Sunday, November 7, 2010

.: banjir II :.


Ini merupakan pengalaman pertama aku berdepan banjir di tempat sendiri. Tahun 2006 aku ke Pagoh untuk misi khidmat masyarakat di sana. Kali ini merasai sendiri sangatlah berbeza dengan sekadar pergi melihat dan menolong. Walaupun rumah aku tak banjir, nak tak nak aku turut merasai kesan dari itu. Akibat dari jalan yang terputus hubungan, minyak di stesen minyak habis, bekalan makanan habis, duit di ATM juga habis, kedai banyak yang tutup, orang ramai mudah panik dengan sebarang rumours yang terbaru.


Menakutkan sebenarnya bila keadaan sebegini berlaku. Aku yang bujang ini takde masalah kerana harus memikirkan diri aku sendiri. Bagaiamana dengan mereka yang berkeluarga dan mempunyai ahli keluarga yang ramai?Kesian kan?



Kali ini aku turut terlibat dalam misi khidmat masyarakat. Turun bermain lumpur mencuci rumah dan barang- barang yang masih boleh digunakan. Sedih melihat mangsa banjir yang murung kerana kebanyakan barang rosak. Almari, kerusi atau sebarang perabot kayu yang murah memang akan rosak teruk. Pinggan mangkuk, tong gas akan hanyut. Peti ais, mesin basuh jugak akan terapung. Sekiranya sesudah banjir terlihat barang sendiri berada di rumah jiran sebelah or selang 2 3 rumah, sudah tentu tidak gamak untuk mendakwa barang itu milik sendiri. Terpaksa mencuci barang-barang yang ada dalam kawasan rumah sahaja yang juga kadang-kadang merupakan barang orang lain yang hanyut.



Lumpur yang di tinggalkan oleh banjir bukan lumpur biasa ketika main bola di padang yang lecak. Perlu di berus dengan betul barulah kotoran hilang. Kebetulan kawasan yang aku terlibat ini tidak ada bekalan air kerana masalah loji. Air perlu di angkut. Cubalah bayangkan rumah yang berbau busuk dan lumpur yang tebal yang perlu di cuci tetapi tidak ada bekalan air. Sangat sedih melihat berlori-lori barang-barang yang rosak di buang begitu sahaja.



Kerja-kerja mengasingkan barang-barang yang masih boleh digunakan


Perabot dan barang- barang yang di penuhi lumpur


Barang-barang yang di buang. Ini adalah pic hari ke dua setelah beberapa lori mengangkut barang -barang rosak


Kerja-kerja mencuci barang dengan menggunakan air recycle



Kebetulan rumah yang aku pergi ni tidak begitu banyak barang kerana hanya di huni oleh satu pasangan. Bagi rumah lain yang ada banyak barang, kerja mencuci akan semakin rumit kerana ketiadaan air. Kesian betul..


p/s : Semoga keadaan kembali pulih sepenuhnya... amin

6 comments:

jo said...

semoga mereka tabah..
='(

alhena said...

jo:
aminn.. aku pun doakan perkara yang sama

Anonymous said...

assalamualaikum alhena..

jangan2 ko pegi rumah bonda abgreds kat pagoh tu..

tu la. turn abgreds and johorean dah lepas. sekarang turn utara pulak.

sama2 sabar dan tabah okey. semua kita sentiasa diuji dan di duga setiap masa...

alhena said...

abgreds:
wassalam, huhu ye ke? entah la. mn le nk tahu rumah bonda abgreds.

yup.. sy berdoa mcm tu juga :)

ardzmarn said...

gua doakan semoga semuanya pulih seperti sediakala..


gua bangga lu turut membantu mereka itu..



:)

.

alhena said...

azman :

:)...