Friday, July 8, 2011

.: kupu-kupu, terbanglah menjauh... :.


Senak.


Itu adalah sebahagian dari rasa yang aku alami setiap hari. Entah kenapa, lately setiap hari ada kupu2 berterbangan dalam perut aku. Setiap minit dan saat, kupu-kupu terbang dengan bahagianya di dalam perut mahupun jantung. Ini sudah lebey!. Kat jantung pun konker jugak?. Sudah puas aku suruh dia terbang menjauh. Tapi makin hampir. Dem!


Aku tak suka bila aku berada dalam situasi macam ni. Sebab aku tahu, kecenderungan aku untuk buat silap dalam perkara2 kecil tetapi boleh menyesakkan jiwa sangat semakin tinggi.


Kesilapan terbaru aku ialah berkenaan tesis. Sangat tensen di buatnya. I'm really upset with myself. Aku sudah tidak mahu menunjuk ke semua arah, sebab akhirnya pasti tertunjuk ke diri sendiri.


So?Apa aku buat?. Aku cari doa ni dan baca.


Maksudnya: "Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung pada - Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada - Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada - Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada - Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya)"




p/s : Doa itu senjata orang islam...

No comments: