Monday, February 9, 2009

.: mee sizzling aku :.


Aku seorang yang mudah jemu dengan makanan. Selalunya aku jarang makan nasi.Aku biasanya pilih utk makan mee. Janji yang berkuah. Contohnya mcm mee bandung, sizzling, hailam or whatever la janji halal dan berkuah. Kat cafe kegemaran aku tu, tokei dia dh bleh tahu aku suka makan mee, kalo tetiba aku order " dik mihun bandung satu".. dia akan tanya semula.. "mee ke mihun kak?" huhu. Sungguh prihatin adik itew!

Last week aku kuar ngan rumet. Mensoping barang2 yang dh banyak yg habis. Sabun, toner, pencuci muke, hadiah besday ( yg ni bukan barang habis yer ) dan lain lain ( korang tambah sendiri ).Mulanya nk pergi tempat lain.. alih2 terpergi tempat lain. Aku mmg awal2 lagi nk makan mee sizzling. So.. walaupun dah bertukar tempat, aku tetap oder mee sizzling. Aku dah membayangkan mee sizzling yang biasa, letak dalam clay pot, berkuah kaler kicap, berasap2. Alih2 mee sizzling yang sampai mcm pic kat bawah ni...


Ermm... bleh ke aku pangge ni mee sizzling? Aku ni tk pandai memasak.. tapi mee sizzling berkuah putih ala2 mee hongkong ni hanya dapat dijumpai di Kedah. Aku jadi konpius, mana satu sebenarnya mee sizzling?Cuba trace pulak.. apa kesalahan dalam pic ni? heheh salad dan sayurnya! Tuan kedai tu bagi aku salad dgn sayur tu sekali dengan batang sayur. Dia mungkin konpius.. aku nk makan dengan pisau n garfu kot? Baru bleh aku potong2 sume tu. Tapi.. dia bg kat aku sudu ngan garfu.. mana mungkin aku nk potong batang sayur yang besar tu. Last2 aku biarkan aja..

Moral of da story : Lain kali.. sila bawak cutlery sendiri.Senang utk di gunakan sekiranya pihak tuan punya kedai/ restoren/gerai tidak menyediakannya.Sekian terima kasih

No comments: