Wednesday, July 15, 2009

.: 10 alasan untuk tidak mengapdet blog :.


Aku sudah lama tak mengapdet blog ini. Sebenarnya itulah masalah utama aku sekiranya aku menjadi seorang blogger. Ini adalah blog aku yg ke LIMA @ 5.Huhu.. dan aku menjadi blogger since aku belajar lagi sampai dah keje skang ni. Dulu.. konsep @ peranan @ fungsi blog kepada aku adalah semata2 tempat untuk aku sharing tentang suka dan duka aku.. dan sebenarnya fungsi @ peranan @ konsep itu masih aku teruskan sehingga sekarang.

Itu sedikit sejarah tentang dunia blog aku.. selalunya aku akan bagi alasan "bz" kalo aku tk apdet blog. Kesian kat "bz" .. kalolah beliau boleh berkata2 tentu beliau marah kat aku kan?.. tapi aku dah tkmo menyalahkan bz lagi ( aku akan cuba guna perkataan lain untuk menggantikan "bz") Ok.. di sini aku senaraikan 10 sebab kenapa aku sudah lama tidak mengapdet blog

1. Aku sekarang kemiskinan. Bagaimana pulak kemiskinan ini boleh berkait rapat dengan kemalasan aku mengapdet blog? entah.. kamu fikirlah sendiri

2. Aku tengah marah dengan TMNET/ TMPOINT dan segala jenis TM yang ada di negara ni. Jadi bila marah.. tk boleh la apdet. Nanti lebih banyak cerita tentang bebelan aku sahaja

3. Aku tgh berangan untuk mendapatkan hp baru, tp tkde duit

4. Aku tensen sbb result aku jatuh

5.Aku amik banyak subjek untuk semester ini. Jadi masa aku akan banyak di habiskan untuk stadi dan membuat tugasan ( ye ke? )


6. Aku ada banyak kerja di opis ( tk sama dengan bz kan?)

7. Aku miss my femli. So next week aku akan balik kg. Pun tk tahu macam mana related dgn tahap kemalasan aku untuk apdet blog


8. Aku sedang buat ulasan jurnal tentang gay, lesbian dan yang sewaktu dengannya ( ada sapa nk tolong?)


9.
Aku sentiasa di tanya dengan soalan cepu emas ( bila nk kawin ? ) jadi itu membuatkan aku tidak boleh mengapdet blog

10. Rumah aku tkde internet!! Huwaaa!! TM kejam.. dah bayar bil tapi tetap tk masukkan lagi internet kat aku!!


Lega rasanya semuanya dah diluahkan di sini. Bagusla ada blog ini. Nanti aku rajin aku akan apdet blog aku hari2 kekekeke..


Moral of the story : Kalo menari tak pandai.. jgn la ckp kucing pun tk pandai menari..

No comments: