Hari ni jabatan aku kena berkoir untuk perhimpunan staf bulanan. Aku sebenarnya dah berdebar dari smlm lagi. Sebabnya aku tk pernah datang latihan koir walaupun sekali. Aku tk pernah sempat kerana selalu ada kerja ( mcm aku sorang je sibuk kan??). Oleh kerana aku ni bersaiz kecik.. makanya aku terpaksa duk di barisan hadapan.. tsk.. tsk. Dah le aku tk hapal lagu, pastu pengarah siap ada buat pertunjukan tambahan pulak tu. Aku memang panik sungguh ler. Karang di buatnya aku salah? Tak ke haru namanya tu? Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Siap mendapat tepukan gemuruh lagi. Maka.. kawan baik aku ni ( p.a bos aku) yang aku panggil Fuz.. excited bercerita tentang persembahan kami
Fuz : K.Alhena, sedap sore kita noh!sume orang tepuk tangan lepas kita nyanyi
Aku : Angguk n senyum ( memberi peneguhan kepada mereka yang bercerita supaya memanjangkan cerita )
Fuz : Jabatan lain yang koir sebelum ni mana ada org tepuk tangan lepas derang koir. Jabatan kita je noh!
Aku : Senyum lagi
Fuz : Derang pakat kata, ni pasai kita menang perarakan hari tu.. aura tu masih ada lagi. Tu yang sedap kita nyanyi
Aku : Senyum..
Aku pergi beli makan dgn Fuz .. semasa tengah jalan kaki..
Fuz : K.Alhena, glemer kita noh! baju cantik.. nyanyi sedap pulak tu
Aku : Gelak
Fuz : K.Alhena, nanti time petang ni kita pi servis kete, mesti depa dok heran awat baju kita sama? Kita cakap kat depa.. kat company dot dot ( buat masa ni malas lagi nk bgtau keje kat company mana ) ramai lagi dok pakai baju sama
Aku : Gelak.. alahaii fuzah oii!
2 comments:
gambar baju? ni gambar jari je dengan kain.. ish ish ish... bulu idung pun tak nampak... keh keh
ayah ainnur ni dengki laa :P
Post a Comment