Wednesday, December 29, 2010

.: sedih :.


Shamel


Semalam aku berair mata gelakkan hantu Kak Limah. Malam ni aku menangis. Masa entry ini di taip aku dok berchat dengan adik aku yang ada di terengganu.


Adik aku : Yu, ( panggilan dalam keluarga sebenarnya ) Shamel ( kucing aku ) telinga dia berlubang. Kena jirus minyak panas


Aku : Ha?!!! Kenapa kena jirus? Sapa yang jirus?


Adik aku : Ntah la. Dia curi ikan rumah orang agaknya.

Aku : Kesiannya kat dia. Bawak la dia pegi klinik (mata aku dah berair)


Adik aku : Nak bawak pegi macam mana?Balik rumah 2 minit makan pastu ilang 2 hari


Aku : Telinga dia jadi macam mana?

Adik aku : Rasanya dah pekak sebelah. Sebab berdarah kat dalam. Aku sempat sapu minyak gamat je.


Aku : Huwaaaaaaaaaaaaa!!!



Sampai ati orang tu simbah minyak panas kat kucing. Kucing tu binatang. Bukan ada akal dan dia tak reti. Aku takleh pikir orang sanggup buat macam tu.




P/S: Sangat tidak ada mood :(

.: hantu kak limah? :.


Ini sebenarnya filem melayu yang ke 2 aku tonton di cinema sepanjang aku hidup selama err.... Aku nak tengok sebab dah teruja dengan kawan-kawan satu opis yang bercerita tentang keklakaran cerita tersebut. Asyik gelak je staf aku. Mana buleh weh, aku nak join gak. Jadi pada malam yang syahdu jam 7.00 malam aku berkata pada housemate,


Aku : "Babe, jom tengok cite Hantu Kak Limah nak?"


Hosmate aku :"Jom! Check dalam internet cerita tu ada kul berapa ?" ( sambil kehairanan sebab aku yang ajak tengok )


Aku : "Ok!", sambil surf



Dalam internet tulis movie akan start kul 8.30 malam. Tapi di tiket start kul 8.50 mlm. Kebetulan ada sejam lagi masa sebelum movie start, aku dan housemate siap soping kasut sepasang sorang. Huhuh.


Yang menyebabkan aku agak terkilan, bila masuk dalam panggung cerita sebenarnya sudah pun start. So.. aku tak dapat tengok permulaan cerita. Hampeh! Sebenarnya start kul 8.30 mlm.


Secara keseluruhan cerita ni kelakar yang menggunakan lawak yang tipikal. Lawak yang boleh di jangka. Contohnya Usop yang lumpuh, aku dan housemate dah gelak awal-awal bila membayangkan Usop yang berkerusi roda akan berlari sambil mengheret/ menjunjung kerusi rodanya apabila di kejar hantu Kak Limah.Dan itulah yang berlaku. Ye! Lawak biasa tetapi boleh membuatkan aku dan housemate tergelak apabila di fokuskan kepada cara kesemua watak berlari dari hantu menyamai cerita-cerita Stephen Chow.


Juga satu situasi apabila semua watak terdiam melihat hantu Kak Limah tetiba terganggangu dengan fart Usop yang panjang dan sangat annoying di kesankan lagi dengan memek mukanya yang berkerut. Situasi begitu sering berlaku bukan? Oh! ya, aku pernah berada dalam situasi begitu masa aku form 4. Kawan sekelas yang tertido di belakang ketika cikgu mate sedang mengajar di depan telah fart dalam kelas. Menyebabkan kami semua terkejut dan terdiam. Terus sahaja semua mata tertumpu kepada kawan yang masih lena ( walaupun setelah fart dengan bahagianya ). Tiba-tiba sahaja kami semua gelak dan cikgu mintak supaya jangan cerita pada empunya badan yang telah fart supaya dia tak malu kelak. Siyesli aku tak tahu, kawan aku tu tahu atau tidak dia pernah fart dalam kelas.


Cerita HKLBK ni pun bukan sekadar cerita hantu saje. Tetapi ada kisah percintaan antara Usin ( Awie ) dengan Che' Nin ( Ummi Nazeera ) yang tak kesampaian. Mengkritik tentang masyarakat melayu yang mundur, Usin cuba keluar dari kepompong masyarakat yang masih mengharapkan bantuan dan subsidi kerajaan ( watak Usop yang mengusung kerusi roda bercop HAK KERAJAAN ke hulu dan ke hilir ). Cuba mencari kejayaan dan kekayaan dengan berbekalkan sijil SPM. Usin pulang ke kampung bersama maruah kerana ingin meminang Che'Nin dengan rasa hormat dan self esteem yang tinggi. Malangnya Che'Nin jatuh sakit dan meninggal setelah pemergian Usin.


Apabila hantu Kak Limah mengusik orang kampung, mereka semua sepakat mencari bomoh untuk menghalau hantu Kak Limah. Bomoh pertama adalah bomoh dari Indonesia yang mempunyai suara yang sangat seksi.Huh!.Bomoh ini juga akhirnya tewas terkejut dek kena tampar dengan hantu Kak Limah. Bomoh ke 2 pulak ialah bomoh siam. Part yang aku tergelak kerana dia menjampi dengan menyebut "belawok" = menipu/penipu dalam loghat kelantan. Aku terus bagitau hosmate dan terfikir kenapa dia menyebut perkataan ini. Adakah mesej yang ingin di sampaikan ialah supaya jangan mempercayai bomoh? Ataupun sebenarnya ingin menunjukkan mentaliti masyarakat yang terus mempercayai bomoh dan jampi serapah walaupun sebenarnya di tipu? Sila nilai sendiri.


Part yang aku suka bila Usin menyanyikan lagu Cinta Kristal ( best giler la Awie nyanyi ) untuk Che' Nin. Sangat romentik. Kekekeke.


Hantu dalam cerita ini ialah Che'Nin dan Ayu. Bukannya Kak Limah. Aku sudah dapat menduga dari awal cerita Che' Nin dan Ayu adalah hantu berdasarkan hobi mereka berada di dalam semak malam-malam buta. Apa takde keje nak dok dalam semak malam bute? Dan Kak Limah itu sebenarnya bukanlah hantu. Walaupun ada beberapa part yang menghairankan aku.



Part 1: Masa Kak Limah tetiba berada di atas katil sebelah Usin. Ye. Tingkap terbuka dan aku tak terfikir pun Kak Limah tu panjat tingkap tu dengan tidak di sedari oleh Usin yang masih belum tido. Tetiba saja menyeringai di sebelah Usin.


Part 2 : Hantu Kak Limah berada di dalam toilet di atas kepala Abi Hurairah. Bila masa dia masuk toilet? Takkanlah Abi Hurairah masuk toilet dalam keadaan mencangkung ( memandangkan Kak Limah ada di atas kepalanya )

Part 3 : Macam mana anak Kak Limah boleh mengambil ringan tentang pembantu rumah Indonesia yang meninggal dalam rumah maknya. Dibiarkan sehingga berulat. Dan apabila di tanya dia tersengih2 memberitahu itu mayat pembantu rumahnya yang sakit jantung.



Ok, malas dah nak bebel. Keseluruhannya cerita ini ok :D


P/S : Cerita di panggung wayang ini akan bersilih ganti, tetapi wayang permainan manusia di dunia realiti takkan pernah tamat :)

Thursday, December 16, 2010

.: 25 random things :.


Setelah mendapat warning letter yang ke 50 dari en.azman, aku dengan muke berkerut dan mulut muncung membuat entry ini untuk memuaskan hati beliau. Huwaa!!!. Setelah ( perkataan ni lagi ) meniru jawapan dengan bahagianya dari Jo aku berjaya menjawab soalan exam yang sangat susah tahap melampau ini dengan cemerlang.. lalalalalla..* jalan dengan muke berlagak*


Ok ini 25 fakta tentang diri aku dan keluarga mereka

1. Aku ini seorang perempuan ( terima kasih jo! Aku berjaya tiru jawapan ni. Huh! Susah sungguh!. Ko passing kertas jawapan tu agak-agak la sket Jo. Kan polis trafic ada kat depan aku tu?).

2. Aku dah kerja. Ini juga satu fakta yang tak dapat di pertikaikan di mana-mana mahkamah

3. Aku sangat alergik seafood. ( azman, ko kene bagi hadiah la kat aku, sebab aku sangat jujur menjawab tag ini :D )

4. Aku baru balik dari Penang. Ini fakta ok?Tak tipu

5. Aku ada 2 ekor kucing yang mempunyai personaliti ( bole ke guna kat kucing?. Lantaklah.. aku nak guna jugak ) yang sangat berbeza. Ok! Fakta ini sangat menarik kerana akan di sertakan dengan buktinya sekali ( azman, aku rasa hadiah aku besar kot noh? :p )

6. Sekor kucing aku nama Shamel. Seekor kucing yang sangat bersopan santun, ayu, comel dan sangat manja


Shamel sedang tido dengan sangat comel dan manjanya. Muah!Muah!

7. Sekor lagi kucing aku nama Shamito, iaitu seekor kucing yang sangat hectic, hyperaktif, sedikit gila dan mempunyai tabiat tido yang sangat buruk. Tsk..tsk.. aku tak ajar dia tau?


Shamito tengah tido.Huwaaaaaaaa!!(pandangan dari atas.Sangat seksi kakakka)


Pandangan dari sisi kekekek


8. Sangat susah untuk mensnap pic dari angle ini ye? Fakta ni. Fakta.

Zzzz..kroh..kroh.. sila jangan kacau saya tido ye?


9. Aku tidak mendengar shamel atau shamito berdengkur ketika mensnap pic mereka sedang tido.

10. Aku nak pi solat asar jup. Pasni samung semula story mory ye?.Ini fakta!

11. Ok, aku samung taip entry ni setelah solat asar, mandi, solat maghrib, bagi kucing makan, masak, makan dan telan asam.

12. Masa aku kecik, aku suka gentel kain selimut hingga hancur semua bucu kain selimut aku. Oo.. tabiat ini di warisi oleh anak sedara aku yang comel. Sangat bahagia sebab ada pewaris. Fuh!

13. Masa darjah 3 berat aku 15 kg. Cikgu gelak kat aku dan cakap aku sama berat dengan ikan kat pasar. Sobb..sobb.. sampai ati cikgu kata kat saya... :(

14. Sekarang ni aku jawab entry ni sambil dengar lagu korea.. ottokajo..ottokajo..bla bla bla...

15. Pernah di nasihatkan oleh kawan-kawan sekelas a.k.a peminat- peminat untuk membatalkan cita - cita murni untuk masuk AF, kerana bimbang akan menjejaskan perkembangan industri muzik negara. Jadi.. terpaksalah cita -cita itu di campak ke dalam longkang!.Dunia ini tidak adil!!!

16. 23/11/2010 dan 26/11/2010 adalah the most unforgettable day in my life for dis year :) *senyum dan senyum lagi*. Err.. ada sesiapa muntah?

17. Telah menyambut besday pada 23/11/2010 dengan berdebar dan bahagia. Fakta atau auta?Sila jawab!

18. Mempunyai ketinggian sebanyak ( erk.. marah cikgu bahasa kat aku nanti ) 153 cm

19. Sangat suka makan mee dengan menggunakan chopstick.*Berlagak la tu*mee ke mana, chopstick ke mana. Haishh!..

20. Sangat terkesan dengan watak Alhena dalam buku Bunga Arianur dan menggunakan nama tersebut dalam blog ini. Fuh! tersangatlah fakta.

21. Juga sangat suka prosperity burger.Bole makan hari-hari tanpa pensan.. Yummyy!

22. Sangat suka western food. Tensen sebab masakan melayu/ siam / indon/ local banyak letak seafood tersembunyi ( belacan or udang kering dalam makanan )

23. Skang tengah selsema dan demam sebab alergik seafood. Tersalah makan sup sayur yang ada udang. Siyesli tak perasan dan sangat sedih sekarang ( nampak sangat lama betul nak siapkan entry ni ) dan baru sudah telan ubat. Lepas ni nak pensan n melepek.. huhu

24. Tak habis lagi belajar. Huwaaaaaaaaaa!!

25. Sangat gila perfume

26. I'm single but not available.. heheh :)



Yes!Dah habis 26 fakta pasal diri aku. Err.. azman, aku dah tag kat shamel n shamito tapi derang takmo jawab :(


p/s: En.Azman, sila jangan marah saya kerana lambat membalas tag ini. Sila pos hadiah yang paling besar utk saya ye?Sebab aku jawab lebih satu soklan...:P

Wednesday, December 15, 2010

.: hati seorang isteri :.


