Friday, January 8, 2010

.: henpon yg comel dan tuan yg bute IT :.


Aku suka hp baru aku ( riak sungguh! astarfirullahal azim ). Selain dari sangat comel aku dah bole upload pic2 yang aku snap ( hp yang dulu cuma bole amik pic je, nak transfer ke laptop tu tak bole. Bunyinya sangat kasihan bukan?). Tapi.. aku juga sangat sayangkan hp aku yang lama. Sebab itulah first hp aku. Usianya sudah 6 thn.


Aku dah snap mcm2 pic dan sangat xcited untuk transfer ke laptop aku. Tetapi tiba2 aku teringat, hosmate aku beli ada satu benda kecik ( aku tk ingat nama dia ) untuk letak memory card kemudian barulah dapat transfer pic dalam hp. Muke aku yang ceria tetiba keruh. Sebab mana la ada sesapa kat rumah ni selain aku seorang diri. So.. aku pun msg hosmate aku


" Babe, kalau k.hena nak transfer pic dalam hp k.hena, nak kene beli benda alah kecik tu yang letak memory card tu ke? or bole guna kabel usb tu je?"


Hosmate aku tak balas, aku chat dengan kawan aku n tanya dia. Huhuh punye la bute IT ( sesi pengakuan ketidakcerdikan sendiri ). Rupanya bole transfer macam tu je. Yeay!!.So... ini adalah antara pic yang sangat tidak kreatif di snap oleh aku. Yippi!



Ini ialah en.kucing yang menemani aku di rumah hari ni. Dia ni selalu datang mintak makanan. Tengoklah dia pandang aku sambil buat muke kesian tu. Huhuhu


'Yeay! Dapat makanan!,' kata en.kucing dalam hati



Ini adalah aktiviti aku 2 malam yang lepas. Aku sudah di landa kemiskinan akibat dari aktiviti bersoping sakan. Hurmm.. aku layak dapat bantuan kebajikan tak?. Aku berharap .. dengan memaparkan pic macam ni ada pihak2 yang prihatin dan sudi menderma kepada aku. Syarat-syarat pendermaan ialah :

1. Derma perlulah melebihi jumlah 50 k , ( ye la.. 20 sen aku tak mau! )

2. Lebih dari 80 k juga di alu - alukan :D




p/s : Sebenarnya pakcik cafe tanya kalau aku ada duit syiling untuk tukar. Ada sapa lagi nk pecahkan tabung?

2 comments:

Unknown said...

toyol ska sgt duit syiling yg banyak tu...

alhena said...

Ries Lee:
huhuh.. jgn la ckp camtu. takut akak.. huhuhu :S