Monday, July 20, 2009

.: garfield :.

Aku mmg sangat sukakan kucing. Ada seekor kucing di rumah aku yg aku selalu usha. Malangnya kucing ni bukan jenis manja. Setiap kali aku nampak dan panggil dia 'chu..chu..chu..' mesti dia buat muke bodoh dan selamba. Aku dan teman sebilik namakan kucing ini GARFIELD. Sbb bulunya yang cantik dan muke yang selamba bodoh.

So, setiap kali aku nampak garfield aku akan cuba dekati dia. Tak percaya? Ada sekali tu masa aku balik dari kerja, aku terperasan garfield ada di bawah kereta jiran aku. Terjengket2 aku pegi rumah jiran aku dan snap pic garfield. Tada!! .. ni la hasilnya


garfied tgh relak dgn muke cuak

Pastu ada satu petang tu aku nampak dia lepak tepi kereta aku. Aku tk berani keluar rumah takut dia lari. Biarlah dia nk rehat. Aku cepat2 snap pic dia.

nampak ekor je pun


Last week aku borak dengan teman sebilik, tertanya2 ke mana garfield. Dah lama tk nampak dia. Aku rindu nk tgk dia selongkar tong sampah dengan muke selamba dia tu. Dia macam hilang je.

Jumaat lepas aku nk keluar dgn teman serumah aku. Aku perlu undur kereta aku dahulu sbb kereta aku kat belakang. Tetiba aku dgr suara kucing yang sangat sayu, mengiau kat aku. Aku naik heran... aku tgk keliling aku tk ada. Aku tgk bawah kereta.. aku nampak garfield terbaring dan aku bau busuk sangat. Rupanya garfield sakit. Kakinya berlubang dan berulat. Sbb tu bau busuk. Aku kesian sangat tgk dia, dia tk berhenti mengiau kat aku. Aku angkat garfiled dan letak atas paper..dan letak dia ke tepi.. kesianya garfield.Mesti dia sakit betul. Aku kebetulan nk keluar. Masa keluar.. aku teringat2 garfield n aku terdengar2 suara dia sayu mengiau kat aku. Aku dah bercadang2 nk letak minyak gamat. Tak kisah la apa pun.. janji letak ubat kat kaki dia. Tapi.. bila aku balik.. aku tgk garfield dah tkde :(

Sebenarnya.. sampai hari ni aku still terdengar suara garfield. Hopefully dia ok..

No comments: