Wednesday, October 28, 2009

.: mimpi yang menakutkan :.


Kata freud, mimpi adalah unfinished bisnes yang keluar tanpa sedar dalam mimpi. Huh! selama ni aku tk pernah bersetuju dengan freud.. tp untuk kali ini..aku setuju sipi2 je. Bukan setuju sepenuhnya.


Alkisahnya.. pagi ahad lepas aku ada viva untuk pembentangan proposal tesis. Setelah di komen dan di bla bla oleh lec aku, aku baru terperasan aku ada buat salah besar dalam proposal tesis aku. Kesal!.--> point pertama


Setelah kami semua habis di soal siasat..lec aku pun meluahkan perasaannya yang agak KESAL dengan batch kami. Err.. sebenarnya tkde siapa pun antara kami yang datang berjumpa lec. Maklumlah.. buat kerja last minute. Nk jumpa lec macam mananya?. Seminggu berkampung di library.Aku kesal! ---> point kedua


Selepas tu.. aku ke bilik lec, meminta markah exam. Lec bertanya no matrik dan membacakan markah aku. Katanya.. "Hurm.. markah awak turun. Kenapa?".Aku terdiam. Aku kesal dan kesal! ---> point ketiga.


Dan.. malam tu aku mendapat mimpi yang menakutkan. Aku sebenarnya puas cuba mengaitkan antara mimpi dan apa yang berlaku. Tapi.. tk dapat2 jugak!.huhuh.


Aku mimpi lec aku tu denda aku buat latihan ad math kat taman bunge?..Pastu dia siap belikan baju utk aku!.Huwaaaaaaaaaaaaaaa!! Memang mimpi yang menakutkan!


Perkaitan yang cuba di buat..tetapi gagal!:


1. Aku tk pernah pegi taman bunge tu rasanya..entah la kat mana


2. Macam mana pulak aku boleh buat latihan ad math?.Aku dulu aliran sastera. Tak pernah kenal ad math pun!


3. Aku tak pernah keluar walaupun sekali dengan lec aku ni. Berangan nak kawin dgn dia pun tidak!.Macam mana boleh end up dengan pegi buat latihan ad math kat taman bunge?


4. Yaaa!! Ini satu-satunya perkaitan yang ada. Aku mmg ada baju yang di hadiahkan oleh lec aku tu. Maybe sebab baju ni baju pebret kot? Kan?
Bunyi macam logik sket.



p/s: Sebenarnya aku lupa nk baca ayat kursi dan doa sblm tido. Terlalu penat. Dapat bantal .. terus pensan.

4 comments:

Dewajiwa said...

hehehe. mungkin mimpi itu petunjuklah.
petunjuk (signal) untuk go further dengan Encik Lecturer itu. heheh. siap dapat hadiah baju ye?

sebenarnya mimpi itu rawak.
kebiasaannya paparan refleksi apa yang kita lihat, dengar atau fikirkan sepanjang hari itu atau sebelum ini. ibarat komputer yang memilih file untuk ditayangkan secara rawak. kadangkala campuran 2-3 situasi sebab ianya dipilih tanpa susunan.

kalau ada jalan cerita, biasanya sebab kita terlalu memikirkannya.

alhena said...

en.dewajiwa.. kalaulah en.lec tu bujang macam awak..saya tk keberatan langsung utk go further dgn dia. malangnya... en.lec yang diceritakan di dalam entry sy ni.. dh ada anak 5.huhuhuh :P

itu la pasal.. asyik fikir je paper ni :P

jo said...

aku tak suka mimpi..mimpi buat aku tak cukup tidur...

alhena said...

bukan ko mmg tk penah cukup tido ke jo? :P