Wednesday, May 27, 2009

.: senyumlah... :.

Aku adalah jenis manusia yang tak reti menyembunyikan apa yang aku rasa. Kalau aku merajuk.. semua org akan nampak dari riak muke aku. Kalau aku marah ( yang amat jarang sekali ) pun semua org boleh nampak.Aku sedang tensen sekarang.. tapi.. mungkin kerana aku ni dah semakin matang aku sudah tahu control perasaan aku. Aku masih boleh senyum dan gelak. Semuanya kerana 2 perkara. Pertama.. panggilan telefon yang aku terima kelmarin..

Pemanggil : Alhena..hang dah tau ka hang dapat berapa result?Paper Dr....?

Aku : Alamak! tk tahu la k.i, sy tak tengok pun result. Dia letak kat mana?

Pemanggil : Dia tampal dalam bilik dia. Aku tgk yang hang punya.. sbb hang punya dia tolak markah sbb hantar tugasan lewat...

Aku : ...Aaaaaaaaaaa??!! ( rasa mcm nk menangis!! ).Saya dapat berapa?

Pemanggil : A- rasanya lepas tolak markah sbb hantar lewat.. jadi B+

Aku : Huwaaa!!!!! aku dapat markah B+ bukan sebab aku tk pandai.. tp sebab aku hantar tugasan lewat...huwaaa!!! tensen! tensen!!!!!

Aku sungguh sedih.. sbb result B+ ni telah mencacatkan rekod result aku yang cemerlang selama ini. Result aku tk pernah lagi ada abjad lain selain A dan A-.Tskk.. Tsk...

Itu yang pertama dan yang kedua... tentang kerja aku. Tapi aku tk nk share di sini :(

Aku ingin senyum .. ni pic yang aku snap dari balkoni bilik aku semasa di langkawi.Cantik kan view dia???!


view waktu pagi

Yang ni aku tk sure snap pagi or petang.. rasanya pagi gak.. kekekek

Moral of the story : pengalaman mengajar kita untuk lebih mematangkan diri sendiri. Lepas ni rasanya aku akan lebih tahu mementingkan diri sendiri :). Oh! aku akan ke Bali esok.. nanti aku snap pic banyak2 kat sana. Boleh jugak menjadi penenang kepada jiwa aku sekarang ni :)



No comments: