Friday, October 9, 2009

.:mengapa aku tak bole belajar dengan bersungguh-sungguh? :.


Hari ahad ni aku exam. Final exam. Paper ni sungguh menakutkan sebab sampai sekarang aku masih lagi pening-pening. Bulan ni sebenarnya bulan yang sungguh menyakitkan jiwa aku sebab aku ada exam setiap ahad, ada presentation dan bertan tan metrik tugasan yang perlu di submit. Kebetulan di opis jugak bizi, oleh itu rayuan aku untuk bercuti pada Rabu dan Kamis yang lalu telah di tolak mentah2 oleh bos ku itu. Kerana ada exhibition dan pertandingan di KLCC yang pernah aku sertai tahun lepas dan aku telah menang bronze award peringkat antarabangsa hehe. Tahun ni bos sebenarnya suruh aku juga yang pergi. Tetapi setelah beberapa hari bergaduh, bos akhirnya mengalah dan menyuruh pakse opismate aku yang pergi ke sana. Macam mn aku nk pergi? Pertandingan sampai hari sabtu dan aku exam pada hari ahad.Cuba jawab??

Penat juga sebenarnya bila kerja dan belajar pada masa yang sama. Tapi aku sudah pun berada di semester2 yang akhir. Aku nak habiskanya.

Kat sini aku senaraikan beberapa perkara yang telah berlaku dan menyebabkan aku tak dapat concentrate sepenuh mata hati dan jiwa kepada stadi aku . Huh!



1. Aku tido lewat semalam kerana laptop kesayangan aku terkena virus vietnam. Sudahnya sampai sekarang aku masih lagi belum siap scan laptop ni

2. Aku bangun awal untuk solat subuh, tetapi TERPAKSA tidur semula di sebabkan kemengantukan yang amat sangat. So? macam mana nk stadi?

3. Aku basuh baju dan berusaha mengheret besi tempat sidai pakaian ke luar rumah. Aku terpaksa menghabiskan masa dengan menjenguk ke luar rumah sebanyak 5 minit sekali kerana bimbang hujan turun or angin yang kuat menjatuhkan penyidai tu. So? macam mana aku nk mengadap buku aku?

4. Seawal jam 11 tengahari aku dah mula membaca, tetapi tiba-tiba terdengar suara anak kucin. Alahaii.. aku alergik dengar bunyi suara kucing ni. Ini telah menyebabkan aku sekejap2 berlari ke dapur dan menjenguk dari pintu dapur. Kat mana la kucin comel neh? Mesti dia lapar.. sian dia.. So? boleh tak bayangkan? aku tk bole nak tumpukan perhatian dengan suara kucing terngiang2 di telinga aku.

5. Aku mula rasa lapar pukul 12 tghari dan start memasak. Dah sudah makan.. mengantuk la pulak. Macam mana nk stadi ni?



Berikut adalah conversation antara aku dan kawan baik aku :


Aku : Asnee.. aku ngantuk.. macam mana nk stadi ni??

Asnee :Jangan pejam! teruskan latihan


Aku : Huwaaa!!


Asnee : Jangan huwaa! Buat latihan!

Aku :Asnee kijamm!!!

Asnee : Bukan kijam!! Yang betul KEJAM!!


Aku : Asnee.. sakit perut..

Asnee : Jangan duk berlakon! Buat latihan tu!


Aku kena marah dgn Asnee.. tp sekarang aku bizi taip entry pulak? Bila aku nk stadi ni?? Huwaaa!!

p/s : Doakan aku berjaya ye? hehehe

3 comments:

shada mien mohamed said...

best la tempat ngadu ko noks..

dewajiwa said...

sebab:
your heart's not there lah.

cuba cari masa yang sesuai dan isolate diri. cabut plug internet. pasang earphone, dengar muzik ke. kalau buat planning study sepanjang hari mesti banyak gangguan dan itu pun belum tentu bleh dapat input, berbanding beberapa jam yang sudah dikhaskan.

contoh waktu subuh. hehe.
biasanya waktu tu tiada kucing yang mengiau, tiada entry blog dari kawan2 yang baru, tidak perlu fikir baju yang tersidai:-)

apapun good luck..

alhena said...

shada : kita bole berkongsi tempat mengadu yang sama.. kih kih kih

dewajiwa : saje je buat alasan sume tuh :p.neway, tengs :-)