Thursday, April 2, 2009

.: mangsa dan pemangsa?:.

Aku sebenarnya dah sediakan pic untuk entry ni dah lama. Tapi aku tk apdet. Aku dan staf jabatan aku terlibat dengan perarakan untuk sambutan jubli perak. Macam biasa.. muke aku la yang paling tk bg komitmen kekek. Aku sempat datang latihan kawad cuma 2 kali. Kemudian terus on!. Dari segi baju.. aku tkde masalah sbb baju di beri. Dari segi kasut?? ye! Ye! aku ada masalah BESAR ( font yang di besarkan untuk tujuan penekanan kepada masalah yang sungguh besar ).

Aku tkde kasut hitam.. maka tengahari sehari sebelum perarakan beramai-ramailah aku dengan staf opis mencari kasut. Aku tak teringin nk beli yg biasa2 dan semata2 untuk perarakan. Pada aku, kalau nk beli.. baik cari yang elok dan nak pakai. So.. kesudahanya aku hanya mengikut kawan-kawan se opis. Aku tak membeli apa-apa. Aku sebenarnya sudah ada kasut hitam yang flat. Tetapi kasut itu sangat cantik dan comel dan sungguh tidak sesuai untuk pergi kawad. Aku pernah biarkan kasut hitam yang sangat cantik dan comel itu didalam kereta selama seminggu. Dan hasilnya.... bunga yang sangat cantik dan mcam buah anggur, bola sepak takraw dan sewaktu dengannya itu telah tercabut.. sob!sob!sob! ( sedey ).


Inilah kasut yang sangat cantik dan comel di mata aku untuk di gunakan untuk berkawad

Aku pun beli la gam cap gajah. Aku rasa dengan membaca nama gam tu pun dah terserlah kekuatannya. Aku beli yang paling kecik. Aku tak pernah guna gam ni. Maka.. malam itu menampallah aku dengan bahagianya. tetiba.. tengah syok menampal.. ada orang ketuk pintu. Aku berlari mencari tudung dan membuka pintu ( masa tu gam kena di jari aku, tapi aku biarkan dengan sangkaan aku boleh mencucinya selepas itu ). Rupanya hosmate aku yang tertinggal kunci. Aku bukak pintu dan meneruskan tugas menampal dengan biasa. Bila aku cuci tangan.. rupanya gam tu tak tanggal? aiyark!! mcm mana nk buat ni?? huwaa!!Tak best betul jari aku. Dia jadi kasar dan keras. Aku pun msg dua orang kawan untuk bertanya


jari aku yang kena gam

nota kaki : sebenarnya gam tu kena banyak jugak kat jari aku, oleh kerana pixel gambar tidak besar maka tak berapa nampak la gam tu. sekian terima kasih



Aku : Awak.. jari saya kena gam gajah.. dia jadi keras dan kasar dan tk boleh buang. Cemana nk buat?

Kawan aku : Senang je tu.. awak kikis je jari awak dengan pisau


Aku : ( dalam hati )Huh! baik aku kikis kaki ko dulu dengan pisau!


dan msg pada Asnee


Aku : Asnee.. cemana ni.. jari aku kena gam gajah. Dia tkmo kuar laa..

Asnee : Hurm.. ko biarkan je.. nanti lelama dia tanggal sendiri

Aku : Berapa lama dia amik masa tu?

Asnee : Sebulan dua

Aku : Whatt?!!! huhuhuhu

Dan resultnya.. bunga utk kasut aku tak lekat pun? Gam tu cuma lekat kat jari aku je. Siapa mangsa dan pemangsa ni??


moral of da story : kalau tak kenal gam dan tak pernah guna gam gajah.. sila rujuk kepada gajah terlebih dahulu .. tsk.. tsk..

2 comments:

qaishifa said...

hahahaha.. tak penah guna gam cap gajah? adoiyai.... awk, len kali beli dabel sided tape je.

kasut tu nk p kawad? alamak.. inesen nye la awek sorang ni. tau tak pasai pa bunga tu tcabut? sebab bila awk ckp nk pakai untuk kawad bunga tu surender terus la. gugur sebelum ke medan kawad.

ingatlah! gam itu musuh anda!

moral of the story : jangan hidu gam.... hehehe

alhena said...

ayah ainnur - sadap u!! :p. Dengki la tu saya tk penah guna gam gajah. don wori sy tk berminat nk hidu gam.. hidu nasi gam beriyani tu ada la sekali sekala :p