Aku ini belum menjadi isteri sesiapa, tetapi aku cuba memahami hati seorang isteri yang juga merupakan kawan aku.


"kak, kalau bole.. kak tak payahla kawin. Hidup sendiri lebih bahagia kak"


"Hati saya ni dah hancur sehancurnya kak"



Sungguh! Aku simpati dengan dia. Walau dari jauh aku terlihat ketabahan dan kekuatan hati dia. Tapi..renungan mata yang sayu itu menjawab segalanya. Rumah tangga yang baru sahaja di bina, di landa badai. Suami yang beraja di hati mencari permaisuri di luar istana. Dia ataupun aku memang tidak mahu percaya bahawa si suami begitu. Maka.. aku sangat gembira bila si isteri memberi tahu suaminya terkena buatan orang. Itulah yang menyebabkan dia berubah. Itu jualah yang aku percaya..


"Kak.. alhamdulillah.. suami saya dah berubah"

"Alhamdulillah.. syukur.. "


Itu yang aku dengari 2 minggu lalu. Kini si suami berada di depan mata aku dengan perempuan yang lain pula. Giliran hati aku yang hancur kerana tidak mahu menerima hakikat bahawasanya dia memang begitu. Bukan terkena buatan orang lain. Tapi kerana buatan diri sendiri. Setiap hari si suami dengan bahagianya bersama isteri orang lain. Memakai baju yang sedondon kalernya, berbalas-balas sms, lunch bersama, saling merenung mata.


Tiap kali aku melihat si suami.. aku ternampak wajah si isteri bersama anak yang masih kecil. Susah payah si isteri menguruskan anak, makan minum supaya si suami senang.Mungkin terlebih kesenangan. Dengan anak yang belum pun sampai setahun, si isteri membawanya ke mana sahaja sekiranya ada urusan di luar. Segalanya cuba di selesaikan sendiri. Aku sendiri tak boleh nak fikir, macam mana dia drive dengan anak berusia 9 bulan di pangkuannya.



Sungguh aku simpati dengan kamu wahai isteri. Aku tidak akan menjadi penyampai kepada kamu tentang suami kamu. Aku lakukan apa yang terdaya.. sungguh aku sangat tidak boleh menerima apa yang suami kamu lakukan kepada kamu.
Betul.. aku ini orang luar. Manakan aku tahu apa masalah di dalam rumah tangga kamu. Tetapi.. untuk mencari penyelesaian di luar rumah dengan bercinta dengan perempuan lain, itu bukanlah penyelesaian. Tetapi alasan untuk tidak menyelesaikan masalah. Lebih senang begitu agaknya.


Semalam bakal hubby bertanya,



"apa erti perkahwinan?"


Satu soalan yang membuatkan aku tergamam. Lama .. dan diam. Jadi aku bertanya semula soalan itu kepada dia.



Sayang, perkahwinan itu perkongsian hidup. Dan hidup itu ada kita. Perkahwinan pada aku tak boleh di samakan dengan apa-apa. Ia bukan satu perniagaan yang bole try n error. Ia soal jodoh. Siapa yang menggerakkan hati kamu untuk memilih aku? Allah.. Siapa yang menggerakkan hati aku untuk menerima kamu dengan begitu senang dan bahagia? Allah jua..



Jadi ini jalan yang telah di aturkan untuk kita. Once u get married.. u need to fight till the end. Tiada nilai yang boleh di letakkan dalam sebuah perkahwinan. Bukan pada hantaran, bukan pada mas kahwin, kerana ia tidak ternilai.


Soalnya.. sudahkah kita persiapkan diri untuk memikul tanggungjawab yang bakal jatuh ke bahu sesudah akad di lafaz?......