Tuesday, February 9, 2010

.: terlebih manja = annoying! :.


Aku sekarang tengah sakit hati kepada mereka2 yang terlebih manja. Oh! biar ada spesifikasi kategori terlebih manja mengikut entry aku sekarang ini.


Jantina : lelaki/ ppuan/ lelaki + ppuan
Umur : 25 ke atas
Status : bujang dan sudah bekerja

Lokasi terlebih manja : opis?!

Orang yang kena terlebih manja : bos?!


Apa yang tak kena dengan spesifikasi di atas? Ye! tepuk!tepuk!.. tepat sekali. Orang dan juga lokasi. Sangat tidak sesuai untuk berbual dengan nada terlebih manja.


Fine!


Orang tu aku tk kisah. Lantak la. Nak terlebih manja ngan sapa pun. Tapi di opis? Di saat kerja berada di puncak maksimum?Di saat ada kehendak yang terlebih dan keperluan yang sarat perlu di penuhi dengan keadaan sumber manusia hanya 2 orang?


Aksi terlebih manja telah hampir2 menyebabkan aku hampir mengklonkan diri aku. Sebab aku perlu berada di 2 tempat pada satu masa. Ini menyebabkan aku faham, lelaki boleh menjadi blank/blur/tak boleh buat keputusan/ tak betul/ senget/ benget/ semata-mata ingin memenuhi kehendak untuk bersama-sama cik terlebih manja untuk berkursus. Meninggalkan aku seorang di opis dengan kerja yang sangat sarat!


Tolonglah ye? Aku tak minat spesis terlebih manja macam ni. Aku tiap-tiap hari rasa macam nak muntah dan geli telinga. Sila berdrama swasta di tempat lain. Aku tak pernah kisah kalau personaliti ko memang jenis terlebih manja. Tetapi tolong bertempat
. Dan kepada mereka yang suka menjadi mangsa terlebih manja. Juga sila berfikir dengan waras apabila membuat keputusan.


p\s:Ada sapa anjur kursus klon diri? Aku nk join

9 comments:

jo said...

menyamar jadi komputer la..tak pun penyodok sampah..boleh study daripada cerita harry potter..













sorry,
saja nak bagi mood kau sikit ceria.

dewajiwa said...

sound direct je Cik Nurul.

spesis sebegini memang patut dilabel menjengkelkan!
yang si terlebih manja tu satu hal. yang melayan tu pun satu hal juga. agak-agaklah manja-manja kat pejabat.

alhena said...

jo:
aku sebenarnya sangat teringin ada magic macam harry potter tu. aku teringin nk jadi kipas bila tiba saat2 mcam ni. haa.. lepas tu pandai2 la cari org nk ganti



en.dewajiwa:
saya sangat sakit hati dan sangat nak muntah hari2 melihat seorang org tua yg hanya muda sedikit dr ayah saya di lebih2 manjakan oleh seorang cik terlebih manja. lepas tu.. oleh kerana nk lebih masa untuk bermanja.. lupa yg kerja kat opis ni bertimbun

Ah Fatt said...

kuat bermanja2an tu kot
tu dah biasa kat mana pon
haha

alhena said...

ah fatt:
haa.. ko suka kan yang manja2? hehehe :P

Ries Lee said...

bikin lemah otot dengan org manja tak kena tempat ni.

Miss Marquis said...

manjakan diri sendiri.
bagi hati tenang (*

hisham said...

salam...i manje ni...cmner...???

alhena said...

ries lee:
haa? awak jadi lemah otot eh tgk orang manja? :P. amik ubat cepat2. bahaya tu :P



miss marquis:
hi :)
ur rite!. sangat la betulnya :)



hisham:
bukan u manja ngan ah fatt ke?
jgn malu-malu nk mengaku
:D