Tuesday, January 27, 2009

.: nah! amik la limau ni! :.

Chinese New Year. Time ni mmg opis aku banyak dapat buah limau. Aku rasa situasi ni akan berlaku kat memana sahaja. Kalo kat opis aku, biasanya supplier akan letak limau dalam pantry. sampai je aku kat pantry... mesti dah tinggal kotak saje. Sampai sekarang aku masih menyiasat siapakah peminat misteri limau dalam opis aku ni. Tapi.. ada jugak supplier yang letak kotak limau kat kaunter.. so staf aku yg kat kaunter tu akan letak buah limau dalam bilik aku. Dia bahagikan siap2.

Lain pulak yang berlaku kat rumet aku. Oleh kerana berlaku lambakan limau kat opis dia. Dan tkde sapa dah nk amik limau tu, maka... dengan bahagianya rumet aku bawak balik 2 kotak limau!huh! Makan tk habis la jawabnya. So.. setiap hari aku akan makan diet yang seimbang sbb selalu makan buah. Oleh kerana ada banyak limau.. aku saje la snap pic seperti di bawah:


Aku send mms ni kat 2 orang kawan baik aku. sorang asnee, sorang lagi x-student aku masa aku kat UTM, Syah. Aku saje nk tgk respon derang. Ini ada butiran mms tersebut

Asnee
aku : nah! asnee.. amik limau ni aku bg kat ko
asnee : sedap la! nak satu lagi!

hahahha.. aku gelak.

Syah
aku: Nah syah! Akak bg limau ni kat Syah
syah: Saya tkmo limau tu. Saya nk gelang emas, bleh jual :P

materialistik punya budak! hehehhe

No comments: