Tuesday, September 25, 2012

Abah

Dah sekian lama aku tak menconteng sesuatu di blog ni. Aku sudah ada blog baru. Tapi blog ni aku tak delete sebab aku sayang. Aku sudah pun pulang dari Melbourne. Atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa memendekkan cuti tanpa gaji dan berada di sini. Berjauhan dari En. Hubby :(.

Bulan 11 aku akan mula masuk opis dan sementara itu aku akan berada di rumah. Bagi semua orang rumahku syurgaku bukan?. Begitu jugalah pada aku yang selama ini ternanti-nanti waktu cuti dan boleh bersama keluarga. Tapi sejak abah sakit, aku sebenarnya sangat takut pulang ke rumah. Aku takut dengan hati aku sendiri yang tidak tahan melihat penderitaan abah.


Dari kecik, semua orang kata aku anak abah. Aku memang ikut muke abah. Hidung, mata,bentuk muka, bibir cuma warna kulit aku agak cerah macam mak. Cara aku bercakap, cara aku sikat rambut sangat ikut abah. Abah seorang yang soft spoken. Seingat aku dari aku kecil, abah tak pernah marah aku. Yang selalu marah dan membebel cuma mak aku ( ya itu normal ). Aku dapat pangkat 3 masa SPM  ( sila percaya ), abah tak marah. Aku mengulang SPM dan STPM sebanyak 2 kali ( ya, juga sila percaya ). Abah juga tidak marah. Tapi aku tahu abah sangat kecewa. Bak kata orang dalam sesikat pisang ada satu yang buruk. Ya. Yang buruk itu aku. Sebab aku di lahirkan dalam kalangan adik beradik yang sangat bijak. Tatkala semua adik beradik aku cuma mendapat no 1- 5 dalam kelas or keseluruhan kelas, aku cuma dapat memberitahu aku dapat no 24 dalam kelas.*pensan*


Abah selalu cerita pada kami dan tunjukkan result examnya yang melayakkan dia untuk belajar di Universiti Al-Azhar. Tetapi kerana atuk dan nenek orang susah dan abah anak lelaki sulung, abah berkorban demi adik-adiknya. Maka ada antara pakcik aku yang berjaya masuk ke universiti. Oleh kerana cita-citanya tidak kesampaian, maka pada kami semua adik beradik di letakkan semua impiannya. Kami semua perlu masuk universiti. By hook or by crook. Ya. Setelah 2 kali mengambil SPM dan 2 kali juga mengulang STPM (menjadi pelajar terbaik ) aku akhirnya dapat masuk ke Universiti Malaya.


Dari kecik, abah didik kami menyukai buku. Setiap kali abah ingin keluar mencari barang, dia akan bawa kami semua dan meletakkan kami adik beradik di perpustakaan. Kami akan berada di situ sehingga segala urusannya selesai. Dan kami di benarkan mengirim apa saja yang kami nak. Selalunya aku akan mintak snack coklat dan air soya. Maka tinggallah kami adik beradik bersama buku-buku. Kalau di hujung minggu, abah juga rajin membawa kami ke library di opisnya. Aku ingat lagi buku-buku yang aku suka baca. Siri Enid Blyton, Nancy Drew, Ke Mana Sang Kancil, Kisah Dongeng Rakyat dan buku fevret aku tentunya Bunga Arianur karya Ahmad Petra Abdullah. Kalau tiba waktu cuti sekolah pulak, abah akan meminjam berkotak - kotak buku dari perpustakaan negeri. Aku ingat lagi masa tu aku darjah 4 dan buku fevret aku Romeo n Juliet, keh keh keh. 


Hasil dari kesungguhan abah, kami semua belajar di universiti dan mendapat pekerjaan yang baik. Alhamdulillah. Tanpa abah aku tak fikir aku akan berada di sini hari ni. Terima kasih abah, budi abah takkan dapat aku balas sampai aku mati. Aku ingat lagi, waktu aku mendapat tawaran ke Universiti Malaya, abah hadiahkan aku seutas jam tangan. Jam tangan itu masih elok hingga sekarang. Dan ia satu -satunya jam tangan yang aku ada. Aku tak pernah cuba membeli jam tangan yang lain sebab aku sangat sayangkan jam tangan tu. 


Sekarang abah terlantar sakit. Sampai sekarang aku masih tak boleh melihat mata abah. Aku tak tahan melihat bening sayu pada pandangan abah. Berada di rumah setiap hari berdepan dengan keadaan abah bukan sesuatu yang senang. Tiap hela hembus nafas aku berdoa untuk abah. Tidak ada sedetik waktu aku lupakan abah. Tiada apa yang lebih aku mahukan dari melihat abah sembuh. Aku yakin, setiap ujian yang di beri pasti ada hikmahnya. Ya Allah Ya Tuhanku..redhakanlah hati kami dengan segala ujianMu, agar kami dapat menjadi hambaMu yang bersyukur dan bahagia dalam apa jua keadaan. Kerana sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang telah Kau aturkan untuk kami. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahya...

Friday, February 3, 2012

.: visa application process a.k.a the waiting process :.


Sebelum berkahwin lagi hubby dah bertanya aku nak ikut dia ke tak. Dengan penuh tergedik2 ( dalam hati je, kat depan cool ) aku menjawab " nak ikuttt" sambil buat muke macam ni

nak ikuttt...

Hubby aku cakap, bagi masa 3 bulan untuk dia buat preparation. Pindah rumah n so on. Kami berkahwin pada bulan september 2011 dan kalau ikut perancangan aku akan bermula cuti tanpa gaji pada 1/1 /2012. Seawal 5 oktober 2011 En. Hubby dah hantar permohonan untuk mendapatkan elaun bantuan keluarga. Kos hidup di Melbourne adalah sangat tinggi dan tidak mungkin En. Hubby dapat menyara aku sekiranya tiada elaun bantuan keluarga ini, melainkan aku bekerja. Tetapi bekerja adalah option yang tidak akan di buat oleh En.Hubby.


Seawal bulan november aku mula membuat follow up tentang elaun tersebut. Setiap panggilan telefon yang tak pernah berjawab menyebabkan aku kadang-kadang panas hati. Tapi masa ni sangat jarang aku call, sebab aku masih lagi busy di ofis. So, aku buat tak tahu dan fokus pada kerja aku saje. Tetapi, bila aku mula bercuti iaitu 1/1/2012 aku mula tak senang duduk. Ingat best ke dok menganga kat rumah tkde gaji?. Sangat tidak best ok?. Dari seorang yang sangat hectic dan tak pernah duduk diam, tetiba aku ternganga nganga di rumah. Owh!. Sangat tensen. So aku mula menguruskan dokumen-dokumen yang di perlukan untuk ke sana. Antara dokumen yang di perlukan ialah :

1. Pasport
Yang lama dan juga yang baru. Copy semua perjalanan yang pernah di buat sebelum ini. Kalau kamu kaki berjalan.. maka banyaklah copy yang perlu di buat. Huhuhu. Owh! Pasport pasangan juga di perlukan. Untuk kes aku, En. Hubby scan pasport dia dan buat pengesahan di sana pastu email pada aku.

2. Sijil nikah
Last minute baru aku tahu dia nak sijil nikah yang translation punya. Jangan bimbang, pejabat agama sememangnya menyediakan perkhidmatan berkenaan. Pergi je pejabat agama, buat muke urgent gile, pastu buat banyak tanya "berapa hari ye bole siap?, saya nak cepat ni" ( macam ko sorang je bz atas dunia ni kan? ).Di jamin akan siap dengan cepat.

3. Surat dari University En. Hubby yang menyatakan En. Hubby adalah pelajar di sana. Ini juga perlu pengesahan di sana

4. Overseas Student Health Cover (OSHC)
Adalah menjadi satu kewajiban untuk mempunyai insuran cover ini, kalau tak anda tak di benarkan untuk ke sana. Huhu.

5. Financial Afidavit (FA)
Ini adalah penyata kewangan yang di keluarkan oleh pihak universiti untuk membuktikan En. Hubby mendapat elaun bantuan keluarga dan boleh menyara aku di sana seadanya. Ini juga wajib di lampirkan.

6. Penyata bank En. Hubby di sana
Dia nak check.. betul ke ada duit? Huhuhuh


Semua dokumen perlu pengesahan daripada pesuruhjaya sumpah. Pengesahan dari ketua kampung tak main aaa.


Semua dokumen ini sebenarnya memang nampak sangat senang. Kalau dokumen yang melibatkan aku sendiri macam sijil nikah n pasport memang la senang sebab dah ada. Tetapi aku perlu menunggu dengan sangat lama untuk mendapatkan FA - waiting process no 1.


Setelah dengan bahagianya call universiti setiap hari dan mengacau email semua orang, akhirnya aku mendapat FA. Tetapi.. aku telah mendapat FA yang silap bila tidak di masukkan OHSC dalam FA tersebut. Dan aku menunggu untuk mendapat FA yang betul - waiting process no 2.


Bila dah dapat FA dan sudah siap isi borang 919 dan borang 157A dan semua dokumen cukup maka boleh la membuat appointment dengan pihak immigresen ostolia di Jalan Yap Kwan Seng. Alaa dekat KLCC tu, lepas hantar borang bole pegi lepak di KLCC.


Masa pegi hantar dokumen kat pejabat derang, aku kene pegi jalani ujian biometrik. Kacang je rupanya. Aku je berdebar lebih. Dia pi snap pic n amik cap jari semua jari ( jari kaki je tak ). So, kalau jari tu ada luka, ada inai tkleh le amik. Sila rendam jari dengan clorox bagi hilang inai. Kalau jari luka, sila tunggu sampai sembuh. Baru bole pi buat biometrik


Lepas hantar semua dokumen aku perlu pergi medical check up dengan panel yang di tetapkan oleh pihak imigresen ostolia. Yang bagusnya, website pihak imigresen ostolia ini sangatlah lengkap dengan semua maklumat sampai muntah hijau untuk membacanya satu persatu. Yang tak bagusnya klinik panel cuma ada di KL, Penang, Johor, Sabah dan Sarawak. Terengganu mana wei??. Huhu. Aku di maklumkan aku perlu menunggu seminggu untuk di panggil pergi buat medical check up. Aku ke pej immi last week 25 Januari. Pagi ni 3 Februari aku dah dapat email suh buat medical check up - waiting process no 3.


Hari ni dh hari jumaat, next week dah cuti panjang. Alamatnya hujung minggu depan la aku ke kl untuk buat medical check up - waiting process no 4.


Derang juga email menyatakan aku tak melampirkan lagi OHSC yang mana aku dah highlight dengan kaler kuning. Huwaaa!!. Aku dah call pihak universiti pagi ni 5 kali dan dah email semua orang. Tapi masih belum mendapat jawapan - waiting process no 5.


Setelah semua maklumat atau dokumen lengkap dan medical check up menunjukkan aku sihat walafiat, I have to wait another week to pick up my visa - waiting process no 6.


Berapa banyak waiting process?. Betul tak aku cakap?.


N now.. here I am in the middle of annoying waiting process. Sigh!. Tapi.. aku cuba lihat dari sudut positif. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Firman ALLAH S.W.T : "Sesuatu yang buruk itu boleh jadi baik bagi kamu...dan barangkali yang baik itu sesuatu yang buruk bagi kamu... Sesungguhnya AKU lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa..."

So, aku kat rumah ni sebenarnya di beri peluang oleh Allah untuk membantu mak n abah aku. Sekarang, aku yang uruskan rumah. Masak, mengemas, membasuh, membayar bil. Selain dari menambahkan skill memasak, ia juga satu preparation yang baik untuk aku jadi surirumah sepenuh masa kat sana nanti. Takde la aku terkejut sangat kan?.


Lagipun, sempat la aku jumpa adik bongsu aku yang akan pulang ke rumah dari Bandung 8 Februari ni dan adik lelaki aku yang dari Brunei pulak, balik 10 Februari ni. Hehehe..



P/S : Sesunggunya orang yang sabar di janjikan kemenangan. Semoga segala urusan di permudahkanNya. Aminn..


Wednesday, February 1, 2012

.: credit card :.


Aku sangat malas untuk berhutang dan aku sememangnya tak pernah ada credit card (manusia zaman mana la aku ni hik hik ). Kalau boleh bayar cash aku akan bayar cash. Tetapi untuk certain urusan ternyata amat memerlukan credit card. Pembelian secara online contohnya. Flight ticket?. Huhu.. untuk seseorang yang suka travel macam aku sepatutnya aku ada la kan credit card. Aku takde pun, selama ni aku akan mintak abang or adik aku yang belikan flight ticket. Kemudian aku bayar la kat derang. Senang tak? hehehe.


Oleh kerana aku akan mengikut husben ke Melbourne ( tgh buat visa ) so, credit card adalah satu keperluan bukan lagi kehendak. Dan kerana aku tak pernah mempunyai credit card, aku amat pelik bila di hujani panggilan dari pelbagai service center.Aku tak pernah ada pengalaman macam ni. Dan tak ketinggalan juga aku amat pelik dari mana mereka dapat no telefon aku. Sah sah la kan dari bank?.It's really annoying and freaking me out. Aku menyampah menjawab call yang menipu cakap itu ini dan sangat susah hati sekiranya tersalah cakap. Kemudian one fine morning duit tetiba lesap dalam bank. Nauzubillahiminzalik.


Aku cakap berdasarkan pengalaman student yang kehilangan duit hampir 6k ok?. Dan ya. Dia student. Gara-gara menjawab panggilan telefon yang mengatakan dia menang cabutan bertuah. Menangis- nangis student tu bila nak amik duit RM 50, tertera di mesin ATM "baki anda tidak mencukupi". Sedangkan dia baru menerima duit bantuan zakat dan PTPTN yang keseluruhannya berjumlah 6K. Nak pensan?. Nak menangis?. Takkan nak terjun gaung kan?.


Neway, aku mintak nasihat dari pakcik kesayangan aku. Dia cakap jangan layan semua call tu. Kan pakcik dah pesan, jangan jawab call dari derang. Ingat no telepon derang tu. Kalau no tu naik jangan jawab. Huhuhu. Baik boss!.


Aku : Takpe pakcik, saya ckp kat derang saya tak amik pun credit card tu

Pakcik: kalau dia tanya kenapa tak amik credit card tu nak jawab macam mana

Aku: Saya tak nak amik card credit tu pasal saya takmo jadi glemer, di hujani panggilan telefon hahahha



Baru tadi aku dapat call dari service center tu call lagi. Dan aku jawab, "saya tak nak apa2 discount card" dan mamat tu marah. Hahaha. Duit aku, sukati aku la kan?



P/S : Aku sebenarnya tak amik lagi credit card aku di bank. Rasa macam malas nk amik. Tak amik lagi pun dah glemer. Kalau amik lagi la kan?. Isunya ialah pihak bank sangat tidak bertanggungjawab dan memberi no telefon klien kepada pihak lain tanpa kebenaran. Saman bank bole?

Tuesday, January 3, 2012

.: kek gulung simple :.

Hik hik ( gelak gedik ), semenjak dua menjak menjadi isteri orang ni aku jadi tersangat gatal memasak macam-macam. Salah satunya ialah kek gulung ni. Kek gulung ni memang febret aku dan aku memang buat tiap kali raya. Tapi, tidak pada raya lepas . Hehe, tak sempat nak menggulung weh!. Baru ni aku buat kek ni dan bawa ke opis. So.. sempat la mengada2 snap pic menggunakan henpon strawberry pink aku. Yo laa.. orang lain ado Blackberry. Aku ado la jugak strawberry. Okeh! Jom buat kek gulung



First, pukul mentega dan gula. Mentega 1 cawan n gula 1/2 cawan.

Bila dah mentega n gula dan kembang, masukkan 3 biji telur. Nak campak semua sekaligus pun tkpe, nak masuk sebijik2 pun tadek hal. Kemudian pukul lagiii!


Masukkan sedikit esen vanila

Masukkan susu pekat manis 1/2 cawan

Akhir sekali masukkan tepung gandum 3/4 cawan. Kacau bagi sebati dan ketepikan

Sediakan kertas minyak, ukur bagi sama saiz dengan loyang ( eh benda warna coklat tu orang panggil loyang ke?. Lantak lah) dan gunting. Satu keping kertas minyak = satu gulung kek . Untuk adunan ni dapat 4 gulung kek.


Sila sapu majerin/mentega kat kertas minyak dan letak atas loyang. See, macam aku buat ni. Jangan terlebih kertas minyak tu dari loyang. Kot terbakar dalam oven kang, aku tak bertanggungjawab. Huhuhu

Sila sapukan/lesetkan/lumurkan/bubuhkan adunan ke atas kertas minyak. Seperti pic di atas.. yeay!. Nipis je, tapi jangan terlalu nipis sebab nanti takleh nk gulung. Jadi patah, patah. Masukkan ke dalam oven dengan suhu 180 selama 10 minit. Nak tahu masak ke tak, cuba tekan jari kat adunan dan tak melekit. Lepas tu tepi2 dia hangus sikit.

Yeay! Dah masak. Nampak tak kat tepi ada hangus sikit2. Yang tu rapuh je..krup krap krup krap.Okeh abaikan kek yang nampak macam berbelang sebab loyang tak rata. Sila sapu jem kegemaran anda dengan kadar yang sedikit. Sebab nanti manis gile. Terpulang la kan. Dah sapu jem.. sila gulung..
Maka siaplah kek gulung. Nyum!Nyum!

Friday, December 30, 2011

: alhamdulillah 2011, berkatilah 2012 :

Lagi sehari, 2012 akan membuka tirainya. Lagi sehari jugalah aku akan berada kat bumi kedah ni. Sayu rasa hati sebab sudah lima tahun kat sini. 1 januari 2012 aku sudah mula bercuti tanpa gaji. Ingin menemani dan bersama suami tersayang. Perkahwinan jarak jauh banyak mengajar aku erti rindu. Chewwah! *pensan*. Sangat rindukan dia....

Neway, 2011 ni aku lalui dengan sangat bersyukur. Alhamdulillah diatas segala kurniaan dan nikmatmu Ya Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Januari - Sedih sebab tak dapat ke India. Planning dari tahun lepas. Tapi atas sebab tertentu tak dapat pergi. Huhuhu.

Februari - Tak dapat pegi India, tapi digantikan dengan pergi Bangkok.Yeay!. Sangat enjoy. Balik dari Bangkok terus kepeningan dengan tesis dan kerja. Padan muke

Mac - Antara bulan yang paling hectic. Peratus berkerja melebihi had. Hectic dengan tesis yang memeningkan dan program besar yang tiba-tiba jatuh atas kepala.

April- Masih dalam mode hectic. Di serang batuk . Batuk berlarutan selama 3 bulan. Sampai doc syak tibi dan telah menjalani x-ray. Tetapi lung sangat bersih dan sihat sejahtera. Telah mencuba macam2 ubat dan yang paling sedap limau nipis campur kicap. Nyum nyum.

Mei - Femli tetiba buat lawak untuk kahwin pada bulan 6. Sangat lawak ok?!. Sebab bulan 6 adalah bulan yang sangat penting bagi kami berdua. Suami tersayang perlu hantar report tahunan tesis dan aku perlu hantar tesis!.Terus tensen.

Jun- Sangat bengong dengan tesis. Menghadapi beberapa drama dengan penyelia dan juga kedai binding. It's normal bila tesis perlu draf banyak kali. Aku takde masalah dari segi tu. Tapi, kalau binding sampai 3 kali. Itu tak berapa normal. Hantar tesis untuk binding dalam keadaan sangat genting iaitu dalam perjalanan ke Penang, aku mintak bas tunggu ( bas tunggu ok?!) tepi jalan sementara aku keluar berlari meredah hujan ke kedai binding. Huhuhu. Alhamdulillah. Tesis akhirnya berjaya di hantar dan mendapat result yang baik.

Julai- Balik dari cuti seminggu kerana menguruskan urusan kawin, tiba-tiba dikejutkan mendapat anugerah dari opis. Erk!. Memula rasa nak pensan. Lepas tu tak jadi pensan sebab time tu ada buat makan-makan. Kalau pensan, rugi sebab tak dapat makan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Ogos - Mula bz dengan urusan kawin. Juga melalui beberapa fasa drama swasta. Susah mencari baju sesuai dengan kami yang cute dan comel. Alhamdulillah akhirnya berjumpa baju yang berkenan di hati. Hanya bekerja 2 minggu pada bulan ni. Sebab apply cuti utk raya dan kawin. Alhamdulillah big boss luluskan cuti. Sangat hectic di rumah. Tidur jam 1 - 2 pagi menyiapkan persiapan kawin. Menjadi seorang perempuan yang degil, agak menyusahkan. Berdegil untuk buat sendiri hantaran. Berdegil untuk jahit baju kawin. Berdegil untuk siapkan 1001 perkara, tetapi terlupa hanya ada sepasang tangan. Sigh. Kekekek.

September - Saat yang paling membahagiakan. Menjadi isteri kepada suami tersayang. Alhamdulillah. Semua urusan perkahwinan lancar dan semoga perkahwinan ini di berkati. Semoga perkahwinan ini menuju ke jalan Mu Ya Allah. Semoga perkahwinan ini di kurniakan zuriat yang soleh. Semoga perkahwinan ini kekal selamanya. Semoga kami berdua redha dengan ujian yang telah di tentukan untuk kami. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Aminnn..

Oktober - Konvokesyen day!. Alhamdulillah mendapat result yang sangat baik.

November - Suami tersayang pulang. Yeay!. Sangat2 hepi. Berada bersama keluarga mertua untuk majlis perkahwinan adik ipar yang comel. Alhamdulillah. Semuanya lancar.

Disember - Awal bulan agak bz dengan outstation. Dan sekarang dalam mode hati sayu. Sayang untuk meninggalkan bumi kedah ini. Walaupun sebenarnya sekejap sahaja. Tetapi lagi sayu mengenangkan suami sendirian dan jauh di bumi asing. Sayang.. wait for me ok?. I'll be there 4 u. Love u forever....


p/s :Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita. Alhamdulillah.

Monday, October 3, 2011

.: hari ini dan kelmarin :.

Saat paling membahagiakan. Luv u sayang..


3/10/2011


Genap sebulan usia perkahwinan kami. Bermakna genap sebulan juga aku memegang status isteri. Dalam tempoh ini aku masih lagi terkial-kial untuk belajar menerima panggilan 'puan'. Aku masih lagi belajar untuk tersenyum senget bila di usik dengan gurauan untuk mereka yang sudah berkahwin. Aku masih lagi cuba untuk bersikap selamba bila ada kawan-kawan yang memegang perut dan berta
nya "bila nk ada isi ni?". Huhu...dulu derang tanya bila nak kawin. Sekarang derang dah tukar soalan. Owh! Bukan orang lain saje. Mak aku pun dah tukar topik untuk bercerita. Sekarang kalau aku balik kampung ceritanya hanyalah tentang cousin-cousin aku yang tengah mengandung. *pensan*


Aku sentiasa mengingatkan diri sendiri, ahli keluarga telah bertambah. Aku sudah ada satu lagi keluarga besar di bela
h Kelantan. Aku pun sedar, antara isteri orang dan anak dara pasti banyak bezanya. Kalau dulu semuanya perlu ikut kebenaran dari keluarga, sekarang perlu kebenaran dari suami. Tetapi oleh kerana aku dan suami jauh terpisah oleh segala jenis lautan dan benua, aku masih tinggal bersama kawan-kawan bujang, masih keluar makan atau berpoye2 bersama kawan2 perempuan,err.. adakalanya aku masih di anggap sebagai perempuan bujang. Tetapi selalunya di anggap student la ( perasan )* pensan buat kali ke 2*


Selama sebulan ini juga aku menjalani kehidupan sebagai isteri orang. Owh!.Feeling syahdu sebab berjauhan dengan suami. Dulu aku rasa macam aku akan ok je bila pjj ( perkahwinan jarak jauh ). Tapi.. realitinya tak. Oleh kerana aku sangat cool dan selamba, semua orang cakap aku takde perasaan. Pedulik hapa kan?. Perasaan itu aku yang rasa. Tak perlu bagitau satu dunia dengan perlu menangis di depan semua orang. Kalau aku menangis kerana rindukan suami pun, biarlah hanya aku yang tahu.Huwaaaaaaaa!.Sob!Sob! :(.Miss u sayang . *turn orang lain pulak pensan dan muntah*.


Ok tak aku edit pic ni? Hik hik.




2/10/2011

Hari yang paling membahagiakan. Meraikan penat lelah belajar sambil bekerja. Huhuhu.Awalnya aku tak begitu xcited untuk berkonvo mengenangkan suami tiada bersama. Tetapi tetap membuat persiapan ala kadar dan ingin bergembira bersama kawan-kawan dan keluarga. Aku tetap mencari sepasang baju kurung moden yang baru untuk konvo yang cuma berharga RM50.00 hik hik. Memakai kasut hitam tertutup yang sangat lama dan sudah berusia 6 tahun. Wah!...lama kan?. Plus, tapaknya sudah haus dan berbunyi 'ketung ketang' bila berjalan. Lalalala. Ada aku kisah?.Sebab bila berada atas pentas nanti, jalan atas karpet kan?. So.. kasut tu tak berbunyi pun.


Seawal jam 7.15 pagi aku sudah sampai ke Dewan untuk taklimat. Bila sampai di kawasan parking, aku tengok je semua orang datang berteman. Tapi aku datang sendirian. Ada yang tolong perbetulkan jubah, mortar board, tarik2 baju, letakkan pin kat jubah and even tolong make up. Aku senyum je , jalan sorang-sorang ke toilet dan sambung touch up make up. Tetiba terjumpa coursemate. Terus rasa macam ada geng. Best!Best!.


Langkah je dalam dewan, feeling terasa lain. Selama ni aku masuk dewan ni atas tiket staf untuk tujuan program dan bila hari ni aku masuk dewan ni atas tiket student aku terasa sangat lain. Hepi sangat bila tengok semua kawan satu batch berkumpul dan buat bising macam dalam kelas. Hambik kau!. Tak hengat donia.Masa berjalan ke dewan konvokesyen aku mula terasa kupu2 penuh dalam perut. Berdebar dan takut. Padahal ni bukan kali pertama konvo. Huhuhu. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun aku kecut perut. Aku tak jatuh pensan atas pentas, kasut tak tercabut dan mengenai muke2 pensyarah or mereka yang penting di atas pentas, mortar board masih di atas kepala dan tiada kejadian-kejadian menakutkan seperti yang di bayangkan.Alhamdulillah.


Keluar je dari dewan, semua kawan- kawan bertempiaran berlari mencari keluarga masing-masing meninggalkan aku keseorangan dan terpinga-pinga. Sebab abang, adik dan kawan2 baru on the way. Maka berjalan la aku sorang-sorang dan menyempit dan menyelit dalam camera sesiapa yang aku ternampak. Huhu. Sedey la jugak time ni.Setelah puas ternganga dan melihat orang lain. Aku jalan slow-slow ke arah parking dan dok diam - diam dalam kereta sambil tunggu abang, adik dan kawan-kawan.Alhamdulillah semua yang tersayang datang. Kawan-kawan rapat datang lewat sikit, membawa 2 jambak bunga. Suke!Suke!. Sejambak bunga mawar kaler biru dan sejambak lagi kaler oren. Comel sungguh!. Pastu abang dan adik aku pulak sampai, bawak sejambak lagi bunga mawar kaler merah. Yeay!!


Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya Allah atas segala kurniaan dan nikmat darimu. Bimbinglah kami supaya menjadi hambaMu yang tahu bersyukur. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah




P/S : 3 hari selepas konvo, aku dapat hadiah dari opis pulak..Alhamdulillah...

Tuesday, September 6, 2011

.: Selesai sudah :.


Alhamdulillah...

Urusan kenduri majlis perkahwinan kat rumah aku dah selesai. Maka berterbangan lah semua kupu2 yang terkumpul sejak sekian lama dalam perut aku. Walaupun ada hiccups di sana sini. Aku tak mahu melihatnya sebagai major problem. Yang lepas, biarkanlah. Yang penting aku belajar banyak perkara bila menguruskan sesuatu majlis. Dalam majlis kenduri kawin diri sendiri, bukan semua perkara adalah mengenai kita sahaja. Ada beberapa keputusan yang akan diputuskan oleh orang lain.

