Friday, August 26, 2011

.: ku mohon :.

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran

Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku

Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca

Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku



p/s: Redhalah wahai hati...

Sunday, August 14, 2011

.: kehilangan :.

Tiba-tiba aku rasa separuh dari hidup aku menjadi begitu sunyi..

Kalau sebelum ini..
Ada yang berebut untuk masuk ke rumah
Ada yang menunggu aku pulang dengan setianya
Ada yang berlumba berebut kerusi dengan aku
Ada yang menyergah bila aku keluar dari bilik
Ada yang menyepahkan rumah
Ada yang bermanja dengan aku
Ada yang sudi di dukung dan di belai


12 Ogos 2011 jam 7.00 pagi

Aku keluar rumah untuk memanaskan enjin kereta. Perlu ke airport kerana ada urusan di Port Dickson. Aku nampak Hensem terbaring di porch kereta. Aku ingat dia tido, dengan bahagianya aku memanggil2 namanya. Tetapi aku hairan kerana dia langsung tak menyahut ataupun bergerak. Bila aku dekati, rupanya Hensem telah pun kaku. Mati. Hati aku tiba-tiba kehilangan rasa. Aku terkejut dan tergamam. Aku terus golek-golekkan tubuhnya untuk memastikan aku tak bermimpi yang Hensem sedang kaku di depan aku. Aku track semula titisan darah dan muntah Hensem. Aku buat andaian sendiri, dia mungkin di langgar semalam. Kebetulan rumah jiran ada banyak kereta semalam. Hensem mungkin cuba sedaya upaya berlari ke arah rumah aku dan mati.Hanya Allah yang tahu apa yang berlaku. Terus aku msg housemate di A.star dan maklumkan hensem sudah mati. Sungguh aku sedih. Dan paling sedih aku tak dapat berbuat apa2 untuk Hensem kerana aku sudah lewat untuk ke airport.


Jam 1.15 tghari di Port Dicskon

Housemate msg aku memberitahu Stranger adik kepada Hensem juga sudah mati. Paling sedih housemate aku tengok dia bertarung menghembuskan nafasnya yang terakhir. Stranger mungkin termakan atau di patuk binatang beracun. Sebab mukanya bengkak dan keluar darah dari mulutnya. T___T sangat sedih...


13 Ogos jam 10.01 malam

Aku baru sampai ke rumah dan tiba-tiba terasa begitu sunyi....




p/s : Tantarum Mode