Tuesday, January 12, 2010

.: nombor dan signifikannya :.


Iyer.. nombor. Apa signifikannya dalam hidup aku?.Dari kecik aku tak sukakan nombor sebab selalunya ia membawa kenangan-kenangan yang tak best.Meh aku senaraikan..


1. Masa aku darjah satu aku dapat no 24 untuk exam akhir tahun. Since dat day abang aku selalu ejek aku. Dia cakap kat aku "tu ( two ) pat ( empat) = tu pat" setiap kali nampak muke aku.Aku lupa aku kena marah ngan ayah aku atau tak. Tapi part abang aku ejek tu memang annoying sungguh (marah abang aku hahahha). Sebab dia ejek aku sambil buat aksi yang kami panggil " enau gudbest" = 2 tumbs up.


2. Berat aku masa aku darjah 3 ialah 15kg. Dan aku masih ingat cikgu aku gelak sakan dan cakap berat aku sama dengan berat ikan kat pasar. Huhu.. sampai ati cikgu. Terasa tawww ati kecik saya.


3. Pipi aku berjahit 4 jahitan masa aku tingkatan 4. Gara-gara main hoki. Lepas tu.. aku benci no 4 dan benci hoki. Ustaz aku usik aku, kalau aku fail paper syariah islamiah (opss!! terpecah rahsia :p) dia akan ikat aku kat tiang letrik sambil silang kayu hoki kat tengkuk aku. Huh!


4. Aku tak pernah mendapat result yang baik dalam subjek yang berbentuk pengiraan seperti matematik.Aku selalu kene sekeh / ketuk kepala dengan cikgu math aku.Aku ingat lagi.. kawan aku ajar, kalau tk nak sakit, pakai anak tudung/serkup kepala tebal2. Kalau bole.. pakai 2 3 lapis. Nak lagi syok letak span. So.. kalo cikgu aku sekeh.. tak kena la kepala aku kan? kan?. Genius sungguh kawan aku!. Tapi aku tak pernah try pun.


Aku dapat 7 untuk matematik n aku fail dalam prinsip akaun. Satu-satunya subjek pengiraan yang aku dapat best student ialah ekonomi masa aku STPM. Itu pun sebab cikgu yang mengajar tu hensem.Kalo tak hensem aku rasa aku fail gak. Haishh.. rupa paras sangat membantu dalam memberi motivasi kepada pelajar.Aku nak sarankan supaya elemen rupa paras turut di masukkan dalam syarat untuk pengambilan pelajar-pelajar edu.Hiks..


Apahal aku dok cerita pasal nombor-nombor malam bute ni?.Sebenarnya.. tadi aku mendapat tugasan dari bos untuk menyiapkan paperwork yang bernilai juta-juta (sila jangan percaya). Aku terus panik. Dah le math dapat 7 dan fail prinsip akaun.Aku terus pm kawan baik aku,


Aku : Awak!!... Huwaa!!! Saya kena buat paperwork juta-juta ni. Mati la saya!!

Dia : Hahahha*gelak*

Aku : Saya dah la fail math!.Eh! Awak..juta ada berapa no ye?

Dia : Wahahahahaha!!! *aku rasa dia gelak samil meloncat-loncat*

Aku : :(




P/s : Aku sebenarnya siyes lupa juta ada berapa nombor.Sapa bole tolong aku buat paperwork ni..huwaa!!

5 comments:

hisham said...

salam..lame x jenguk blog u ni..sori...nombor??..i bnci nombor...haha

qaishifa said...

nombor?? normally org pompuan terror bab kira2 ni. ada sorang kawan aku ni kat skolah dulu. cikgu smpai tak larat nk bg markah. smpaikan cikgu ckp dia dah kaya la dlm markah maths ni. aku yg selalu gagal. result SPM aku balun kaw kaw. A1 beb.

bab duit. pompuan cukup pandai. bleh plak dia kalkulet duit gaji kita habis bila, duit ot ke mana, duit rokok brapa ringgit.. fuh padahal math tak dpt kredit pun.. walaupun tak suka nombor tp bab duit dgn masa terror plak.

alhena said...

hisham:
sama la kita. tk suka nombor :P

qaishifa:
hahah.. betul2!.Bab duit suami mmg la kena calculate :P

Unknown said...

same la kite kak.
tp sy terer modern math jer.

alhena said...

ries lee:
terer la tu.. :P