masalah di dalam rumah tangga kamu. Tetapi.. untuk mencari penyelesaian di luar rumah dengan bercinta dengan perempuan lain, itu bukanlah penyelesaian. Tetapi alasan untuk tidak menyelesaikan masalah. Lebih senang begitu agaknya.
Semalam bakal hubby bertanya,
"apa erti perkahwinan?"
Satu soalan yang membuatkan aku tergamam. Lama .. dan diam. Jadi aku bertanya semula soalan itu kepada dia.
Sayang, perkahwinan itu perkongsian hidup. Dan hidup itu ada kita. Perkahwinan pada aku tak boleh di samakan dengan apa-apa. Ia bukan satu perniagaan yang bole try n error. Ia soal jodoh. Siapa yang menggerakkan hati kamu untuk memilih aku? Allah.. Siapa yang menggerakkan hati aku untuk menerima kamu dengan begitu senang dan bahagia? Allah jua..
Jadi ini jalan yang telah di aturkan untuk kita. Once u get married.. u need to fight till the end. Tiada nilai yang boleh di letakkan dalam sebuah perkahwinan. Bukan pada hantaran, bukan pada mas kahwin, kerana ia tidak ternilai.
Soalnya.. sudahkah kita persiapkan diri untuk memikul tanggungjawab yang bakal jatuh ke bahu sesudah akad di lafaz?......
No comments:
Post a Comment