Wednesday, March 25, 2009

.: Kucing yang signifikan dalam hidup aku :.

Aku dan kucing tk dapat dipisahkan sbb aku mmg suka kucing dan aku mmg sukakan binatang. Ada seekor kucing di opis yang manja dengan aku. Setiap pagi dia akan tunggu aku di pintu opis, nampak je aku sampai... dia terus mengiau dan berlari terkodek2 membawa perut dan tubuhnya yang besar mengikut aku.

Aku pangge dia Bam. Singkatan dari Tembam, sbb dia mmg bulat dan tembam. Bam ni, bulat sbb dia mengandung ru
panya. Aku mati2 kata dia obesiti ( buta betul aku ni.. nk kena jadi bidan kampung dulu kots?!).Aku pernah gaduh dengan mamak restoren bawah opis aku pasal Bam

Aku : Bam.. Bam..chu.. chu.. ( aku pang
ge bam masa nk bayar top up yang aku beli )

Mamak itew : Eh? itu kucing saya la.. kenapa u panggil?

Aku : Eh? tu kucing saya la.. nama dia Bam

Mamak itew : Tak.. nama dia jeya ( jeya?? hahahha adoii!!.. aku sakit perut gelak.. dalam hati je la.. gelak depan mamak ni kang dia baling roti canai lak kat aku. Bagi la nama komersial
lain kat kucing ni.. siyan sungguh!)

Mamak ni tk puas hati ngan aku .

Mamak itew : Jom kita lawan.. u pangge dia Bam..saya pangge dia Jeya.. kita tgk dia ikut sapa ( hahahha )

Aku : Ye la tuu ( samil jelir lidah )

Bam dah selamat beranak pun. Dan dia dalam proses nak menempatkan anak-anak dia di tempat yang selamat dan selesa. Dan salah satu tempat yang telah dia datang untuk buat pemantauan ialah bilik aku. Tengok la gelagat dia ...


Bam mintak izin aku dengan gesel2 kaki aku dulu


Bam tengah selongkar belakang langsir.. kot kot ada port menarik..

Bam keluar dari bilik aku setelah kuciwa kerana tkde port yang sesuai untuk letak anak.. tsk tsk..

6 comments:

Solo MK said...

very the cute la posting yg ni...kekek...siap ngan gambo2 Bam tu..

alhena said...

boy - hehe tengs :P

qaishifa said...

hi awak. sham sini. kucing tu kat opis ke umah. mcm kat opis je? bior betul bela kucen kat opih... ish ish ish

alhena said...

sham - betul la.. kucing tu kat opis. bam dh siap bawak anak2 dia tinggal dpn pintu opis. hehe

qaishifa said...

loorr.. pes time la dgq kucen duk ofis. educate nye

alhena said...

sham - biasa la.. bila keje kat tmpat educated ni sumenya educated. bukan kucen je, monyet, nyamuk, lipas.. sumenya pandai! :p