Wednesday, January 27, 2010

.: down 2 earth :.


Ada perkara-perkara yang boleh membuatkan mood aku bertukar serta-merta. Dari ceria kepada seorang yang tak nak keluar dari bilik. Aku jarang moody. Tetapi perkara yang satu ni cukup mengganggu aku.


Tadi aku di Dewan Besar, ada ucapan amanat. Aku n da geng bawak duit siap2 dengan harapan, selepas habis taklimat, kami akan ke cafe. Rupanya kudapan di sediakan. Wah! sapa tak suka makan free kan?Kami di beri mihun goreng, roti gardenia dan sebotol air mineral. Semuanya di letak dalam paper bag. Dengan bahagianya aku pulang ke opis.


Kesalahan aku ialah aku tak check dulu isi mihun. Aku sangat alergik dengan seafood ( dah di ceritakan dalam banyak entry ). Aku makan mihun dengan bahagianya n baru sedar ada udang dalam mihun. Serta merta selera aku mati. Aku terus buang mihun dalam tong sampah. Dan serta merta juga mood aku hari ni berubah.


Aku sedang menunggu kesan dari alergik. Aku tak tahu samada esok atau lusa aku akan demam, selsema, bersin tak berhenti, sakit kepala atau apa lagi. Yang nyata.. aku tak suka semua simptom tu.


Alergik makan ni merupakan alergik aku yang paling teruk. Mungkin kerana aku di lahirkan tidak cukup bulan, maka aku kekurangan antibodi or macam mana aku tak tahu nak explain.


Selain dari alergik makan, kulit aku juga alergik dengan sebarang perhiasan seperti besi or silver.Contoh jam besi,rantai tangan yang ada batu-batu cantik tu pun aku tak bole pakai. Even pin untuk tudung. Kalau pakai jugak, kulit aku akan berbintik-bintik merah dan gatal. Bak orang lain kata, kulit mahal. Semuanya kena emas kan?.Nasib baiklah aku tak terdiri dari golongan yang gile emas. Aku penat tengok yang sarat2. Penat mata memandang.Tapi alergik yang ini aku tak kisah pun.



Macam mana aku nak buat sekarang ni?



p/s: Aku sangat down sekarang.. rasa macam nak keluarkan semula semua isi perut

8 comments:

jo said...

ouchhh...
sungguh merugikan....
sedap woooo...ketam masak cili api...




hahahaha...

alhena said...

jo:
huhuh.. betul ke sedap? :p

Anonymous said...

huhu
duduk dalam bilik jer lah
rest

alhena said...

ah fatt:
tengs ah fatt, aku rehat je :)

Unknown said...

saya langsung tak makan seafood.
bukan sebab alergik tp sebab geli.

alhena said...

ries lee:
huhu, kita bole jadi couple ( tang makan ) yg sesuai ;)

hisham said...

salam..sian kt u yer...so u xleh la pakai brg2 kemas...

alhena said...

hisham:
i bole pakai barang kemas yang di perbuat dari emas, intan n berlian ;)).

kalo tahap silver n besi tu yg tkleh :P