Wednesday, May 27, 2009

.: senyumlah... :.

Aku adalah jenis manusia yang tak reti menyembunyikan apa yang aku rasa. Kalau aku merajuk.. semua org akan nampak dari riak muke aku. Kalau aku marah ( yang amat jarang sekali ) pun semua org boleh nampak.Aku sedang tensen sekarang.. tapi.. mungkin kerana aku ni dah semakin matang aku sudah tahu control perasaan aku. Aku masih boleh senyum dan gelak. Semuanya kerana 2 perkara. Pertama.. panggilan telefon yang aku terima kelmarin..

Pemanggil : Alhena..hang dah tau ka hang dapat berapa result?Paper Dr....?

Aku : Alamak! tk tahu la k.i, sy tak tengok pun result. Dia letak kat mana?

Pemanggil : Dia tampal dalam bilik dia. Aku tgk yang hang punya.. sbb hang punya dia tolak markah sbb hantar tugasan lewat...

Aku : ...Aaaaaaaaaaa??!! ( rasa mcm nk menangis!! ).Saya dapat berapa?

Pemanggil : A- rasanya lepas tolak markah sbb hantar lewat.. jadi B+

Aku : Huwaaa!!!!! aku dapat markah B+ bukan sebab aku tk pandai.. tp sebab aku hantar tugasan lewat...huwaaa!!! tensen! tensen!!!!!

Aku sungguh sedih.. sbb result B+ ni telah mencacatkan rekod result aku yang cemerlang selama ini. Result aku tk pernah lagi ada abjad lain selain A dan A-.Tskk.. Tsk...

Itu yang pertama dan yang kedua... tentang kerja aku. Tapi aku tk nk share di sini :(

Aku ingin senyum .. ni pic yang aku snap dari balkoni bilik aku semasa di langkawi.Cantik kan view dia???!


view waktu pagi

Yang ni aku tk sure snap pagi or petang.. rasanya pagi gak.. kekekek

Moral of the story : pengalaman mengajar kita untuk lebih mematangkan diri sendiri. Lepas ni rasanya aku akan lebih tahu mementingkan diri sendiri :). Oh! aku akan ke Bali esok.. nanti aku snap pic banyak2 kat sana. Boleh jugak menjadi penenang kepada jiwa aku sekarang ni :)



Sunday, May 10, 2009

.: yang tertinggal :.

Aku baru pulang dari langkawi.Langkawi lagi..kali ni, aku jadi urusetia. Dan hari ni aku berada di opis. Yang pertama aku tgk ialah Bam.. dia mcm biasa.. akan mengiau bila nampak aku. Tapi aku tk nampak anak2 Bam. Sekor dah mati. Dia terjatuh dalam longkang n lemas sbb hujan lebat. Aku nampak yg sekor lagi.. aku masuk longkang n amik dia. Yang kaler putih tu kat tengah longkang n aku tk dapat capai. Kesian dia.. mengggigil kesejukan, bila si putih ni mengiau pun suara dia dh lain. Aku pun dapat tgk dia takkan hidup lama. Bam tgk je aku amik anak dia dari longkang. Aku rasa kalau dia manusia, tentu dia dah ucap terima kasih kat aku. Ada kereta wira warna hitam lalu depan aku, dan dia ternganga tgk aku ada dalam longkang. Aku cuma buat bodoh. Aku mmg spesis selamba.

Aku balik dari Langkawi.. yang tertinggal cuma Bam dan gambar- gambar ini. Aku amik pic ni masa Bam dan anak-anaknya berkampung depan pintu opis aku. Masa tu.. tiap kali aku rasa tensen aku akan keluar dan bermain dengan derang. Kadang aku cuma tengok dari jauh. Seronok tgk anak-anak Bam bermain, melompat dan berlari ke sana ke mari.


Masa ni derang tgh tido.. aku pegi kacau.. tu yang menggeliat sakan dedua ekor.



Iyarhh!.. bersedia untuk menggaru telinga.. yg si hitam tk habis lagi menggeliat.


Yang ni bergantung di kain aku


Yang putih ni cacat, kaki dia kengkang, kalau dia berlari mesti dia terjatuh.. kesian dia


Dedua ekor dh mati. Yang tertinggal cuma pic ni...