Bagi aku, kalau tkde sirih junjung bukanlah satu masalah besar, tapi bagi mak ayah aku.. pantang langgar adat. Bagi aku, aku cuma inginkan sebuah majlis yang sederhana, kalau ada kurang satu dua aku takde masalah. Tak ingin merumitkan keadaan. Tetapi, bagi keluarga aku semuanya perlu ada dan mengikut aturan. Aku sudah tak percaya kepada amalan gotong royong sebab itu semua dah tak ada since kakak aku kawin 11 tahun yang lalu, tapi mak ayah aku berkeras pada awalnya nak buat gotong royong. Macam biasa, aku la yang menang.

Aku tak nak menyusahkan keluarga aku. Walaupun tak memasak, kerja-kerja tetap bertimbun2.Kerja-kerja kawin memang memenatkan. Kesian aku tengok abg, kakak, adik n anak sedara aku yang aku bagikan tugas. Semua orang bertungkus lumus. Aku sangat-sangat hargainya. Kakak aku setiap malam tido lewat, menyiapkan baju dan tudung aku. Abang aku setiap malam keluar cari barang-barang untuk doorgift aku, adik lelaki aku habis duit beribu hadiahkan set bilik tidur untuk aku dan dapur baru untuk mak aku, anak saudara aku semua kena buat kerahan tenaga termasuk syirah yang berumur 6 tahun, adik bongsu aku tukang buat segala kerja kerastangan dan adik yg kedua bongsu adalah bodygad aku keluar setiap hari dan waktu dan adik lelaki aku adalah org yang sibuk uruskan kekemasan rumah. Sangat banyak kerja-kerja yang memerlukan pendetailan (bole guna ke ni?).

Jadi bukanlah semua perkara akan diputuskan oleh kita sendiri, kerja-kerja perlu di bahagikan dan biarlah keputusan dibuat oleh orang yang di pertanggungjawabkan. Malam terakhir sebelum aku berkahwin, jam 12 malam aku masih menyiapkan guest book dan baju untuk photoshoot. Berinai pun belum lagi masa tu. Sudahnya inai kat jari yang sepatutnya berwarna merah, jadi kaler oren. Hehehe. Malas untuk menjadi cerewet, aku tido je dengan kaler oren tu. Pagi esoknya aku berinai sekali lagi. Terkial2 aku inaikan jari sendiri n sambung tido semula sekejap. Cukup untuk bagi inai merah sikit.

Waktu bertunang, ada sedikit kekeliruan yang di buat oleh pakcik aku. Siyes, aku tak sempat nk brief dia. Pakcik aku sampai dari kelantan kul 5 pagi. Bila masa aku nk brief?. Dia ingat aku akan sarungkan cincin untuk hubby tersayang. Rupanya tiada. Cuma Ummi yang pakaikan rantai tangan untuk aku.

Waktu akad nikah, agak kalut sebab adik beradik aku keluar untuk ambil lauk makan beradap. Ayah aku tak begitu sihat dan mak aku sibuk dengan tetamu. Jadi yang temankan aku untuk majlis akad nikah di Masjid Terapung adalah adik beradik dan seorang makcik. Sedikit terkilan sebab mak ayah aku tak ada. Tapi.. aku pujuk hati cepat-cepat, semua orang sibuk dan aku jangan pentingkan diri sendiri. Waktu hubby tersayang nak lafazkan akad, tetiba semua kupu2 berterbangan dengan bahagianya dalam perut aku. Tetapi itu semua cuma sekejap, bila dengan sekali lafaz aku sudah menjadi miliknya yang tersayang.

Waktu resepsi jugak agak kalut, aku dah sampai ke rumah waktu tengahari dan ada kawan-kawan yang sudah pun sampai. Aku sibuk melayan tetamu sampai tak sempat nk cuci mekap dan bersiap untuk resepsi. Nasib baik untuk mekap, MUA mencadangkan aku supaya touch up saje.

Tetamu hadir hingga ke malam. Cousin-cousin aku dari Kelantan. Terima kasih sangat buat semua yang sudi hadir. Sebab aku sangat faham, tarikh majlis perkahwinan aku adalah tarikh yang sangat pack sebab hari terakhir cuti. Orang semua dah bergegas balik untuk bekerja.Terima kasih buat semua....Love u all!


P/S : Alhamdulillah..syukur pada Mu Ya Allah..kini aku miliknya...