Friday, February 6, 2009

.: hati yang tercalar :.

Seorang student aku menangis dari pukul 2 ptg sampai 4.30 ptg. Itu depan aku la.. yang dia menangis sebelum tu aku tk tahu. Aku tgk je dia menangis, rasa kasihan sbnrnya membuak2. Aku ingin tahu maklumat seterusnya.. apa erti tangisan itu? Dalam masa dia menangis, dengan tersekat2 dia merayu2.. lalu aku mengerti.. dia putus cinta.Matanya dh bengkak dan aku andaikan dia sudah pun menangis sblm ini. Mungkin sudah 2 3 hari.

Aku tak ingin bercerita lanjut tentang dia. Cuma yang aku ingin kongsikan di sini.. betapa hebatnya tamparan hati yang tercalar. Luka di jari walau pun sembuh masih ada parutnya.. tapi.. luka di hati? Tiada siapa yang tahu. Semua org ada masa masing2. Ada orang lama.. ada orang sekejap.

Di saat dia memberikan cinta seikhlasnya mana mungkin dia terfikir hatinya itu di kembalikan semula dalam keadaan tercalar. Dia kira.. hatinya itu akan di jaga selamanya. Tapi sangkaan dia meleset. Lalu kita yang melihat akan berkata.. "dah la tu.. dah tkde jodoh", "Nak buat mcm mana.. bukan boleh paksa orang sukakan kita" dan macam2 lagi.

Dan itu lah hakikatnya.. aku selalu percaya, kalau aku mengenangkan betapa susahnya aku mencari jodoh aku, maka.. dia pun begitu. Dia sedang mencari aku di luar sana.Kami belum bertemu.InsyAllah.. kami tetap akan bertemu seperti yang telah Allah tetapkan. Dan kita hanya perlu berusaha :)

Pesan aku buat student,

Adik.. kesedihan adalah umpama air hujan, walau serintik mana, walau selebat mana.. ia tetap akan berhenti...


No comments: