Tuesday, March 10, 2009

.: rindunya di syurga :.


Ada satu blog yang aku ikuti sejak zaman aku belajar lagi hingga sekarang. Aku amat suka penulis blog ini yang jiwanya begitu halus dan tulus. Dia akan berbicara tentang apa sahaja dalam cara yang paling detail.Dia ada banyak perasaan yang telah lama hilang dari diri aku. Aku tk pernah jemu menjenguk blognya. Tapi.. entry yang terbaru berkisah tentang anaknya yang baru meninggal dunia. Amir Yusuf, baru berusia 8 bulan 7 hari..meninggalkan ayah, ibu serta kakaknya Najla. Sejak Amir Yusuf lahir.. aku tak pernah ketinggalan membaca setiap entry. Setiap kekuatan dan ketabahan yang terlahir dari bayi ini aku tak pernah lupa.Aku kagum dengan semangat Fajar dan Anis mengharungi segalanya.

Fajar dan Anis.. rindumu kini berada di syurga. Itu sudah pasti. Bayi semulus Amir Yusuf tidak mengerti apa itu dosa. Arwah akan berada di sana dan mendoakan ibu dan bapanya turut serta dengannya di sana nanti. Al-Fatihah buat Amir Yusuf.

1 comment:

fajar said...

salam,

terima kasih atas entri ini. sungguh, saya amat terharu. moga kasih sayang buat Amir Yusuf akan berterusan hingga ke syurga. Amin