Monday, February 23, 2009

.: gigi yg sakit :.




Hari ni
gigi aku sakit semula.. setelah seminggu ia menjadi baik dan mendiamkan dirinya. Aku dh ke klinik last two weeks sbb gigi aku mengamuk2 dalam mulut aku kan. Aku siap mc lagi tu. Malam tu aku tkleh tido. Lepas doc bagi ubat iaitu ponstan n antibiotik or antibodi ( err.. aku konpius mana satu )
. Aku telan 6 bijik ponstan esoknya tu.. mmg sakit. Lepas tu 2 hari aku cuma makan bubur nasik. Terasa nikmat makan yang telah di tarik. Tawar betul hidup aku. Dh le aku bukan spesis suka makan manis2 pun selama ni. Lagi la tawar kan?

Inilah conversation aku dgn doc yang aku tk nampak mukenya itew!

Doc : "adik, gigi adik ni kena cabut ye?
Aku : (dengan nada terperanjat n ala2 nak melompat ) aaaaaaaa!!!!!
Doc : takpe dik, kita tk cabut lagi hari ni sbb dia sakit. adik datang minggu depan ye? kita cabut
Aku : (dalam hati ) thee he he .. kalo gigi aku tak sakit dah, mampus aku tk datang .. thee he he

Dan memang betul, last week satu minggu gigi aku baik je. Dia tk meragam ,tak mengamuk n tak marah2. But this week.. dia dh start meragam balik.. Huwaaa!!

hosmate aku ckp : "tu la.. kan doc tu dh ckp kena cabut! dah betul la tu.. dh sampai time dia.."

ohh tidak!tidak!

p/s : aku sebenarnya amat takut jumpa doc gigi. inikan pula nk menyerah diri untuk cabut gigi :(. Ada sesapa nk gantikan tempat aku???

Sunday, February 22, 2009

.: kosong :.



Aku ada kelas hari ni, dari 9-3 petang. Alkisahnya selepas tahu anak sedara aku sakit, aku mintak dengan lec utk pulang. Tp tk dapat. So aku tk pulang ke kg. anak sedara aku pun dh balik rumah semula. Dari pukul 9 sampai 3 petang..aku rasa kosong je. Lec aku dok bising kat depan pun aku rasa tk dengar apa-apa. Aku tak rasa aku ada dalam kelas. Otak aku fikir macam2,anak sedara aku, tugasan aku, org2 yang suka mengacau aku dan sebenarnya aku rasa yang paling banyak dalam otak aku ialah "dia". "dia" yang hilang entah ke mana. Aku harap semuanya akan ok utk "dia". He used 2 be my fren.

" aku dah tk mahu menulis sajak sedih utk kau. Aku dah lama berdoa agar kau gembira. Aku tak pernah menyangka, aku mendapat berita sebegini tentang kau.Aku harap kau tabah menghadapi segalanya. Jangan merajuk lagi...kau pernah memujuk aku tentang rajuk"

Betul la.. ini lah yang aku fikirkan 2 3 hari ni. Dan mungkin takkan sudah selagi perkara ini belum selesai...

Wednesday, February 11, 2009

.: secerah dan selembut kulit bayi :.

Hari jumaat, sebelum aku kuar bersopin dengan rumet aku. Aku cuci bilik air dan basuh baju. Aku ada beli mandian johnson baby milk bath yang refil tu.. ala.. yg selembut secerah kulit bayi tu. aku tk berapa pasti bab cerah tu sbb kulit aku dh mmg sedia cerah gegege ( pasan! :p).

Oleh kerana pack yang refil tu 600ml, botol yang sedia ada ngan aku plak 500ml. Maka, ada la lebihan lagi 100ml dalam refil pack tu. Aku pun terfikir nk cuci bilik air guna mandian johnson baby milk bath tu. Manalah tahu, kot kot lepas tu bilik air aku jadi selembut n secerah kulit bayi gak ahahah. Bab bau wangi tu sah sah la kan? Aku pun berus la bilik air tu.. dan inilah hasilnya.....



Haaa..! kan cantik bilik air rumah aku?Kesimpulanya.. lepas ni kena la beli pencuci bilik air yang sesuai dengan bilik air. Jangan memandai-mandai nak guna mandian sendiri lak. Aku prust sbb bilik air aku tk jadi selembut dan secerah kulit bayi pun . Huh!

Monday, February 9, 2009

.: mee sizzling aku :.


Aku seorang yang mudah jemu dengan makanan. Selalunya aku jarang makan nasi.Aku biasanya pilih utk makan mee. Janji yang berkuah. Contohnya mcm mee bandung, sizzling, hailam or whatever la janji halal dan berkuah. Kat cafe kegemaran aku tu, tokei dia dh bleh tahu aku suka makan mee, kalo tetiba aku order " dik mihun bandung satu".. dia akan tanya semula.. "mee ke mihun kak?" huhu. Sungguh prihatin adik itew!

Last week aku kuar ngan rumet. Mensoping barang2 yang dh banyak yg habis. Sabun, toner, pencuci muke, hadiah besday ( yg ni bukan barang habis yer ) dan lain lain ( korang tambah sendiri ).Mulanya nk pergi tempat lain.. alih2 terpergi tempat lain. Aku mmg awal2 lagi nk makan mee sizzling. So.. walaupun dah bertukar tempat, aku tetap oder mee sizzling. Aku dah membayangkan mee sizzling yang biasa, letak dalam clay pot, berkuah kaler kicap, berasap2. Alih2 mee sizzling yang sampai mcm pic kat bawah ni...


Ermm... bleh ke aku pangge ni mee sizzling? Aku ni tk pandai memasak.. tapi mee sizzling berkuah putih ala2 mee hongkong ni hanya dapat dijumpai di Kedah. Aku jadi konpius, mana satu sebenarnya mee sizzling?Cuba trace pulak.. apa kesalahan dalam pic ni? heheh salad dan sayurnya! Tuan kedai tu bagi aku salad dgn sayur tu sekali dengan batang sayur. Dia mungkin konpius.. aku nk makan dengan pisau n garfu kot? Baru bleh aku potong2 sume tu. Tapi.. dia bg kat aku sudu ngan garfu.. mana mungkin aku nk potong batang sayur yang besar tu. Last2 aku biarkan aja..

Moral of da story : Lain kali.. sila bawak cutlery sendiri.Senang utk di gunakan sekiranya pihak tuan punya kedai/ restoren/gerai tidak menyediakannya.Sekian terima kasih

Friday, February 6, 2009

.: hati yang tercalar :.

Seorang student aku menangis dari pukul 2 ptg sampai 4.30 ptg. Itu depan aku la.. yang dia menangis sebelum tu aku tk tahu. Aku tgk je dia menangis, rasa kasihan sbnrnya membuak2. Aku ingin tahu maklumat seterusnya.. apa erti tangisan itu? Dalam masa dia menangis, dengan tersekat2 dia merayu2.. lalu aku mengerti.. dia putus cinta.Matanya dh bengkak dan aku andaikan dia sudah pun menangis sblm ini. Mungkin sudah 2 3 hari.

Aku tak ingin bercerita lanjut tentang dia. Cuma yang aku ingin kongsikan di sini.. betapa hebatnya tamparan hati yang tercalar. Luka di jari walau pun sembuh masih ada parutnya.. tapi.. luka di hati? Tiada siapa yang tahu. Semua org ada masa masing2. Ada orang lama.. ada orang sekejap.

Di saat dia memberikan cinta seikhlasnya mana mungkin dia terfikir hatinya itu di kembalikan semula dalam keadaan tercalar. Dia kira.. hatinya itu akan di jaga selamanya. Tapi sangkaan dia meleset. Lalu kita yang melihat akan berkata.. "dah la tu.. dah tkde jodoh", "Nak buat mcm mana.. bukan boleh paksa orang sukakan kita" dan macam2 lagi.

Dan itu lah hakikatnya.. aku selalu percaya, kalau aku mengenangkan betapa susahnya aku mencari jodoh aku, maka.. dia pun begitu. Dia sedang mencari aku di luar sana.Kami belum bertemu.InsyAllah.. kami tetap akan bertemu seperti yang telah Allah tetapkan. Dan kita hanya perlu berusaha :)

Pesan aku buat student,

Adik.. kesedihan adalah umpama air hujan, walau serintik mana, walau selebat mana.. ia tetap akan berhenti...


Monday, February 2, 2009

.: tulip! oh.. tulip! :.


Cantik tak pic ni?pic ni aku simpan dari zaman aku belajar dulu.. sampai la sekarang. Sebabnya aku amat2 suka. Selain dari aku suka bunga tulip tu sendiri .. aku sukakan gabungan kaler kuning dan merah yg cukup menyerlah tu. Kawan aku amik pic ni masa dia belajar di Jepun. Tengs Guzen.. aku still simpan gambar ni.

Ada banyak lagi pic tulip yang dia bagi kat aku. Tapi yang ni satu paling aku suka. So.. aku saje letakkannya kat sini. Bleh ilangkan pening kepala n sakit otak yang aku alami skang kot. Melihat dan menghargai ciptaan Allah kepada manusia :)

.: lapar n malas keluar :.

Alkisahnya.. lepas balik dari kelas. aku biasanya mmg dah malas nk keluar. kelas aku setiap hari sabtu, dari 9-3 petang. selalunya lec aku tak nk kitorang kuar dari kelas n beli makan. so.. lec yang baik ati ni akan belikan kitorang punya makan tghari.

Yang selalu menjadi masalah pada aku ialah, aku alergik seafood. Selalunya nasi yang di beli mesti ada seafood. so.. end up dgn aku tgk classmate lain makan dgn bahagianya. huhu siyan aku. tp bila dh balik rumah..aku mmg malas sangat nk singgah memana. so.. petang sabtu tu mcm biasa aku balik rumah. aku bukak peti ais.. n jumpa jeli tu dalam peti ais. rumet aku punya.. so aku makan yg tu je la.. sedap! ada sesapa nk?

Itulah makan petang aku. lepas tu aku masak mihun goreng plak. huh! lepas tu baru kenyang!..alhamdulillah



Sunday, February 1, 2009

.: taman klcc :.


Kamu perasan tak itu pic apa?Sila besarkan mata kamu yer? Tak nampak? ish.. pakai kanta pembesar je la kalo mcm tu. Aku mintak maaf la.. sbb pic ni di ambil dengan menggunakan kamera hp yg cikai. huhuhu. Ni sebenarnya taman klcc dari sky bridge. Cantik kan?!

Aku ke sini membawa student berjalan-jalan ( termasuk la aku sama )untuk makan-makan angin ( ada ke org makan angin?).So kualiti pic tu tk sama la dgn pic yg diambil dengan menggunakan kamera yang canggih2. lagipun aku bukanlah reti sangat nk snap pic. Asal elok di mata aku.. sudah!.

Oleh kerana bukan senang nk dapat peluang naik ke sky bridge ni, aku amik la peluang snap pic ni. Ini je la satu pun pic yg aku ada.. ahaha