Saturday, April 4, 2009

.: aku lapar bantal..:.

3/4/2009.. jam 1.45 pagi, aku still ada di ruang tamu dikelilingi buku, printer, nota dan laptop dan bermacam kertas soal selidik. Aku masih lagi tersengguk-sengguk menyiapkan tugasan yang perlu aku hantar esok pagi. Huhuh.. caiyok!caiyok!.

Setelah menyuruh rumet aku menjadi melayu dan india untuk menjawab soal selidik... aku habiskan masa untuk masukkan data dan membuat ujian. Pening la SPSS ni. Aku rasa ma
ta aku mcam tk berapa nk nampak laptop dah. So aku amik keputusan untuk cuci muke n gosok gigi then solat. Lepas tu sume aku ingat nk samung semula tugasan aku.

Aku ke sinki bilik air n capai pencuci muke, berus gigi n ubat gigi. Aku picit ubat gigi dengan bahagianya ke atas berus gigi.. n then aku perasan.. apsal ubat gigi aku kaler jernih??! Huhu.. rupanya aku dh picit pencuci muke aku. Sib baik aku tk berus lagi gigi aku. Aku tenung je pencuci muke n ubat gigi tu.. nk serupa kot? Sebab tu aku tertukar...cuma kamu sume tengok.. sama tak??
pencuci muke aku..


ubat gigi aku..

Amacam?? sama kan? kan?.. okeh! Lepas tu aku amik wuduk..huhu baru nk solat isyak.

"usolli fardhu subhi....."

Eh? Aku nk solat isyak kan?

Ok.. aku terpaksa mengaku aku dh lapar bantal. Sudah solat aku terus ZzzzZZzz....

Moral of the story : Kalo ngantuk tu ngaku je la.. tk payah nk salahkan ubat gigi or pencuci muke yang tk berdosa tu huhu

3 comments:

hisham_amer said...

oi cik kak sayang...

ngantok bebenor la tu smpai sensodyne pun dh nmpak mcm cleanser. nasib la tak buh minyak cap buruh sebelah tu.

naya meleleh minyak masak dalam mulut..

bygkanla sensodyne tu buh kat muka... fuh jerawat pun mintak ampun..

alhena said...

sham- hahah mana ada orang letk minyak masak kat dalam bakul toiletry :p

hisham_amer said...

mana la tau. dh ngantok sgt. minyak masak pun nmpak mcm colgate nti...
huhuhu