Wednesday, August 19, 2009

.: the broken smile :.


Dah lama aku tk lihat dia senyum. Dan aku menjadi rindu pada senyumannya. Suaranya selalu lembut memujuk.. dari aku kecil sehingga aku sudah berusia 30 sekarang, dia amat jarang marah..dia punya kuasa memujuk yang sangat tinggi. Selalunya aku akan menurut walau dalam hati memberontak.

Kalau bukan kerana dia... aku amat yakin aku tidak akan berada di sini. Kalau bukan kerana dia bersungguh2 mahu aku terus belajar, walaupun aku sebenarnya terlalu malas...aku takkan menjawat jawatan ini dan aku takkan menyambung lagi pelajaran aku ini. Aku sudah berada di kedudukan yang selesa aku kira. Tidak kaya.. itu tidak apa.Cukup dengan kesederhanaan yang aku ada. Alhamdulillah...

Begitu pantas masa berlalu, aku masih merasa aku tidak dewasa dan dia tidak pernah di makan usia. Selama ini aku sentiasa melihat dia sihat dan kuat, aku tetap di layan seperti anak kecil. Jadi aku tak pernah merasa dia sudah tua. Kalaupun aku pulang ke kampung, sakit demam aku yang di dahulukan walaupun dia sendiri tidak sihat. Dia tidak pernah berhenti menjalankan tanggungjawabnya. Aku kira tanggungjawab itu takkan pernah selesai di matanya.

Sehinggalah dia jatuh sakit.. aku jadi terkejut dan susah untuk menerimanya. Aku tk pernah merasa dia telah di mamah usia. Pada aku, dia sentiasa sihat dan muda. Melihat dan menemaninya yang terlantar di hospital bukanlah sesuatu yang senang. Dalam keadaan begitu pun dia masih memikirkan kami dan kesiankan kami yang menemaninya di hospital. Kadang2 aku ingin marah.. sudahlah di fikirkan tentang org lain. Kami ini anak2 abah.. tanggungjawab kami menjaga abah.Kami cuma nak abah sihat kembali.Tiada apa lagi yang kami pinta...cuma satu..semoga abah kembali sihat.


p/s : Aku baru pulang dari kampung. Menemani Abah di hospital. Tiada apa yang aku mohon..cuma semoga Abah kembali sihat...


No comments: