Thursday, February 4, 2010

.: jatuh cinta lagi.. lalala :.


Dah lama aku tak bercinta. So.. bila jatuh cinta lagi ni aku jadi teruja sendiri. Aku akui aku agak bz lately di opis dan juga di rumah. Tak kira la walau dihujung minggu sekalipun.


Aku sedang mabuk cinta. Bak kata orang, jalan pun dah tak berapa betul. Tapi.. aku berharap mabuk cinta ini segera berakhir. Aku tak berapa suka memulakan sesuatu yang aku minat tanpa menyudahkannya segera. Contoh, kalau aku membaca, aku tak sabar untuk habiskan. Aku akan makan, minum, mandi, tido dengan buku tersebut sampai aku habis ( buku-buku terpilih saje ye?).


Sekarang aku sedang bercinta, jadi aku ing
in supaya cinta ini cepat sampai ke penghujungnya ( aku masih belum menetapkan KPI ). Aku suka dia. Dah lama sebenarnya aku tengok dia. Dah beberapa tahun yang lalu. Tapi masa tu, aku juga sedang bercinta. Jadi.. aku cuma melihat dia dengan pandangan yang kosong.


Aku tak menyesal kerana lambat bercinta dengan dia. Sebab aku yakin, semua yang ditentukan adalah yang terbaik untuk aku. Sekarang aku cuba senyum, senyum dan senyum. Hati berbunga bahagia. Semalam aku bersama dia lagi. Balik je dari opis, aku menatap dia terlebih dahulu.Aku bersama dia hingga lewat malam. Sehingga di tegur oleh rumet aku. "sudah-sudah la tu". Aku cuma tergelak.



Aku tak susah hati, sebab dia ada berikan video dia pada aku. Jadi aku boleh menatapnya bila-bila aku mahu. Katanya, khusus untuk aku sekiranya aku rindu. Owh! Sangat romentik. Orang bercinta memanglah begitu kan?. Aku dah mintak permission dia untuk letakkan pic di blog aku. Dia ckp, "ok je!". Ini pic boipren aku yang terbaru.



Kurosaki Ichigo, hensem kan?.Heh!


p/s: Aku baru start tengok anime ni. Aku jadi geram sebab masih banyak lagi episod nak di tengok. So KPI aku by 20/2/2010 aku dah habis tengok sampai latest episod. Caiyok! Caiyok!

9 comments:

Ries Lee said...

dah brape episod akak donlod?
hehe...

alhena said...

Ries Lee:
Akak br donlod episod ke 50. episod terkini dah 253.huwaa!! banyak lagi. br tgk episod ke 30 :((

dewajiwa said...

kacak lah dia.
jangan mabuk cinta sudah nanti hilang fokus pada kerja dan kelas;-)

jo said...

aku banyak jumpa pakwe kau dekat kreko. kau tak marah kan? tak dendan kan?

jo said...

*dendam

alhena said...

en.dewajiwa:
hehe, tengs. satu peringatan yang baik :)


jo:
pakwe aku yg ni, aku tak kisah sangat. sharing is caring kan? kan?
:P

Ah Fatt said...

mampu ker? aku rasa x sempat ko nak habiskan sampai 20hb nanti

hisham said...

salam..die bg u video dia tgh watper??

alhena said...

ah fatt:
aku pun rasa macam tu jugak :p. tp CNY ni aku cuti seminggu.jawabnya mengadap ichigo je la kat rumah heheh


hisham:
dia bg video dia lawan guna soul slayer. u nk tgk jugak ke? sila ke laman www.bleachportal.net, ok? banyak video kat situ. pilih la mana u nk :D