Monday, January 3, 2011

.: wahai suami :.

Wahai suami sudahkah berjumpa jalan pulang

Bukan jalan yang gelap hitam kelam

Tapi jalan yang lurus panjang

Mungkin agak kabur dalam siang

Mungkin cuma terang kala malam



Wahai suami sudahkah berjumpa jalan pulang

Bukan cinta murahan pada gadis genit jalang

Bukan dengan isteri milik orang

Juga bukan pada lelaki kendo haram

Tapi cinta suci pada ikhlas kasih sayang

Terserlah dari matanya yang dulu bersinar terang

Kini layu hampir malap diam



Wahai suami sudahkah berjumpa jalan pulang

Bukan pada cinta murahan sebentar cuma

Tapi cinta yang sudah kau semai sekian lama

Pada akad yang kau lafazkan tika malam pertama

Pada kasih yang tuaikan dengan rela



Wahai suami sudahkah berjumpa jalan pulang

Isteri dan anakmu menunggu sabar

Walau dalam diam ada getar

Nyata terhiris juga hati yang tegar

Harapnya kembali sembuh semua yang tercalar



Wahai suami sudahkah berjumpa jalan pulang?



p/s: Dedicated 4 my best fren :). Aku harap engkau mengerti...

2 comments:

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

budak yang itu hari ker..

alhena said...

azman : budak yg mana ni? budak ni dlm entri "hati seorang isteri".both of them kawan aku huhu